Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, February 28, 2010

Dan Hujan


Ibarat sang pencinta setia
Hujan turun
Cantik...
pada mataku
Bibir menguntum senyum
Hati sudah berbunga-bunga
Hujan adalah semangatnya
Tanda dia masih terasa hangatnya
Kasih sayang sang alam
padanya
Hujan
Usah jemu untuk turun
Untuk menyatakan cintamu pada alam
Sungguh aku ini
rindu menanti
Saat dirimu membasahi bumi...

Saturday, February 27, 2010

Buat Sang Hati

Pernah suatu ketika seorang sahabat Rasulullah s.a.w, Ibnu Mas'ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung yakni berduka. Lalu lelaki itu berkata : 'Wahai Ibnu Mas'ud. berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku selalu kusut, aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena'.

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: ' Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu

i) tempat orang yang membaca Al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya.
ii) Majlis pengajian yang yang mengingatkan hatimu kepada Allah
iii) Carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah S.W.T dengan khusyuk dan tulus ikhlas.

...sebelum terlambat, 'rawat'lah hati dengan preskripsi di atas. Sentiasalah berdoa agar hati kita dekat padaNYA.

'Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMU daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan dari nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung denganMU daripada empat perkara itu'

Kayo~ kayo


Inilah yang orang Cmunjan tunggu-tunggu. Saya dah order awal-awal pada cameraman suruh snap banyak-banyak.

Cmunjan's Next Top Models..boleh lah. Apa kejadah la korang ni

Posing lok sebelum naik heli..(haha..heli indah!).Korang lah ni duk force saya. Kalau Air Force One, berbaloi jugak. 'Dik Enon, sigik tok brpa harga nya?.
'FOC doc!'

Ibu-ibu, bapak-bapak terima kasih kerana mengemas.
Masa untuk check buku attendance. Siapa lambat kena ketuk ketampi 10 kali.


At the end of the day...rehat.

Friday, February 26, 2010

Sebelum Terlena..

Awal pagi memang saya setia dengan MHI, TV3. Sumber informasi especially kalau ada Fedtri dan Wardina. Pagi tadi pun ada slot khas dengan Ustaz Hasrizal dan Aisyah. Sambil breakfast isi perut, bagus juga kita isi hati ruhani kan. Kita ini umat akhir zaman, umat yang Rasulullah sedih kerana tidak ada kesempatan untuk bersua. Sungguhpun begitu, kita bertuah kerana tak pernah berjumpa tapi berimannya kita insyaAllah seperti iman para sahabiah.

Petik kata Ustaz, kita selalu ikut meniru dan mencontohi orang yang kita suka/kagum/minat ~ dari potongan rambut, pakaian walaupun tak pernah berjumpa. Sebabnya satu, kita mencintainya. Satu lagi perumpaman yang ustaz bagi contohnya; seorang anak muda yang asyik termenung jauh kat tingkap sambil picit jerawat.Bila orang tanya tengah fikir apa tuh? Jawab anak muda tu; tengah rindu kat bakal isteri. Orang tanya lagi; kat mana bakal isteri tu. Jawabnya; belum ada lagi! Huhu..tergelak saya seorang diri. Bukan apa, sebabnya saya adalah di antara golongan tuh. Masa kat Kuching selalu ‘lepak’ kat library sambil duk bersila depan tasik. Rindu pada orang yang tak tahu siapa…isk3. Doa sajalah. Pathetic nye..

Betapa beruntungnya kita menjadi umat yang Rasulullah sayangi. Saya nak jadi kekasih kepada kekasih Allah! Kalian bagaimana?

“Ya Allah, tambahkanlah keimanan dan kesabaran dalam diri ini.
Berikanlah aku ketabahan dalam mengerjakan suruhanMU saat senang mahupun sukar. Tiada daya aku melainkan dari MU.”

p/s: jom mimpi sama2. Dah lama tak bermimpi dalam taman-taman yang hijau redup menenangkan..

Euphoria

Lawannya dysphoria. Term neurology dan psychiatric yang biasanya eye and ear catching.

Panas. Lawannya sejuk. Tengah hari tadi baru kebah. Kesian. Kalau sakit, tanggung seorang sendiri-sendiri. Minum air banyak-banyak, insyaAllah panas yang melanda beransur-ansur. Tapi bukan ais ye dan bukan juga horlicks ais.

Sakit-sakit pun sempat juga rasa happy. Sebabnya dah lama tak terasa 'lemah'. Terima kasih ya Allah kerana masih memandang saya ini. Entah taraf saya ni lagi rendah dari kain buruk kat dapur. Bezanya, kain buruk ada juga benefit nya. Saya? Wallahua'lam.

'Shid, dalam dalam lima orang ni, mana satu yang cantik? ' saja saya main teka-teka dengan staf sebelum pulang. Unjukkan pada gambar artis orang putih dalam magazine.
Terkiput-kiput dan berkerut. Kemudian senyap.
'Alah, dah tau. Kalau saya letak gambar isteri awak yang ke enam dah tentu pilih isteri sendiri tu'
Dia tersengih-sengih. 'Tau takpe. Isteri yang tak pernah make up kat rumah pun lagi cantik'

'Dr..Dr rasa Dr ni dalam golongan mana? Cantik sangat ke, cantik, biasa-biasa je, atau memang tak cantik langsung'
'Amboi, soalan. Nak uji saya ke apa?. Saya ni siapalah, hodoh jelah' aiseh, ayat..maklumlah pergi kerja pun tepek sunblock je. Rajin sikit tepek foundation , rajin lebih pakai eyeliner , terlebih rajin dan ada masa terlebih adalah lip gloss. Doktor govt. memang macam ni. Mananye nak bermake up. Kalah Dr dengan PT dan nurse.
'Dr kan dah cantik dengan wudu' celah PT
'Betul, wudu' tuh sebenarnya 'make up' orang Islam. Bayangkan 5 kali sehari kita basuh anggota kita. Suci dan bersih. Ibarat kata Rasulullah seolah kita mandi 5 kali sehari'
' Sama macam solat lah kan Dr? Bagi saya rukun dalamnya pun dah cukup dengan kecantikan, kesihatan dan ketenangan'
'Alhamdulillah, betul tu'

Tiba-tiba bersemangat nak lebih banyak memberi. Salam Maulidurrasul...moga lebih banyak penghayatan dan pengamalan..

Ciao

Thursday, February 25, 2010

You Make Me Happy!

'Even sometimes if we're sad..
..we can only smile at the memories..'

Baru je nak feeling gloomy..

'Hello'
'Hello..'
'Hello, sape ni..' aih budak kecik mana pulak kat rumah. Takkan Hadirah kot

'Hello, oh...Hadirah tadi. Suka nak angkat tipon' ujar mak
Patutlah.Anak buah kesayangan achik rupanya. Ada instinct nak call dari semalam lagi.

'Dia beria-ia nak ikut nenek ngan atuk balik masa balik dari KL, bawa dia sekali lah'
'Wah, penuh aktiviti mak ayah ngan si kenit ni nanti. Pantang tengok benda, ada lah nanti projek dia' telahan saya.

'Achik, beli chocet untuk Hadirah. Yang kecik'
'Dah gosok gigi?'
'Dah, tadi'
'Sape yang gosokkan?'
'Hadirah'
'Wah, dah pandai anak buah Achik ni!'

'Achik, Uncle Tam mana?'
'Uncle Tam tengah belajar'..hoho.
tetiba Hadirah rindu kot dengan uncle dia. Oh ya, bukan Uncle Tam ye sekarang tapi Uncle Teh~ sebab dah bertambah putih pun dia.(^_^).

Best remedy~ berbual dengan Hadirah..so kawaii. Macam bunga daisy kat atas tuh. Oh, rindunya pada Pushing Daisies esp the humble Ned. Ngee..

Jauh..Tapi Dekat

Rasululullah,
Kami umatmu....

Aisyah r.anha menuturkan :
' Rasulullah s.a.w bukanlah seorang yang keji dan tidak suka berkata keji baginda bukan seorang yang suka berteriak-teriak di pasar dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. Bahkan sebaliknya, baginda suka memaafkan dan merelakan . (HR Ahmad)

AL Hussien cucu baginda menuturkan keluhuran budi pekerti baginda. Dia berkata : " Aku bertanya kepada ayahku tentang adab dan etika Rasulullah s.a.w terhadap orang-orang yang bergaul dengan baginda, ayahku menuturkan ;

'Baginda Rasulullah s.a.w sentiasa tersenyum, luhur budi pekerti lagi rendah hati, baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja yang mengharapkannya pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya akan sentiasa merasa puas. Baginda meninggalkan tiga perkara : riya', berbangga-bangga diri dan hal yang tidak bermanfaat."

