Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, March 30, 2009

The Thoughts That Count

'Athik, nak cucu'~ 'achik nak susu'. Hadirah tiba-tiba menempel disebelah saya yang tengah khusyuk surfin. Oh, budak ketik(kecik) ni memang pandai kacau orang. Macam biasa, kena cari dulu botol susu yang selalu dia campak entah ke mana setiap kali sudah habis minum. Budak ni memang nak suruk auntie dia kerja lebih. Senakal-nakal dia pun, nakal lagi kami waktu kecil. Maka kenalah sabar. Tiba-tiba ..'prap..' Astaghfirullahaladzim, habis pecah pintu kecil pada meja tv gara-gara dia terlanggar. Aduh, makin pening saya.

Pagi tadi kami ke Rantau Panjang, nak survey barang-barang untuk kawin..siapa? Tunggu jelah untuk episod akan datang. Takpe, sabarlah menanti ceritanya, nanti takut tak menjadi (nauzubillah). Oh, malas dan penat nak menjawab bila orang tanya soalan panas bab kahwin ni. Mulut memang kata nak kawin, tapi bila orang nak merisik jawapannya; saya masih belum bersedia. Bila orang tanya apa kriteria calon, jawapannya; tunjukkan saya siapa calon tu, baru blh saya buat penilaian. Bila orang sibuk suruh saya sendiri approach jawapannya; saya yakin dengan takdir Allah, kalau betul dia untuk saya ikut mana-mana pun takkan lari. Bila orang kata 'Dr takkan tak nak kenal (aka bercinta) dulu ke? jawapannya; kenal nak tapi bercinta selepas kawin ok?'. Bila assistant (DSA) saya dengar jawapan tu, gelak besar diorang. Chett..kurang asam. 'Awak ni sama macam lecturer saya dulu. Ada ke patut kata saya akan kawin dengan orang tepi jalan'. 'Yelah Dr, tiba2 je kawin dgn org duk kat tepi jalan pastu esok cerai berai'. 'Huh, saya gunalah orang tengah nk risik2 orgnya macamana. Macam Siti Khadijah r.anha.'. Terdiam diorang seketika.

Ingatkan isu tu berhenti setakat itu shj, rupanya tidak. Ikut koranglah, malas nak layan orang 'tua' berhati muda ni. Analoginya mudah, macam barang-barang kalau kita nak tahu elok ke tak,mcmana nak guna maka kenalah merujuk manufacturernya sbb dia yang arif so samalah macam manusia, manufacturernya Allah. Kesimpulannya, tanyalah Allah sbb dia Maha Mengetahui...so jgn tanya saya,tanyalah pada DIA. (mudah keje saya!)

Harapnya cuti ni tak berlalu dengan pantas, biarlah saya dapat menikmati sepuas-puasnya. Sebab bila tiba saat kembali ke bumi Sarawak pastinya saya yang akan meronta-ronta tak nak balik..haha reality check!.Bukan sebab saya tak suka negeri tu,(siapalah saya nak benci-benci negeri +orang, entah orang benci saya pun saya tak tahu), cuma kadang kala saya terpaksa ambil masa untuk adapt dengan sesuatu. Even sampai sekarang saya ni tak pandai bahasa Sarawak except for simple words..the rest saya rasa better speaking English. Lagipun orang kat Sarawak ni pandai English since early 60-80's they have been taught in English. Saya kan dah tua..otak pun tak aktif sgt..

Hehe..food for my own thoughts.

Sunday, March 29, 2009

Di antara kalian...


Humm...Hadirah memang telah mengisi 80% schedule saya. Letih, rasa nak marah, tak cukup tidur semua ada. Namanya budak-budak, apatah lagi yang nakalnya tak bertempat. Memang saya give up kalau kena jaga lama-lama. Oh, tak tahulah bagaimana saya nak menghadapinya pada masa depan kelak?. Senang cerita, serahkan semua urusan pada Allah.
Tiba-tiba rasa rindu nak kerja, biasalah manusia. Bila kerja, sibuk nak cuti and vice versa. Bukan apa, environment ok+happy+staff rajin= good outcome oh lupa plus niat betul dan ikhlas lagi satu. Tapi saya seronok dapat habiskan masa depan Astro tengok cerita hantu, action, rancangan masak2 dan channel kbs..hee. Semua benda tu mana dapat kat rumah sewa kan.
Semalam turn saya belanja family, tapi sayangnya tak semua ada. InsyaAllah next time saya belanja tapi kalau pay a Dutch treat lagi bagus bukan? Sharing is caring. Kemudian, shopping2 beli barang dapur..sehinggalah terjumpa satu benda yang menarik-narik hati dan tangan saya. Tapi tak sempat mahu membelek lebih lama, maka postponed dulu niat mahu membeli...
ok,ciao. Hadirah; ting ting 'achik' de hua..