Dan baginda menghindarkan diri dari manusia kerana tiga perkara ; baginda tidak suka mencela atau memaki orang lain, baginda tidak suka mencari aib orang lain, dan baginda hanya berbicara untuk suatu maslahat yang bernilai pahala.

Jika baginda berbicara, pembicaraan baginda membuatkan teman-teman duduknya terpegun, seakan-akan kepala mereka dihinggapi burung ( kerana khusyuknya). Jika baginda diam, barulah mereka berbicara. Mereka tidak pernah membantah sabda baginda. Bila ada yang berbicara di hadapan baginda, mereka diam memerhatikan sampai ia selesai bicara. Pembicaraan mereka di sisi baginda hanyalah pembicaraan yang bermanfaat sahaja. Baginda tertawa apabila mereka tertawa. Baginda takjub bila mereka takjub dan baginda bersabar apabila menghadapi orang asing yang kasar ketika berbicara atau ketika bertanya sesuatu kepada baginda, sehingga para sahabat selalu mengharapkan kedatangan orang asing seperti itu memetik faedah.

Baginda bersabda : 'Bila engkau melihat seseorang yang memerlukan pertolongan , maka bantulah ia". Baginda tidak mahu menerima pujian orang kecuali menurut yang selayaknya. Baginda juga tidak mahu memutuskan pembicaraan seseorang kecuali orang itu melanggar batas, baginda segera menghentikan pembicaraannya tersebut dengan melarangnya atau berdiri meninggalkan majlis ( HR At Tirmidzi)

...
Cuba renung-renungkan sejauh mana dan sebanyak mana sudah sunnah Rasulullah yang kita cintai telah diamalkan sehari-hari dalam kehidupan? Jika kita mengaku betapa cintanya kita pada Rasulullah s.a.w lantas kenapa perkara yang disukai baginda..kita tidak turut sama menyukainya?

Wednesday, February 24, 2010

Sedekah Menaungi Pemiliknya Di Hari Kiamat

Seorang muslim senantiasa khuatir akan nasibnya kelak di hari Kiamat atau hari kebangkitan. Sebab ia faham bahawa pada hari itu umat manusia bakal dibangkitkan dan dikumpulkan di Padang Mahsyar sedangkan matahari berada sangat dekat dari kepala setiap orang. Maka ketika itu setiap orang sangat ingin agar dirinya bisa bernaung di bawah suatu tempat bernaung agar dapat terhindar dari panasnya sengatan matahari.

Alhamdulillah, Nabi Muhammad memberitahu kepada kita umatnya, ilmu mengenai apa saja perbuatan yang bila dikerjakan selagi hidup di dunia yang fana ini, dapat menyebabkan hadirnya naungan di hari Kiamat. Oleh sebab itu seorang muslim-mukmin yang cerdas pasti bersemangat mencari perbuatan apakah gerangan itu. Seorang muslim cerdas sangat peduli dengan apa-apa yang memastikan dirinya selamat dan berjaya dalam kehidupan di alam abadi akhirat, sesudah ia meninggalkan dunia fana. Bahkan lebih jauh daripada itu, seorang mukmin pasti berusaha sekuat tenaga mengamalkan ilmu tersebut agar janji yang ada bersamanya menjadi kenyataan kelak di hari tidak ada naungan kecuali naungan yang datang dengan izin dan redha Allah. Itulah sebabnya seorang muslim tidak akan pernah puas mendalami sekadar ilmu yang sebatas demi kepentingannya hidup di dunia fana ini. Ia pasti akan memperluas wawasan ilmunya hingga mencakupi perkara sesudah kematiannya. Demikianlah permohonannya kepada Allah:

اللَّهُمَّ لَا تَجْعَلْ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلَا مَبْلَغَ عِلْمِنَا

”Ya Allah, janganlah Engkau jadikan dunia pusat perhatianku dan batas pengetahuanku.” (HR Tirmidzi)

Seorang beriman sangat faham bahawa bila ia hanya memiliki pengetahuan yang bermanfaat terbatas untuk kepentingan dan kemaslahatan hidupnya di dunia belaka. Maka iapun mencari apa saja pengetahuan yang menyebabkan dirinya mengerti hal-hal yang bakal dialaminya setelah kehidupannya di dunia. Dan semua ilmu tersebut hanya mungkin ia dapatkan berdasarkan ilmu dari Allah dan RasulNya semata. Sebab semua ilmu yang melewati batas dunia termasuk ilmu mengenai hal-hal yang ghaib. Dan itu tidak diketahui kecuali bila datang dari Allah Yang Maha Tahu perkara ghaib maupun nyata. Bahkan Nabi Muhammad tidak akan bisa menjelaskannya kecuali karena beliau sendiri telah diberitahu Allah.

Di antara keterangan Rasulullah ialah hadith yang menyatakan bahwa naungan orang beriman di hari Kiamat sangat berkait dengan kebiasaannya mengeluarkan sedekah sewaktu hidupnya di dunia. Ketika di padang Mahsyar setiap orang menunggu giliran dirinya diadili serta timbangan kebaikan dan keburukannya diperhitungkan, maka semua orang bakal merasakan panasnya matahari di atas kepala masing-masing. Namun orang-orang yang bersedekah bakal memperoleh naungan dari matahari kerana sedekahnya itu hingga hukuman ditetapkan di antara manusia.

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :

كُلُّ امْرِئٍ فِي ظلِّ صَدَقَتِهِ حَتَّى يُفْصَلَ بَيْنَ النَاسِ ، أو قال :

حَتَّى يُحْكَمَ بَيْنَ النَّاسِ قال يزيد :

َكَانَ أَبُو الخَيْرِ لَا يُخْطِئُهُ يَومٌ إلَّا تَصَدَّقَ مِنْهُ بِشَيْءٍ ،

أَوْ كَعْكَةً أَوْ بَصَلَةً أوْ كَذا

“Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya (pada hari Kiamat) hingga diputuskan di antara manusia atau ia berkata: “Ditetapkan hukuman di antara manusia.” Yazid berkata: ”Abul Khair tidak pernah melewati satu haripun melainkan ia bersedekah padanya dengan sesuatu, walaupun hanya sepotong kuih atau bawang merah atau seperti ini.” (HR Al-Baihaqi – Al-Hakim – Ibnu Khuzaimah)

Dalam hadits riwayat Imam Ahmad Nabi Muhammad dengan jelas dan tegas menyatakan sebagai berikut:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ظِلُّ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَدَقَتُهُ

Bersabda Rasulullah saw: “Naungan orang beriman di hari Kiamat adalah sedekahnya.” (HR Ahmad)

Saudaraku, marilah kita rajin bersedekah agar memperoleh naungan di hari tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Sungguh beruntung orang beriman yang melazimkan dirinya setiap hari mengeluarkan sedekah sebagai bentuk saham untuk melindungi dirinya di hari yang sungguh sangat menyulitkan dan menakutkan kebanyakan manusia. Seperti yang dikatakan oleh periwayat hadits di atas yakni Yazid: ”Abul Khair tidak pernah melewati satu haripun melainkan ia bersedekah padanya dengan sesuatu, walaupun hanya sepotong kuih atau bawang merah atau seperti ini.”

Dan ketahuilah saudaraku, jangan pernah memandang remeh pemberian yang engkau keluarkan. Sebab bukan banyaknya sedekah yang menyebabkan naungan di hari Kiamat. Melainkan keikhlasan kitalah yang menyebabkannya. Sehingga dalam hadits lainnya Nabi bahkan bersabda sebagai berikut:

قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحْقِرَنَّ

مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

“Janganlah kamu meremehkan sedikitpun perbuatan ma’ruf, sekalipun kamu sekadar menemui saudaramu dengan wajah berseri.” (HR Muslim)

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْمِسْكِينَ لَيَقُومُ عَلَى بَابِي فَمَا أَجِدُ لَهُ شَيْئًا

أُعْطِيهِ إِيَّاهُ فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ لَمْ تَجِدِي شَيْئًا

تُعْطِينَهُ إِيَّاهُ إِلَّا ظِلْفًا مُحْرَقًا فَادْفَعِيهِ إِلَيْهِ فِي يَدِهِ

“Ya Rasulullah, semoga Allah memberikan rahmat kepadamu. Sesungguhnya seorang miskin berdiri di depan pintu rumahku, maka aku tidak menemukan sesuatu yang bisa aku berikan kepadanya.” Maka Rasulullah saw bersabda kepadanya: ”Jika kamu tidak menemukan sesuatu yang bisa kamu berikan kepadanya selain kuku binatang yang dibakar, maka serahkanlah kepadanya di tangannya.” (HR Tirmidzi)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan serta sikap pengecut dan kebakhilan.” (HR Muslim)

p/s: crdt to writer. Ayuh, setiap kali kita berbelanja jangan lupa untuk bersedekah pula. Tapi untuk bersedekah banyak jalannya. Bak kata mak usrah~' small kindness'. Its matter alot..

Tuesday, February 23, 2010

Pwinze Fwog..


This morning, I accidently met my Prince Frog. Unfortunetly I didn't have times to get to know him better since the clock already struck 7.55 am. Got to rush to MCHC then. So I 'swept' him away. I had to leave...sorry dear. Maybe next time we could fall in love again. ..~Bluffing me~.

In the old days, father used to send us over the district library every weekend in the morning and fetched us before lunch. We had so much fun then, to be among the books. Ah..the fairy tales, name it. We can recall all of them including the Prince frog who turned into a young and good looking prince.

Little Froggie,
Such a dear to see you.
But not inside my house
anyway..
But if really you're the prince
then..
I welcome you heartily..
Hehe..

Monday, February 22, 2010

Exuberant

PM and CM visited Simunjan!

Today in history. Selaku Ketua Jabatan, saya kena jadi VIP. Tapi saya sebaliknya lebih suka jadi rakyat biasa dan bukan VIP. Ayat..dah penat berprotokol. Cukup-cukuplah di rumah. Makanya, instead of duk kat meja makan head dept. saya jalan-jalan dengan assistant dan PT. Name tag sengaja di terbalikkan. Karang tak pasal-pasal kena panggil duduk balik.

Belumpun habis majlis dah vroommm...balik. Baik duduk dalam air cond klinik di samping patient. Hoho...memang tak tahu adab dia ni. Ada saya kesah? Takdelah. This one exceptional,saya masih kurang sihat. Tak sanggup nak berlama-lamaan di bawah terik matahari.Alasan!

Hadirah, Luqman and Aqil. Please wait for your prezzie! I already bought each one of you a gown, and two collared-tshirt. Pfuh..and they come in pink too. Hee..wonder how cute and lovely you are in them. Happily spending for them. Mine? After sorted out my luggage, I get amazed on how much clothes that I bought but I didn't have any chances wear them yet. Sound GREAT! I should stop the habit then. Sigh.
"Siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya pada ALLAH sedang diapun mengerjakan kebaikan" (An Nisa' :125)

Ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu yang hitam di malam hari yang kelam. Tak kelihatan tapi ia ada. Orang yang ikhlas tak sesekali akan menyebut pada manusia sekeliling bahawa dia ikhlas melakukan sesuatu. Dia lebih senang perbuatan baiknya tak dilihat manusia bahkan dipuji. Kerana bimbang akan terdetik dalam hatinya sekelumit perasaan yang bertentangan dengan ikhlasnya tadi.

Tiada keindahan di dalam dunia ini melainkan keindahan saat masa tenggelam dalam perasaan ikhlas. Ikhlas memberi, ikhlas menerima dan ikhlas dari segenap segi. Ia hadir dan ia juga pergi. Itu lumrahnya buat manusia. Bagaimana nak mengekalkannya? Saya pun tercari-cari resepinya. Cuma pesan saya pada diri sendiri ; jangan mengharapkan sesuatu tapi berharaplah pada keredhaan Allah. Ikhlas mungkin tiada nilai di dunia, tapi timbangannya amat bernilai di akhirat kelak.

Ayuh, sentiasalah mengikhlaskan niat dan diri!

Sunday, February 21, 2010

'Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah'

Semoga Allah memberkati kalian dan mengurniakan lebih banyak kebaikan. Sedih tak dapat sama-sama meraikan hati bahagia kawan-kawan. Cuma doa saja yang mampu saya kirimkan dari jauh. Tahniah kerana melengkapkan separuh dari agama dan baki selebihnya dengan ketaqwaan yang berterus-terusan insyaAllah.

'Macam tak percaya je, dia dah nak kawin'

'Hah,cepatnya. Dah tua rupanya kawan saya ni, nak kawin dah'

Ayat-ayat biasa yang melantun ke gegendang telinga. Sebabnya, rasa baru semalam je kami duduk ramai bersama-sama. Berkongsi rasa dan pengalaman.

Takdir

Ketentuan dariNYA datang tanpa kita meminta-minta seiring dengan doa yang sungguh-sungguh. Allah itu dekat.

Tersayat juga hati bila ada sahabat saya mengeluh, jodohnya belum sampai sedangkan ramai yang seangkatan sudah selamat. Teringat kata ustazah masa di universiti, semua sudah ditetapkan takdirnya. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Ada yang senang serta mudah, ada yang perlu melalui liku-liku. Apa yang penting doa yang tak putus-putus dan usaha ke arah itu. Saya pun tak layak nak bercerita sebab saya pun belum tiba waktunya. Doakan saja, Allah mempermudahkan urusan serta memberkati setiap langkah. Ameen.

"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. " (An Nahl:1)

Kepada sahabat saya, apapun sabar itu pokoknya. Huu..teringat bila time window shopping or naik kereta memang panjang aje topik kami. Peringatan bermakna sebenarnya, sebab kami ini insan yang sering terlupa. Dia bersungguh-sungguh bercerita tentang keluarga impiannya, saya tumpang gembira bila dia bahagia. Saya? Hehe..ada lah jugak idea 'tiga suku' , impian entah apa-apa.Dan jangan terkejut jika satu darinya dah ada. Tapi..Rahsia! Lepas tu sama-sama gelakkan diri sendiri, sebab memang entah haper-haper je. Rindu pulak pada benda yang lepas...

'Ya Allah, berkatilah semua sahabat saya di dunia, moga di akhirat kelak kami semua menjadi tetangga di syurgaMU'

Saturday, February 20, 2010

Indahnya..


Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Menerima pendamping kita sebagaimana keadaannya dengan tidak berharap terlalu banyak, merupakan bekal untuk mencapai kemesraan dalam rumahtangga dan kebahagiaan di akhirat.

Sebagai hamba yang dianugerahi fitrah, kita memang perlu menyeimbangkan harapan. Tidak salah kita berdoa memohon pasangan yang sempurna, tetapi pada saat yang sama kita juga harus melapangkan dada untuk menerima kekurangannya.

Kita boleh memancangkan harapan, tetapi kita juga perlu bertanya apa yang sudah kita persiapkan agar layak mendampingi pasangan idaman. Ini bukan bererti kita
tidak boleh mempunyai keinginan untuk memperbaiki kehidupan kita, rumahtangga kita, serta pasangan kita. Akan tetapi, semakin besar harapan kita dalam pernikahan semakin sukar kita mencapai kebahagiaan dan kemesraan.

Sebaliknya, semakin tinggi komitmen pernikahan kita (marital commitment ) akan semakin lebar jalan yang terbentang untuk memperoleh kebahagian dan kepuasan.

Apa bezanya harapan dan komitmen? Apa pula pengaruhnya terhadap keutuhan rumahtangga kita? Harapan terhadap perkahwinan menunjukkan apa yang ingin kita dapatkan dalam perkahwinan. Apabila kita memiliki harapan perkahwinan yang amat besar, sukar bagi kita untuk menerima pasangan sebagaimana keadaannya.

Kita akan selalu melihat dia dengan penuh kekurangan. Jika kita menikah kerana terpesona oleh kecantikannya, kita akan segera kehilangan kemesraan sehingga
tidak dapat berlemah lembut apabila isteri kita sudah tidak menawan lagi begitu juga sebaliknya bagi kaum wanita. Betapa cepat dan berlalu dan betapa besar nestapa yang harus ditanggung.