Saturday, March 28, 2009

Return of The Sheep


" Thousand miles journey start with a single step"

Alhamdulilllah pukul 11.43 pm (Jumaat) saya tiba di rumah. Sukar digambarkan perasaan ini. Mungkin cuti panjang yang saya ambil ini setelah burnt out dengan kerja menyebabkan saya reluctant nak kembali ke 'negara Sarawak'. Oh, memang malas nak bekerja jika cutinya berlebihan dari sepatutnya. Tak kisahlah, janji hati gembira.

Dan laptop saya kembali berfungsi setelah direpair jauh-jauh. Rindu pulak pada dia~yang setia dan komited dengan tugasnya. Sudah berusia lima tahun, saya akui dalam bab-bab menjaga harta benda peribadi ni saya akan lebih mewarisi ayah.Kalau boleh saya nak dia tahan selama-lamanya. Even kereta MPV ayah dah masuk tahun ke 5 tetap takde satu calar pun, dan saya boleh kira dengan jari berapa kali ayah pergi carwash untuk cuci kereta. Bagi kami,mencuci kereta satu terapi dan mendidik diri agar lebih berjimat cermat.
Banyak aktiviti sepanjang dua minggu ni, harapnya Dr Alex serta Ashton Gregory yang chubby dan comel itu tak rindu-rindu pada oghe Kelate dan Ganu kite. Tahu-tahu sajalah, kami suka berborak pasal tempat2 nak bercuti di negara Malaysia, makanan, even usik Ashton tuh. Kadang-kadang rasa macam lebih-lebih pulak bila berbual takde hujung ni. Huh, kena ubah attitude ni! Oh ya dengan duit yang ada sesekali saya nak pamper diri sendiri dengan beli barang-barang keperluan eg: jam tangan baru setelah 2 tahun lebih, kasut kerja baru setelah 6 bulan sekarang elok lagi tapi saje je tambah satu spare, glasses baru since dan 2 1/2 tahun yang lama dan perlu perubahan imej dan nak lain dari orang(haha..macam model je). Tunggu jelah, entah tercapai atau tak wallahu'alam dan yang paling penting saya nak ziarah sahabat, senior dan junior. Mentautkan kembali hati-hati di jalan Allah, menjernih seketul daging dalam badan, membasahkan lidah dengan zikrullah.
Rasa rindu ana pada antunna semua tak terucap. Asyik duk flashback segala suka duka dalam tarbiyah kita. Mungkin ini salah satu penyebab tahannya iman ana dari godaan dunia. Saat ana hampir-hampir nak buat sesuatu yang tak patut cepat-cepat hati ana teringatkan pesanan sahabat. Di mana saja kita berada tunjukkan jati diri seorang Muslim, insyaAllah biarpun ana selalu diperli jadi ustazah kat klinik tapi at least ana menyampaikan walau sepatah. Mana mungkin kita membiarkan orang lain hanyut sedangkan kita bersenang lenang. Pokoknya jangan putus asa!
Ada yang tegur suruh pakai tudung singkat sikit, ada yang tanya kenapa pakai baju besar-besar, ada yang suruh make up and touch up sedikit, ada yang ajak makan sedap tapi tempat tak halal. Semua ini godaan semata, kalau kita menang mengatasi alhamdulillah itu tanda iman kuat dan indirectly orang makin respect pada pegangan Islam yang kita hayati tapi kalau kalah...tepuk dada tanyalah iman. Sebab petanda bagi sebuah keberkatan ilmu yang kita pelajari adalah amalan dan penghayatan dalam kehidupan seharian.
I'm ain't saint in words and action, tapi sebolehnya saya mahu avoid dari melakukan kesalahan. Siapalah kita untuk sentiasa bertindak betul dan sempurna setiap masa. Setiap anak Adam itu berdosa, dan sebaik-baik orang berdosa ialah yang bertaubat. Saya jarang dan dapat menegur secara direct unless orang tu saya anggap dia macam sebahagian diri saya, selebihnya hanya melalui tulisan di blog ini(untuk para pembaca yang saya nak tegur tapi tak tahu bagaimana).
' Sebagai manusia, aku sayang padamu'....


Sunday, March 15, 2009

Terima Kasih Tuhan...