Sementara itu, komitmen perkahwinan lebih menunjukkan rumahtangga seperti apa yang ingin kita bangunkan. Kerelaan untuk menerima kekurangan, termasuk
mengikhlaskan hati menerima kekurangannya membuat kita lebih mudah mensyukuri perkahwinan. Disebabkan oleh komitmen yang amat kuat pada Allah dan RasulNya,
isteri Julaibib mengikhlaskan hati untuk menikah dengan Julaibib. Yang baru semalam usia pernikahan mereka Julaibib mengakhiri hayat di medan syahid.

Ketika ibunya merasakan tidak rela disebabkan rendahnya martabat dan buruknya perawakan fizikal, dia meminta agar orang tuanya menerima pinangan itu kalau memang Rasulullah SAW yang menentukan.

Orang yang melapangkan hatinya untuk mengekang perbezaan, akan selalu bertemu dengan banyak kesamaan. Perbezaan itu bukan langsung tidak ada, tetapi
kesediaan untuk mengekang perbezaan membuat kita mudah untuk melihat kesamaan dan kebaikannya. Sebaliknya, kita akan merasa tidak bahagia
berhubungan dengan orang lain, tidak terkecuali pendamping hidup kita, apabila kita sibuk mempersoalkan perbezaan. Apalagi jika kita sering menyebut-nyebutnya, semakin terasa perbezaan itu dan semakin tidak bahagia membina hubungan dengannya.

Semuga Allah melindungi kita dari mempersoalkan perbezaan tanpa mengilmuinya. Semuga Allah menjauhkan kita dari kesibukan yang membinasakan. Semuga Allah
pula kelak mengukuhkan ikatan perasaan di antara kita dengan kasih sayang, ketulusan, dan kerelaan mengekang perbezaan. Sesungguhnya telah berlalu umat-umat sebelum kita yang mereka binasa kerana sibuk mempersoalkan perbezaan dan memperdebatkan perkara-perkara yang menjadi rahsia Allah.

Nah, jika mempersoalkan perbezaan, menyebut-nyebutnya, dan mengeluhkannya akan membuat hubungan renggang, mengapa tidak melapangkan hati untuk mengekangnya? Sesungguhnya mengekang perbezaan akan membangkitkan kasih sayang dan kemesraan yang hangat. Ada perasaan mengharukan yang sekaligus membahagiakan jika kita memberikan untuknya apa yang ia sukai.

Untuk itu, ada tiga perkara yang perlu kita fahami agar ia mempercayai ketulusan kita.

Pertama; berikanlah perhatian yang hangat kepadanya. Besarnya perhatian membuat dia merasa kita sayang dan kita cintai.

Kedua; terimalah dia tanpa syarat. Penerimaan tanpa syarat menunjukkan bahawa kita mencintainya dengan tulus. Tidak mungkin menerima dia apa adanya jika kita tidak memiliki ketulusan cinta dan kebersihan niat.

Ketiga; ungkapkanlah dengan kata-kata yang tepat.

Berkaitan dengan ungkapan ini, ada sebuah tips yakni terminologi "saya" dan "Kamu". Saat kita merasakan bahawa masakan yang dibuat pasangan kita kemasinan umpamanya, maka gunakanlah kata "saya" menggantikan kata "Kamu". "saya lebih suka kalau sayurnya lebih manis, sayang" daripada berkata "Apalah Kamu ni..... masak lauk masinnya". Tetapi saat kita merasakan sesuatu kelebihan
pada diri pasangan, umpamanya ketika di berjaya menggoreng telur dadar
( biasanya dia goreng berkerak ), maka kita gunakan kata ganti "Kamu". "Kamu memang pandai, isteriku". Kita gunakan kata "saya" untuk sesuatu yang sifatnya
negatif dan "Kamu" untuk sesuatu yang sifatnya positif. Untuk semua perkara. Tampaknya memang benar, kerana penggunaan kata ganti "Kamu" untuk sebuah kesalahan yang telah dilakukan oleh pasangan kita cenderung membawa pada ertikata menghukum dan tiba-tiba memosisikan pasangan kita sebagai yang tertuduh.

Dalam perspektif pragmatik ( linguistik ), terminologi ini merupakan sebuah upaya penggunaan tertinggi kesopanan dengan tetap mempertahankan ketinggian kerjasama. Dengan tujuan agar tidak terjadi konflik pada keduanya. Berpandu dari petunjuk Allah ini tidak layak bagi kita untuk sibuk mempersoalkan kekurangan ataupun kesalahan, apalagi kekurangan yang sukar dihilangkan,
sepanjang dia tidak melakukan kekejian yang nyata.

Betapapun banyaknya yang tidak kita sukai darinya, kemesraan dengannya tidak akan pudar jika kita mencuba untuk berbaik sangka kepada Allah, barangkali di
sebalik itu Allah berikan kebaikan yang amat besar. Sebaliknya, sesedikit apapun keburukannya, bila kita sibuk menyebut-nyebut dan mengingatinya, akan amat
memberatkan jiwa. Kesan seterusnya tidak hanya bagi hubungan suami isteri, tetapi menjalar pada hubungan kita dan si kecil.

Terimalah dia sebagaiman keadaannya. Terimalah kekurangannya dengan keikhlasan hati; maka akan kita temukan cinta yang bersemi indah. Sesudahnya
berupaya memperbaiki dan bukan menuntut untuk sempurna. Bukankah kita sendiri mempunyai kekurangan, mengapa kita sibuk menuntut suami / isteri untuk sempurna?

Ada amanat yang harus kita laksanakan ketika kita menikah. Ada ruang untuk saling berbagi. Ada ruang untuk saling memperbaiki. Dan bukan saling mengeluhkan, alih-alih menyebut-nyebut kekurangan.

Fahamilah kekhilafannya agar dia merasa ringan dalam memperbaiki, meski bukan bererti kita terus menerus membiarkan kesalahan. Berikanlah bimbingan dan
kehangatan kepadanya sehingga dia berbesar hati menghadapi rintangan dan halangan yang ada di hadapan. Tunjukkanlah bahawa kita memang amat menghargainya, menerimanya dengan tulus, mahu mengerti dan bersemangat mendampinginya.

Kita juga berupaya belajar bukan hanya terbatas menerima apa adanya, tetapi juga diikuti dengan belajar mendengar dengan sepenuh hati. Kerana tidak jarang kita bukan tidak faham jawapan yang sesungguhnya diinginkan di sebalik
pertanyaan pasangan.

Terkadang masalah-masalah kecil dialam rumahtangga, kita mungkin terlalu memandang remeh tetapi kadangkala bahkan ia akan menjadi batu karang yang cukup terjal yang kemudian melahirkan benih-benih konflik dan alih-alih
perceraian.

Cukup banyak perkara-perkara yang dapat kita anggap sebagai remeh temeh tetapi sebenarnya perkara itu ternyata jauh meleset dari dugaan. Kita bukan mendengar pasangan tetapi mendengar diri sendiri, kita bukan memberi penyelesaian tetapi malah menambah bahan ( umpama menyiram minyak pada api ). Kita bukan memberi
jalan keluar alih-alih menghakimi. Kita bukan memberikan jawapan, tetapi malah memberikan pertanyaan. Kita bukan meringankan tetapi malah memberatkan. Benarkah?

Akhir kalam, kekayaan itu ada di jiwa. Dan keping kekayaan itu dimulai dari ketulusan menerima. Dengan kekayaan jiwa kita akan lebih mudah memberikan perhatian, lebih mudah untuk memahami, lebih mudah untuk berbagi dan lebih
mudah mendengar dengan sepenuh hati.

Hari ini, ketika kita bermimpi tentang sebuah pernikahan yang romantik sementara ikatan batin di antara kita dan pasangan begitu rapuh, sudahkah kita berterima kasih kepadanya? Sudahkah kita meminta maaf atas kesalahan-kesalahan kita? Jika belum, mulailah dengan meminta maaf atas kesalahan-kesalahan kita dan ungkapkan sebuah panggilan sayang untuknya.

Mulailah dari yang paling mudah, hatta yang paling remeh atau kecil sekalipun. Mulailah dari yang paling kecil. Little things means a lot. Agar cinta bersemi dalam keluarga kita, agar cinta senantiasa berbunga dalam kehidupan kita. MasyaAllah. Subhanallah. Alhamdulillahirabbil alamiin.

Wallahua’lam Bisshawab.
( Bagi yang belum menikah tidak usah khuatir, jika engkau jaga risalah Allah, adalah sebuah kenescayaan jika Allah kan berikan yang terbaik buat antum, sekali lagi terbaik dalam perspektif Allah, dan bukan perspektif kita )
sumber: ukhwah.com.
p/s: asyik cerita pasal nikah kawin ye? hm..manusia berfikir selari dengan umurnya. Takkan saya nak bercerita ttg main gasing,congkak pulak kot.(^_^),pasni cerita pasal tarbiyah anak cucu cicit then cerita pasal kematian(kena sentiasa ni).Kitaran hidup namany,kan? Setuju!

Friday, February 19, 2010

Sakit...

Erm..hmm..hurmm..hidup beginilah.
Aduhai diriku, sendirian lagi melalui hujung minggu. Alangkah indahnya masa-masa di rumah. Sunyi. Senyap. Dan alangkah baiknya saya berterusan dalam mengingatiNYA sentiasa.

Dua hari ni, agak sakit bagi saya. Setelah lama mengelak dari vaccination H1N1 sedari tahun lepas akhirnya terpaksa juga saya relakan saat Sister di pusat kesihatan menyerahkan borang. Maka, selaku ketua yang menjadi contoh~ cheewah. Kenalah inject. Dengan concerntration vaksin yang lebih pekat dari Hep B antibody agak sakit sedikit. Hm..macam manalah rasa pt masa saya inject dalam mulut tuh? Mesti terasa benda yang sama, tapi bezanya saya inject slowly.

Bengkak. Tak dapat nak angkat tangan. Mujur saja tangan kiri. Alih-alih memang saya drive dengan tangan kanan saja. Susah. Nikmatnya tangan kiri. Selama ini dilupakan. Pagi Jumaat saya kira patient dalam lingkungan belasan seperti kebiasaan tapi sebaliknya. 30 orang lebih yang muncul. Memang dah hampir menitik air mata menahan sakit tangan. Kesian assistant saya, dia pulak yang nervous semacam. Dr menangis? Haru biru klinik nanti. Oh, saya bukanlah orang yang sesuka hati menumpahkan air mata melainkan bila terkenang banyak dosa dan lemahnya saya. (Dalam hati: kononnya tough mcm org lelaki ye). Hmm..kesian Dr.

Akhirnya, menyelinap perasaan. Ikhlas kah saya hari ini? Kalau ikhlas, jawabnya alhamdulillah. Kalau tak, maka sia-sia saya menahan sakit. Point to ponder.

Kesimpulannya, petang tadi terpaksa saya excuse dari klinik. Sakitnya tak tertahan, lagipun saya kena drive lagi. Sedih....tapi sabar jelah. Rehat-rehat, dan alhamdulillah malam ini dah berkurang cuma bengkaknya tak surut.

p/s: dah traumatize rasanya dengan injection. So Fizah, always stay in the pink of health (lama tak guna ayat ni)
Ciao

Thursday, February 18, 2010


Hmm..entahlah.
Saya sudah jadi sahabat terbaik atau tidak pada sahabat-sahabat tercinta
Terasa banyak sangat tempangnya saya di mata mereka semua
Siapalah saya jika nak dibandingkan mereka
Antara mereka, saya kira diri saya lah yang tak punya apa-apa.
Saya tak mengharapkan mereka ingat akan saya
Sementelahan saya pun hanya sedikit waktu sahaja mengingat mereka ~lemahnya saya
Saya tak mengharapkan mereka berterima kasih saat saya menghulurkan bantuan
Sedangkan saya pun jarang benar mengungkap kata yang sama ~ ego rasanya
Cuma yang mampu saya lakukan..
melayangkan secebis ingatan tatkala ada sisi-sisi kalian yang tersasar dari landasannya.
Tatkala ada masa juga saya sebegitu...
Lantas mengharap sepenuhnya, agar iman tak seberapa memandu
ke jalan yang benar lagi lurus..

Satu Hari

Peace means to be in the midst of all those things and still be calm in your heart

'Dr mana tinggal sorang-sorang kat rumah besar tu?'

Ramai pulak yang bertanya. Kat Simunjan ni memang tak heran kalau MO/DO duk sorang2. Sekali dengan saya ada 2 MO perempuan yang masih single duduk banglo double storey. Sungguhpun takut jugak kadangkala kenalah memberanikan diri. Allah jua tempat berlindung.

Pagi tadi dah 'bertarung' dengan 5 ekor creatures paling saya alergik. Walhal kat rumah ni bukan ada apa-apa pun, dan tak syak lagi mereka datang dari kawasan sebelah. Haha.. lintang pukang jugak. Tapi akhirnya mereka berjaya ditumpaskan. Kacau betul.Nasib baik sempat iron baju, kalau tak berkedut seribu jawabnya pegi kerja. Habis imej kemas saya selama ni kan.

Yeay..yeay, Ari tok kamek molah check gigi di MCH(mother child health clinic)..Wee, suka tengok air muka ibu-ibu mengandung yang berseri-seri~ tanda bahagia kan. Tapi bila tengok chart EDD(expected date of delivery), terkejut jugak sebab ada budak umur 13 tahun yang bakal jadi ibu. Oh, kalau saya umur waktu tu baru nak mengenal dunia dan sibuk mengadap buku je. Hmm..being wondering why? Ataupun saya dah tua sekarang? Uhuks..tidak.

Esok, Jumaat. Hujung minggu menjelma lagi dan banyak kerja nak dibuat. Apakan daya...sudah amanah. Mari menaip gik...

p/s: bangun pagi, sedar-sedar dah ada kat Sarawak tok...

Monday, February 15, 2010

Esok..

Sampai di sini saja dahulu...

Esok, perlu berangkat kembali meneruskan sisa bakti pada warga Borneo. Sukarnya nak digambarkan perasaan nih, setelah enak-enak menghabiskan masa di rumah. Kalau ikutkan memang straight saya cuti 2 minggu seperti sebelum ini. Tapi sebab memikirkan hal-hal patient di pedalaman dan kesusahan relieve officer yang terpaksa menganti, relakan jua cuti pendek tak seberapa. So..berterima kasih lah anda sekalian pada Allah ye sebab 'meletakkan' saya jadi doktor gigi sorang-sorang kat sana. (macam tak ikhlas je kenyataan).

Tak mengapa..bulan depan saya balik lagi. Sebab awal tahun lagi dah planning, every 2-3 months mesti balik.Hehe..banyak duit kah saya? Early bookings maa..murah la sikit. Lepas-lepas ni saya tak kisah, nak cuti..saya akan cuti. Tak kiralah..ada meeting ke, kerja ke. Haha. Masam pulak muka staff2 saya~merajuk sebab saya selalu pulang. Tau lah rindu, cakap jelah rindu..mhuaha..Erk. Control2.

Oklah, nak teruskan hidup yang masih ada ini dengan banyak-banyak mengingati Allah dan mati.

Sunday, February 14, 2010

Injuries


I sustained few minor injuries.

Sakit tapi saya bukanlah budak kecik yang menangis merengek macam dulu-dulu. Lagipun kalau saya menangis bukan ada orang datang pujuk pun~baiklah duk diam-diam sambil zikrullah. Ada few incidents masa zaman budak sekolah, saya tercedera kena bee's stings, tangan terkena selumbar kayu, terseliuh kaki. Memang menangis tak ingat dunia, sakit bah.Tapi ada seorang lelaki yang selalu tolong and soothing my pain. Xie xie ni. Of course my bro, though dia macam helpless dan serius memanjang tapi dia jugak lah orang pertama ambik safety pin dan berusaha keluarkan bee's sting/venom dan selumbar kayu kat tangan. Maybe sebab dia tak tahan tengok saya menangis kot. Siap pesan lagi suruh berhenti menangis, laa..nak berhenti menangis pun ada stages dia bukan boleh abruptly. So bila tau dia lemah dengan tangisan adik dia...so sukalah saya gunakan sebagai weapon lepas-lepas tuh. Haha..memang nakal tak bertempat.