Entah bagaimana saya mahu gambarkan perasaan di hari-hari terakhir di Klinik Pakar. Banyak betul dugaan di situ, terutama pada minggu ini.Sudahlah hanya saya dan seorang kawan yang 'run' klinik. Patient datang menderu-deru. MOS(minor oral surgery) removal of impacted 8 mencecah 4, belum termasuk Ranula-yang perlu saya buat deroofing. Mahu saja saya collapse di dental unit. Mujurlah Allah masih bagi kekuatan. Sebelum tu, saya sudah admit seorang patient yang presented dengan Cellulitis with k/c of HPT(hypertension) and uncontrolled DM(diabetes mellitus) dan seorang remaja umur 15. MO di A&E siap sound lagi..'You very hot tonight'. 'Yalah, hot with cellulitis..'.Maklumlah this week i announce that 'Abscess Week'. Ketawa sajalah dalam hati. Hampeh betul,si specky joseph tuh..

Bukan berhenti di situ saja, saya hampir2 'bergaduh' dengan Physician-on call(specialist) sbbnya misunderstanding masa nak refer patient. Apa boleh buat, saya hanya orang kecil. Cerita pun spread sampai pd specialist saya. Semalaman saya tak dapat tidur, mujurlah boss saya amat baik hati dan motherly. If not because of the patient's sake, mmg saya pun tak nak call dan refer case tapi bimbang patient collapse sbb DKA(diabetic ketoacidosis) sbb HPC dah tinggi sangat.

Akhirnya, satu petang semua benda settle down. Syukur dan terharu rasanya. Masing-masing admit mistake. Yang paling best bila dia kata~teruskan atitude caring for the patient. That's the good dentist's attitude. Saya sengih saja, sambil mata dah berkaca-kaca tunggu air mata jatuh.Mahu saja saya sujud syukur di situ juga. Terima kasih Allah. Rupanya inilah matahari saya setelah hujan ribut melanda.

Bila direnungkan kembali, pergantungan saya pada Allah hanya sedikit selebihnya mengharapkan pada manusia. Memang sesuailah ujian ni Allah bagi kat saya. Sebagai ingatan dan ujian buat diri yang makin lupa bahawa ada kuasa yang lagi hebat nun di atas..yakni Allah S.W.T...

Oh, pulang marilah pulang
marilah pulang bersama-sama..
pulang ke jalanNYA...

p/s: yuhuu..lps ni goyang kaki dgn Dr Alex..ngeh2. slmt tinggal Dr Tay, we'll be missing u..duh!

Tuesday, March 10, 2009

Pretty Freak!

Assalamualaikum wbt,
Till this moment I can't even closed my eyes. So tired but what to do? Standby/passive on call what I'm doing now. Just now, saya baru balik dari A&E untuk satu kes cellulitis. Kesian makcik tu, sudahlah jauh dari Simunjan (actually, saya bukannya arif peta Sarawak maka saya bantai aje~asalkan orang cakap jauh saya iyakan aje). Tak banyak dapat saya buat kecuali IV Cloxacillin dan Flagyl stat, kemudian admit ward. Nervous betul, bila MO di situ asyik duk bertanya, interested semacam~haha best jugak maklumlah kat sana ramai MO lelaki. At least dapat buat kawan. Habis di situ, terus pegi cari makan. Huh, letih drift kereta berkejar ke hospital.

Alih-alih MO psych msg saya. 'How's the gal's with dental abscess?.Haha..'. Kurang asam sungguh si Ooi itu,berani-berani ketawakan saya. Tahulah semalam,dia refer case A&E, tapi saya sruh pt datang pagi esok saje. Kes tak urgent, lgpun saya pun nak jimatkan duit govt. Mungkin dia nak revenge sbb saya enak-enak tidur semalam. Sekarang sudah pandai spy over me huh. Ada ubi ada bas ada hari boleh balas.

Tiba-tiba makcik di Perak menelefon, pelik juga sebab dia takkan call melainkan perkara yang penting. Unfortunetly, I'm not ready for it. Eventhough mulut selalu cakap tapi hati, minda belum cukup bersedia. Sampai bila saya pun tak tahu. Berserah kepadaNYA, mungkin belum tiba masanya. Cukuplah Allah sebagai penolong bagiku...

Oh, cuti cepatlah datang. Ada misi perlu diselesaikan, ada hutang perlu dilangsai..

Thursday, March 05, 2009

Coklat, Memasak dan Buku

Wah, tajuk yang langsung tiada kaitan buat saya tapi sangat berguna bila saya stress. Ada masa saya habiskan masa 'melepak' dengan buku-buku di toko buku dari cerita fiction, fairytales sehinggalah buku memasak. Enak sungguh kalau merasa makanan dalam buku. Tapi apakan daya ia hanya tetap akan jadi sehelai kertas yang berwarna-warni. Agaknya penjaga kedai di situ pun sudah fimiliar dengan saya~ke mana saja keseorangan even saya pun tak kisah makan seorang. Nampak pelik, tapi bantai ajelah. Takkan lah saya nak kena tarik orang lain untuk memenuhkan kehendak dan hobi saya. Kalaulah mak ayah tahu, saya berani keluar seorang diri pasti pecah gegendang telinga saya mendengar preach mereka...so kesimpulannya;buat diam ajelah.