Hot glue gun. Oh, I'm phobic. Sepandai-pandai doktor cabut gigi akhirnya terkena juga pada pistol gam yang panas tu. Saya dah bagitau mak awal-awal, tak nak sentuh pun benda tu tapi alih-alih takdir telah menentukan although mak yang pegang kena juga pada tangan saya. Sebijik macam kes Hadirah dulu, cuma bezanya Hadirah injured sebab menyibuk dan buat-buat sibuk. Haha..nak ketawa rasanya tengok gelagat dia masa tu.Aduhai dah naik gelembung.
Apapun, memang berbaloi walaupun sakit. Ok!
Luka di tangan nampak, tapi luka di hati siapa yang tahu ~ ceewah macam encik Karam Singh Walia pulak. Tapi saya takde lah injured kat hati pulak, yang injured tuh bila rasa jauh dari NYA. Sesekali saya tak mahu jauh dariNYA...merana hati nurani
Moga sakit ini sebahagian kafarah dosa-dosa saya. InsyaAllah

Friday, February 12, 2010

Holiday In Making


Alhamdulillah, sampai jua ke teratak kasih ayahanda dan bonda. Adapun anakanda ini terlalu suka hatinya saat melangkah menjejak ke tanah serambi Mekah.
My heart is fluttering.
Sepetang dan semalam masa dihabiskan di airport. Membazir. Tapi tak mengapa, worth it. Kesempatan duduk disebelah a lovey dovey couple in their 60's digunakan sebaiknya. Senang berbual dengan orang macam ni. Banyak ilmu dan pengalaman. Huhu..pakcik, saya nampak macam org KL kah? Silap tu, saya orang Kelantan negeri yang dicintai sungguhpun not 100% pure. Tersentuh hati tengok diorang. Hmm..dapat ke saya jadi macam diorang berdua kelak bila dah tua ye? Wallahua'lam. (Mode: berangan)
Tulah degil sangat nak hand luggage. Bayangkan sepatutnya 2 luggages, sedaya upaya saya packed habis-habisan jadi satu hand carry dan satu backpack. Kan dah merana jiwa raga dan badan. Ayah yang angkat beg tu pun, amazed dengan capability saya. Biasalah, bak kata Pips~ see the leg laa. Lagipun, takkan nak asyik manjakan diri. Sesekali kena juga 'menyeksa' diri. Apapun lepas ni, saya book je lah luggage. Patah riuk nanti. Ya ampun..bak kata Sister. (Mode: Perasan bagus)
'Dah makan ke?'
'Dah masa kat airport, tapi rasa nak makan lagi' hee
Alih-alih, satu mangkuk bihun tomyam saya habiskan though bit hot and spicy. Macam biasa, saya mana tahan pedas tapi bantai aje. Akhirnya, dah merah bibir menahan. Takpe, ubat topical ada standby. Kesian ayah, 'ditinggalkan' mak seminggu lebih ni. Mengeluh tapi apakan daya. Nenek nak jugak duduk rumah dia. Nampaknya, saya juga kena memasak. Aiyaa..
(Mode: Sayang semua orang, semangat nak memasak dengan penuh passion)
'Hello, Dr Siti ke ni?'
'Ya saya. Siapa ni?'
'Saya.....Assistant pharmacy. Dr, Orapaste dah habis stock so pt ni nak kena gantikan dengan apa ye?'
'Hmm..takde ke? Bonjela?
'Ada, so saya tukar prescription ye. TQ Dr'
Aduhai, ada2 je. Baru nak cuti dah kena disturb. Sudahlah masa tuh tengah tolak trolley keluar lif. Iyah..iyah jugaklah saya nak keluar. Bonjela? Oh, saya kureng sikit sebab ia hanya just relieve the pain ulcer bukan curative. Lainlah kalau Kenalog in Orabase ada therapeutic effect~steroid with triamcinolone acetonide. The mode of action (MOA) baca sendiri ye. Biar ingat sendiri pharmaco.
(Mode: Holiday+shopping+ziarah+jalan-jalan)
Singgah sebentar di KP Kota Samarahan
Kali ni naik Hilux, orang hantarkan ke airport. Senang hati. Tq my friend. Kami bagi angpau for his little baby. Kawaii. So, sape2 yang nak vehicle yang besar, mahal,kalau masuk potholes pun tak terasa belilah Hilux..huhu. Tukang promote pulak.
'Balik kawin ka Siti?'
'Uiks, kalau kawin bukan 5 hari tapi 5 bulan la' haha..pembulak(penipu).
'Takdelah, ada mission to be accomplish'
'Hebat bunyi tuh'
Macam main game pulak.
(Mode: Kawin? Rilek dulu...hmm,yelah tu)
Akhir sekali.
(Mode: Conquer queen size bed sorang-sorang sebelum Cik Pips balik menyebok..haha). Dah lama tak tidur lena, aman damai)

Wednesday, February 10, 2010

Selamat Hari Lahir ayah...

Tiada apa yang dapat anakmu ini ungkapkan melainkan terima kasih tak terhingga kerana menjadi seorang ayah pada diri ini dan anak-anakmu yang lain. Doaku moga Allah memperpanjangkan umurmu untuk berterus-terusan dalam ibadah dan keredhaanNYA, dimurahkan rezeki yang halal lagi baik serta sihat selalu di samping anak-cucu-cicit dan seterusnya hendakNYA. Doakan kami semua agar baik-baik sahaja.

(^_^) Sayang ayah ..endlessly.

Ayah saya yang cool
Ayah saya yang penyabar
Ayah saya yang 'sporting' habis
Ayah saya yang 'protective'
Ayah saya yang penyayang
Ayah saya yang suka bergurau
Ayah saya yang rajin mengemas, beli barang, memasak
...ayah saya awet muda..hoho. Susah nak cari uban kat rambut ayah tau. See..so anak-anak pun akan turut kekal awet muda mcm ayahnya ..hee.

p/s: klu nk cari husband..cari lah yang ada ciri-ciri macam ayah~ ni bukan saya yang pesan..abang saya yang pesan. Ngee..(macamlah dia ada ciri-ciri tuh).

Tuesday, February 09, 2010


Ari tok eh, kmek sik da sorang pun patient. Kelak dtg lah cdak ya ..~tumpang sibukkan diri kat appoinment orang lain. Ni yang membuatkan saya rasa ingin sekali 'sekeh' diorang. Sebab alasan biasa, terlupa. Tak tahulah nak maafkan ke tidak. Sekali buat boleh terima tapi kalau banyak kali, ramai lagi yang susah. Everything matters though just a small-small things ibarat kata boss. A small change make a lot differences.
Hp saya dah mula meragam. Asal incoming call, mesti jadi senyap sunyi. Akhirnya, saya juga kena call balik. Nak tukar yang baru, belum mampu (huh..tipu betul kenyataan ni). Pay slip bulan ni banyak dapat tunggakan tahun lepas.Best pulak tengok. Elaun menanggung U44 especially. Alhamdulillah.Hmm..kenapa dentist tak fight agar kita dapat gred UD juga ye?Macam medical doctors, after 2 years HO terus naik pangkat UD 44. Dentist kena sit for PTK exam lah, cukupkan CPD points above 50% la. All those crap- crap things.Ngee..kenapalah gol. profesional tak boleh nak ada Union sendiri to fight for all these things. Tengok polis dan askar pun senang-senang dapat kenaikan gaji. Dental? Alamatnya tunggu 10 tahun lagi. ~ Nanti ada orang cakap; bersyukurlah dengan apa yang ada. I guess so!
Kepada govt servant, make sure you all read and refer to GO (perintah am) and circular so these things help you a lot especiall for your own right. Doesn't mean you have to obey to your superior every single things especially that opposed to GO. Saya mengajar untuk jadi bad person ke? Taklah. Apa yang betul kena ikut kan, yang salah jadikan sempadan. Being dentist not only about oral cavity and maxillofacial area, it's more than that. I should tell you.
Every jobs and works have their own dark and bright side. Which upon us to decide and make things move on our own. Mana ada kerja senang even pada makcik cleaner. Dan semua kerja akan jadi senang kalau kita sentiasa sabar dan minta pertolongan dariNYA.
...mak, nak balik nak makan sedap-sedap.Fizah nak off memasak cuti ni..
..ayah, nanti sediakan laksa penang untuk anakmu ini
..Aisyah, kemas bilik dan rumah sampai bersih
..Amnah, kita jumpa lagi duhai sahabat
..Farhana, nanti saya jenguk semua yang nak exam
..Aya, ada peluang Allah berikan kita bersua kembali
..Pips, juh kita jalan-jalan
InsyaAllah.