InsyaAllah, esok kereta saya siap dibaiki.Segan pula rasanya bila specialist asyik tanya pasal kereta saya. Makanya, Sabtu ni bolehlah ke Serikin....untuk shopping.Ngaa..duit oh duit. Nampaknya terpaksalah spend innocently. Rugi kalau datang Sarawak tapi tak ke Serikin~applicable to women only.

Petang tadi ada kes emergency, sorang wanita dlm early 50's datang dengan gum bleeding~(teringat saya satu kisah yang sama....-fill in the blank). Oh, berderau sekejap darah saya. Ini adalah contoh kes yang membuatkan saya tak keruan. Tapi alhamdulillah dpt manage,cuma ambil masa sbb patient takut jarum. Minggu depan juga saya oncall, oh tak tidur nyenyaklah nampaknya

Sunday, March 01, 2009

Sepi..

Hari ni saya rehat saja di rumah,kebetulan semalam sudah seharian di service centre tukar lampu brek yang rosak. Duduk sendirian memang kena pandai-pandailah survive daripada tak tahu jadi tahu. Even sampai sekarang saya memang tak pernah terfikir nak kenal part-part dalam enjin kereta, tapi sekarang kenalah..surivivor+independent. Mujurlah saya ada advisor biarpun jauh sayup tapi terasa dekat di hati ..ceewah.

Esok, saya sendirian lagi di Dental Unit. William sudah resign, maka tinggallah saya sendirian menggunakan chair sebaik-baiknya.Jika sebelum ni tengok patient alternate dengan dia tapi sekarang workload saya bertambah dari orang lain. Pulak tu, asyik saya yang kena habiskan OPD patient akhirnya. Tapi tak kisah sekurang-kurang return kerja saya lebih berbanding orang lain dan itu membuktikan saya memang nak makan gaji halalan thoyyiba. Sungguhpun kadang-kadang saya skip tengok patient semata-mata nak bagi officer lain buat kerja. Saya kan lebih senior attached di klinik...ngeh2. Takkan lah nak goyang kaki, penduduk kat Sarawak ni kan ramai maka sepatutlah diaorang sebagai anak watan lebih bersungguh-sungguh bantu orang sendiri. (ayat mcm kena paksa keje kat sarawak je bunyinya).

Apapun, saya bukan yang perfect~ada masa saya ikhlas ada masa rasa terpaksa. Hati manusia susah nak dibentuk. Kejap putih kemudian hitam. Ada masa saya boleh maafkan, lain masa sukar saya nak lupakan. I'm ain't saint.

Pagi ni semua housemate saya keluar, terkebil-kebil saya sendirian. Sudah biasa. Lagipun sepi kan indah, tapi not applicable untuk semua tempat dan waktu. Saya nak keluar pun, tiada tempat mahu dituju melainkan tempat yang penuh sesak dengan manusia. Maka lebih baik saya duduk diam-diam dalam rumah.

Tak sabar rasanya menunggu cuti bulan 3 ini. Yuhhuu..InsyaAllah dipanjangkan umur murah rezeki dapatlah balik merehatkan minda dan fizikal.

Antara Dua




Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah selesai sudah AGM klinik di Lundu. Tempatnya memang bagus sebabnya kami stay di penthouse bersama specialist. Kecut juga hati kami ni, tapi pesan saya don't judge people by their appearance. Mereka seperti mak dan kakak kita sebenarnya. Setelah lama tak bermain seperti kanak-kanak, inilah kali pertama saya kembali berlari mengejar bola seperti anak-anak. Gembira sungguh rasanya dapat melepaskan stress kerja..sambil racing kereta dengan staf lelaki semasa perjalanan pulang, alih-alih specialist/senior consultant dengan selambanya potong kereta kami dengan Perdananya.
Aktiviti hujung minggu? Ada banyak agenda tapi tak semua dapat saya penuhi, tgk aulawiyatnya. Ada dua benda penting tapi saya hanya boleh memilih satu saja. Untuk agama ataupun masa depan. Maka saya pilih untuk meletakkan agama terkehadapan. Mana mungkin masa depan dapat dibina jika tidak berteraskan agama kan?. Bagi saya, apa-apa yang luput dari kita barangkali itu bukanlah takdir/jodoh/rezeki kita. Asalkan kita tawakkal padaNYA dan yakin denganNYA pasti hati akan jadi tenang. Usah tangisi bahkan pandang ke depan kerana masih banyak perkara-perkara menyenangkan dan menggembirakan.
p/s: pasti ada yang tertanya apa maksud di sebalik entri kali ini. Pesan saya; biarkan..biarkan saja. Tak perlu untuk memahami, sekadar menerima.