Untukmu..Sang Teman

Sapulah air matamu
Sungguhpun telah banyak detik ia tumpah
Hanya satu pesan dariku
Bangkit usahlah beralah
Menyerah bukan erti mengalah

Duhai si permata hatiku
Andai dunia penuh kesenangan
Pasti hanya perkataan gembira yang ada
Tapi hakikatnya bukan sebegitu
Ada masa kita gembira
Dan ada masa kita perlu berduka

Beban yang kau pikul
Entah bagaimana hendakku nyatakan
Berat...
Tapi DIA jualah yang memberikan kekuatan
Yakinlah..
Sesudah kesulitan pasti ada kesenangan di hujungnya

Sayu hatiku
Tatkala mendengar sendu
di hujung katamu.
Dan diri hanya mengungkap
sabar itu ubat paling mujarab.

“Peliharalah ALLAH, nescaya Ia memelihara engkau. Peliharalah ALLAH, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada ALLAH. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan ALLAH.”

Monday, February 08, 2010

It's a Bird ..It's a Plane

Can you see it? Carefully..



InsyaAllah, few days left. And I don't want to waste them for any single reason. Need to clear all the unsigned forms, to re-schedule meeting and CPDs, to monitor Return.


Yippie, an evening with a chitchatting and 'cucur' to eat along with Milo Peng (Iced Milo). Happy hour in the clinic. Sometimes it helps alot to relieve the stress. Believe me. You shared ideas and common things with your staffs actually.

A jacket or trench coat. Whoa! Since when Dr Siti having a work suit. I never wear pants outfit to work. Comfortable in loose 'baju kurung' ~ the modern, traditional, Riau, That's everyone mistaken me as a 'cikgu'. Once in a blue moon.. a blouse with skirt(so girlish..haha). Honestly,I only have guts to be different when ; attending meetings/course, travelling, balik Perak and on trips not forget ~when i'm flying. Double standard eh?.Guess so. But then, I had a dark brown jacket for formal course ..the chills unbearable in air cond. My habits~ go for the better, expensive and of course worth to buy for some stuffs that I can use for longer periods. Alah membeli menang memakai kan?.

p/s: though busy as bee..still having time for blogging.(^_^)..that's bcos I lurrvve writing...hehe.

Saturday, February 06, 2010

Beribu-ribu lemon


'Setiap dari kamu adalah pemimpin..'
Alhamdulillah AGM berakhir jua petang tadi..kurang sudah pening kepala saya sedikit. What a wonderful day. Saya mahu rehat-rehat...
Cuba perhatikan firman Allah SWT di dalam Surah ar Rahman ayat 4:
“...mengajarnya pandai berbicara”
Salah satu terjemahan kepada makna al bayan ialah seni berkomunikasi dan ini merupakan salah satu nikmat yang besar yang dianugerahkan kepada kita. Ia titik tolak usaha untuk seseorang itu dikenali dan difahami. Sekiranya melalui komunikasi yang berkesan seorang itu dapat dikenali besar kemungkinan akan dihormati dan dikasihi.
Susahnya menjadi seorang ketua.
Tapi saya tak nak bercerita tentang itu.
Haha..akhirnya berjaya juga saya melepasi halangan menjadi penceramah. Sungguhpun sekadar just delivered yang TPKNG punya itulah yang paling susah jika nak dibandingkan kalau kita sendiri yang sediakan kan. Pertamanya, siap berpantun-pantun si pengerusi masa nak jemput saya bagi talk~
a)Tudung putih ~ senang nak mix n match mana-mana baju kan.
b) Muka bulat ~ bulat kah muka kmek kinek tok? Kedak apa ya?
c) Kacak ~ senyum simpul saja. Buruk je muka saya ni..
Entahlah, saya bagi talk ke apa kat depan-depan tuh. Tapi macam biasa, sempoi je. Tak nak bagi audiences bosan kan including my boss yang tergelak-gelak tengok saya di hadapan. Awkward pulak.
Habis AGM, berdesup ke pasar minggu. Selaku a loyal follower, ikut saja. Esok Ahad. Lusa Isnin. Tulat Selasa. Rabu dan Khamis pun tiba insyaAllah. Selagimana Allah masih menghidupkan saya. InsyaAllah.
p/s: apa lah yang saya merepek ni. Tiada kerja kan..

Friday, February 05, 2010

Stay The Same

Don't you ever wish
You were someone else
You were meant to be
The way you are exactly

Don't you ever say
You don't like the way you are
When you learn to love yourself
You're better off by far
And I hope you always stay the same '
Cause there's nothing 'bout you I would change
I think that you could be
Whatever you wanted to be

If you could realize
All the dreams
you have inside
Don't be afraid
If you've got something to say
Just open up your heart
And let it show you the way

Believe in yourself
Reach down inside
The love you found will set you free
Believe in yourself
You will come alive
Have faith in what you do
You'll make it through..

No there's nothing 'bout you I would change
Don't change...

p/s: Saya mimpikan awak lagi semalam. Gembira tak terkata. Tunggu saya ye..

Bon Apetite


Oh, jadi pemberi resipi pulak sejak akhir-akhir ini ye. Walhal, saya yang jadi malas masak lately. Reason behind~ tak nak membazir. What a lame excuse!. Resepi spagheti bolognaise ye.
Bahan-bahannya ialah :
a)Spagheti (San Remo tuh~ yg dalam iklan Mak..apa ntah) sepaket
b)Tomato puree satu tin 300 g or Sos spagheti Prego~ or apa2 cap asalkan halal
c)Daging/ayam cincang ~ add on seafood (prawn) ikut suka banyak mana
d)Cendawan butang ~ option cincang atau hiris halus/potong empat
e)Bawang putih ~cincang halus dlm 6 ulas
f)Bawang besar~ optional klu nak masukkan sekali (sebiji cukup)
g)Lada hitam
h)Garam
i)Gula
j)Air
Cara memasaknya~ senang jak
1) Tumiskan bawang putih sampai naik bau
2) Masukkan sos/tomato puree
3) Kemudian masukkan daging sampai mendidih
4) Letak mushroom, air~ klu nak kuah byk ye.
5) Masukkan bahan-bahan spt garam,gula dan black pepper secukup rasa umpph..huuu..
Agak2 boleh untuk 6 org sekali makan.
~Pics above just a seafood tom yam not a spaghetti yep. A bit confusing. Next spaghetti Carbonara pulak. Kalau rasa rajin datanglah..klu tak, tggu after Chinese New Year.Oui.

Thursday, February 04, 2010


The dentist also suffered from toothache which she too afraid to seek dental treatment since last time she had dental Tx was during secondary school. OMG, my right lower posterior wisdom/third molar tooth erupting. Causing a lot of miserable momments, ache.
I came across with this article:
Saidina Umar Al-Khattab telah menulis kepada penduduk Kuffah.

“Ajarkanlah wanita-wanita kamu keluarga Surah An-Nur.”

Manakala Saydatina Aishah ra juga tidak ketinggalan menyampaikan pesanan kepada para wanita di zamannya. Kata Saydatina Aishah r.a

” Janganlah hanya mengajar anak-anak gadis kamu, hal memegang alatan dapur mengajar menulis semata-mata, tetapi ajarkanlah anak-anak gadis kamu Surah An-Nur dan menenun benang”
p/s: doktor pun nak merasa 'nikmat' sebuah sakit. aduu....

Cerita Tentang Aqil

Aqil the go-go Power Rangers

'Flight hang pukul bpa?
'7.50 pm'
'Lah,ambiklah 1025 am, murah sikit'
'Lor, dah booked awal-awal gik'
'Ye ke, klu flight same boleh hang tengok kan Aqil'
'Hoho, ada orang yang nak kena marah dek achik ni'

Kesian Aqil, last time tahun lepas kena marah by this very garang achik. Tulah, mengada-ngada sangat. Dah la bila menjerit,sakit telinga satu rumah. Macam mana lah ibu awak ajar ni? Haha. Saya pulak nak ajar ibu awak ye, cukup-cukuplah ajar memasak.

Cerita tentang Hadirah yang lepas~ habis saya gelak-gelak. Pantang Luqman ditinggalkan dengan dia mulalah nak angkat-angkat. Yang menggugurkan jantung instead pegang kat badan dia pegang ditengkuk. Tapi belum sempat mamanya buka mulut...

'Ingat macam pegang anak kucing ke!'

Aduhai, pandai pulak dia imitate mama dia. Sesuailah tu, mama borek anak rintik cakap saya.

'Amboi, awak tuh mana ada anak lagi. Senang lah cakap. Nanti dah ada anak sendiri, baru tahu. Ini baru dua pun dah berputar alam'
" Ye ke?. Anak saya semuanya baik-baik ikut macam mak dia. Hoho"

Hmm, terfikir jugak. Macamanalah mak ayah jaga kami berderet-deret 8 orang dulu sampai semua anak-anaknya dah menjadi 'orang'. Dahlah macam-macam kepala dan perangai. Sabarnya mak ayah kan? Bukan senang nak menghadapi. Oleh itu, jangan sekadar menganggap perkahwinan itu perasaan suka-suka saja~ tapi lebih dari itu. Ia sebuah tanggung jawab dan amanah berat yang perlu dipikul.

"Proses pernikahan mempengaruhi niat. Proses pernikahan yang sederhana dan mudah insya Allah akan mendekatkan kepada bersihnya niat, memudahkan proses pernikahan bisa menjernihkan niat. Sedangkan mempersulit proses pernikahan akan mengkotor niat. "Adakanlah keraian sekalipun hanya menyembelih seekor kambing." (HR. Bukhari dan Muslim)

Pernikahan haruslah memenuhi kriteria Lillah, Billah, dan Ilallah. Yang dimaksud Lillah, ialah niat nikah itu harus kerana Allah. Proses dan caranya harus Billah, sesuai dengan ketentuan dari Allah.. Termasuk didalamnya dalam pemilihan calon, dan proses menuju j pernikahan (bersih dari nafsu atau tidak). Terakhir Ilallah, tujuannya dalam rangka menggapai keredhaan Allah. Sehingga dalam penyelenggaraan nikah tidak bermaksiat pada Allah ; misalnya : adanya pemisahan antara tamu lelaki dan wanita, tidak berlebih-lebihan, tidak makan sambil berdiri (adab makanan dimasyarakat biasanya standing party-ini yang harus di hindari, padahal tidak dicontohkan oleh Rasulullah SAW yang demikian), Pengantin tidak bersanding, adab mendo'akan pengantin dengan do'a : Barokallahu laka wa baroka 'alaikum wa jama'a baynakuma fii khoir.. (Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian), tidak bersalaman dengan lawan jenis, Tidak berhias secara berlebihan (" Dan janganlah bertabarruj (berhias) seperti tabarrujnya jahiliyah yang pertama" - Qs. Al Ahzab (33)"


Wednesday, February 03, 2010



You will never find time for anything. If you want time you must make it! ~ Charles Burton

"When violet eyes get brighter,
And heavy wings grow lighter,
I'll taste the sky and feel alive again.
And I'll forget the world that I knew,
But I swear I won't forget you~ dear friends"
p/s: things keep going smoothly these days. Alhamdulillah. Grateful to HIM is a MUST.

Tuesday, February 02, 2010

Sepetang Dengan ....


'Dr buat apa tuh?'
'Ni ha, mengemas laci instrument'
'Oh, auntie ingat cari barang tadi'
Penat. Tak boleh duk diam sehari dua ini .(haha..bukan nak tunjuk rajin yer). Pagi adalah masa untuk menyelesaikan tugas admin~ buat schedule sekolah dan antenatal di klinik kesihatan ibu dan anak, buat claim, buat isi PKP, trace borang cuti,surat oncall apa lagi? Segala mak nenek surat lah katakan. Petang pula masa saya menyelia tugas staf~ abis saya selongkar laci-laci instrument. Mengucap panjang saya tengok satu demi satu.
Lelaki Oh Lelaki
Apa boleh buat semua assistant saya adalah kaum lelaki. Patutlah hari tu beria-ia nak mintak assistant perempuan. Memang bersepah dalam tuh. Awal-awal bising juga ~biasalah mak berleter kat anak-anak. Bila dah letih, senyap lah saya. Akhirnya siap juga. Pfuh,lega tengok tempat kemas. Barulah bersemangat nak buat kerja kan?.
Tapi bukan semua lelaki macam tuh. Close example~mcm abang saya, pengemas tersangat. Sampai tengok semut pun tak boleh. Mulalah bising-bising sambil menghapuskan si semut yang tak bersalah itu. Mengalahkan saya.
'Eh, bisinglah hang ni. Dari tadi tak letih-letih ke mulut asyik bercakap'
' Hehe.Sori, best apa bercakap'
'Sah-sah nanti hang mulut banyak, suami hang pulak yang senyap'
'Haih, janganlah cakap macam tu '
Biasalah, kena tegur-tegur ni tambahan lagi kalau family sendiri. Malam-malam pillow talk tuh rutin.
Tadi best bercakap dengan Hadirah. Wah-wah, dah pandai mengaji al Quran ye. Bagus ni. Makin bijaklah hendaknya anak buah achik ni ye macam achik-achik dia kan. InsyaAllah.
'Bila achik nak balik rumah nenek?'
'Achik balik minggu depan. Hadirah balik lah sekali ye'
'Achik rindu kat Hadirah ke?'
'Rinduu...sangat-sangat'

Saya Teman Awak

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri hati kepada mereka. Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung kerana Allah."
'Bersyukurnya pada Ilahi
Dikurniakan teman sejati..'
Masa belajar lain, masa bekerja lain. Itu hakikatnya. Sungguhpun baru masuk setahun lebih meninggalkan title seorang student, terasa amat jauh masa meninggalkan. Apatah lagi mereka yang bertahun-tahun sudah. Jauh dari lubuk hati, saya mengakui teramat rindu pada halaqah bersama sahabat seperjuangan. Bertemu mata, duduk berlaga lutut, salam peluk erat dan makan setalam, minum berkongsi cangkir.
Keseorangan faktor terbesar menyebabkan futur. Ketiadaan teman di sisi untuk mengingatkan ada tugas lain yang terbesar bahkan matlamat utama seorang muslim sering kali mengetuk rasa hati saya. Tapi perlu diakui ia bukan faktor utama ke arah itu. Iman dan amal yang diterjemah melalui isi pentarbiyahan semasa belajar itulah cerminan utama sama ada kita mahu terus kekal di jalan dakwah ataupun tidak. Lantaran itu, sering kita disantapi ungkapan ' Tepuk dada, tanyalah iman'. What goes around, come around.
Mahu atau tidak, semuanya terpulang. Mahu turun berprogram atau usrah, malas nak menyusahkan diri bangun awal pagi, mengorbankan waktu yang cukup-cukup untuk rehat? Menahan lelah mata memandu.Bukan sekali dua, saya 'dihasut' rasa malas tapi kalau diikutkan hati memang sudah lama saya jadi golongan yang tercicir. Namun masa, tenaga dan harta perlu dikorbankan sementara ada peluang~ ini prinsip saya untuk selamanya.
Sebagaimana saya mengharapkan ada sahabat mengingatkan serta menegur sebegitu jugalah saya mahu mengingatkan sahabat-sahabat saya yang dikasihi. Moga ada waktu, Allah izinkan pertemuan kita semua sungguhpun jauh di mata. Namun jika tiada lagi pertemuan di dunia, mudah-mudahan Allah masih jadikan kita sebagai sahabat dan jiran tetangga di syurgaNYA kelak.InsyaAllah. Amen.
p/s: saya rindukan kalian semua.

Monday, February 01, 2010

Put Your Wedding Veil Now

...Alhamdulillah, hujan renyai-renyai mengiringi di celah subuh hari. Mata ini sudah letih menahan rasa ingin tidur. Chills run down to my spine.

Hari ini, schedule agak tight. Baru kesempatan nak surf. Patient berduyun-duyun datang. Benarlah. Hargailah masa lapang sebelum sibuk. Patient last tadi datang request tampalan gigi hadapan, tampalan yang dulu patah gara-gara gigit tablet ubat. Senyum sajalah. Sementelahan Sabtu ini wedding ceremony dia. Anggap sajalah ini hadiah perkahwinan dari saya (tapi material guna duit govt. haha). Ok dear, you can put your wedding veil now~(^_*)V.

Saya tak sempat nak lunch lagi. Berdoa saja masa treat patients tadi, agar tiada bunyi nyanyian keroncong dari perut saya. Ngee..Sungguhpun lapar tapi saya tak berselera. Hanya mahu tidur..Penyebab utamanya adalah, masuk pejabat terus tengok bersepah meja dengan dokumen dan surat-surat. Tak sukanya tengok. Inilah yang menyebabkan saya tak berapa nak suka cuti atau pergi kursus panjang-panjang bila seorang diri jadi officer. Sigh*

Hujung minggu tok, AGM gik. Saya kena bagi talk. Aduhai!..Nampaknya tak lena tidur lagi..