Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, May 30, 2009

One Fine Day



Duh, alhamdulillah. A week gone and another approaches. It is the courages and spirits that keep you move on including THE FAITH. Seriously, being alone you can see how people surrounding you take care you most. Thank you!




Poor ooi,kept running away from him. Since I accompanied my friend to oncall last night bcoz of one case of alleged fall he kept tracking me in the a&e. He told me to wait for him so he can inspect my swollen lips. From far I can see him but I rush to the exit door..haha. Gheez, when he call my hs luckily I already inside the car but still nearby the a&e. Ada ka suruh saya snap pics lips~ tak payah mengada-gada, my lips already cantik lah!


Cuti Gawai ni, saya tak taulah nak habiskan masa macam mana. Tapi yang pasti esok, ada rancangan yang besar. InsyaAllah.

Lastly...and I love myself so.

Thursday, May 28, 2009

Prednisolone..oh Prednisolone

‘Alamak bibir Dr, bengkak ke? Seksi nampak’
Gulp. ‘Eh obvious ke? Ni allergic punya pasal. Sakit betul bibir ni. Saya nak prescribe antihistamine lah lepas ni’
‘Ni prescription sheet Dr’
‘Alamak baru je nak mintak Clarytine. Tapi List A lah pulak. Nevermind, pergi farmasi jelah. Mahal pun mahallah, insyaAllah cepat baik’

Dentist pun pandai prescribe ubat medical tau, alang-alang belajar medic 3 years. So gunakanlah ke arah kebaikan. Biarlah sakit yang didatangkan oleh Allah tanda kasih sayangNYA untuk memberi peringatan. InsyaAllah, kafarah dosa.

‘Hujan kat luar Dr’
‘Eh ye ke?. Nampaknya kena tunggu serik dulu lah’
‘ Alah tak pukul 4.30 pun lagi. Duduk dulu’
‘Hee..malas lah pulak nak drive. Kan best dah ada hubby, blh tlg drive’
‘Eh ke situ pulak dia ni’
*hubby= driver? Oklah part time job tuh. Saya bagi hadiah nanti. Ok, set! Haha..

‘Hi, nak jumpa Dr ke?’
‘Ha’ah’
‘Dr ***** takde malam ni, tapi officer lain adalah’
‘Takpe mana-mana officer’
‘Duduk dulu, kejap lagi kami panggil’
Belum sempat saya duduk betul-betul, nak bersilang kaki. Staff dah panggil masuk.
Sebaik saja saya kuak pintu, dalam hati ‘ Alamak,kenapa ramai-ramai Dr yang ni jugak berputar dalam dunia ni. Mahu saja saya tutup pintu balik dan keluar. Childish nye!

‘Eh! Hi Siti’
‘Oh OMG, is that you Ooi?. What on earth you doing here?’
‘Biasalah, kerja’
‘Jauhnya datang buat locum. My house just 500 metres from here’
‘So close hah. Kawan yang recommend. So what happened Siti?’
‘ Allergic reaction. After ate Miso Soup last few days. At first just rashes and minute swellings on my upper lip but then it turn to itchness, swelling after I ‘accidently’ ate another ‘ikan bawal’. I already take Clarytine it seem not improved’
‘ Supposedly it resolves. Hmm..a bit tricky.
‘If the reaction not so bad I rather continue with that drug but then I can’t stand anymore. So I forced my self to come here’ (then bump into on you)
Well there’s option ; either injection (evil smiles!) or tablets of prednisolone. Choose one’
‘Injection?? Nope, I rather take tabs eventhough it slower acting’ hehe
‘Ok, I give you tablets then we’ll see how the progress’
‘Er..sick leave for a day also Ooi..’
‘Usually I don’t give MC but because of you , nevermind’ ( sakit tau mulut, nak cakap dengan patient but tpaksa cakap word by word)
‘ That’s good. See you soon’
‘Anything just give me a call.Bye!’

Keluar klinik, saya rasa nak tergolek-golek dalam kereta. Mak aihh.. ni yang orang cakap, makin kita lari makin kita kena ekor. Dia tahu saya amat segan dengan dia, tapi pandai-pandai control. Senior saya yang juga kwn baik dia gelakkan saya bila tau cerita.

‘Jodoh ngko Siti’
‘Huh, takde maknanya. Bukan jodoh akak ke?’
‘Haish ngko ni, mana la tau ngko dapat bawa masuk Islam sorang lagi. Besar pahalanya’
Oh, fikiran saya tak pernah sampai jauh begitu. Cukuplah apa yang ada. Ada orang yang lebih layak bombing dia. Occay!

Paginya dia masih sempat kirim msg tanya khabar. Haha..lagi saya rasa segan.. Alhamdulillah, bengkak makin surut tapi memang sakit duk tahan bibir pecah dan kering.

‘ Hope to see you again but not as patient’

Xie xie ni .Oklah, I belanja you nanti.

p/s: dulu saya agat skeptical dengan Dr cina+India…bukan apa ,Nampak diorg xbrpa friendly. Tapi bila dah kerja, treat ramai orang bukan Melayu, start oncall, gi function itu ini baru saya dapat open mind saya. Sekarang, saya dah ada ramai non Malay friends…hehe. Alhamdulillah. Anda bagaimana?

Tuesday, May 26, 2009

Old Skool !

CongRATs To ALl of mY JuniOrs~
Be a good+responsible+attitude+hardworking dentisTs. Hardwork paid afterall. This profession require you to be as humble as bee...(haha, what wrong with the bee?) Say Cheese..for whatever hardships, obstacles that coming on your way.

Sunday, May 24, 2009

Only Two Of Us


This week I've been quite terrible in financial and health state. Y? The reasons are I purposely spending about RM350 in one shoot. Haha..very terrible spendthrift! Nope la, I'm gaining something from them. A bit of help to my brother since he's going to be marry, so I voluntarily help him out then my upper lip still swollen due to HPSS type IV @ I (hypersensitivity) after Miso Soup attack. I've some bad thought after smell that 'fishy' soup but ignorance paid. Now, I still biting my lips endlessly.

Oh, so peaceful if I'm at home. Out of my mind again.

Tomorrow, I got to replace another officer in clinic which about 20 km from house. Phew, I've to drive before stuck in traffic jam. What to do? Expect the unexpected.

Since this week and school holiday is full with wedding invitations, I would to like to wish all the best for both bride and groom now and in the future. Life never been the same again! Like those kittens, yesterday the basket seem so spacious but then occupied with another kitten into the basket so don't expect everything going to be easy.

Bachelor/rette is one story. Marriage is another story of lifetime..

Saturday, May 23, 2009


'Tengok apa tu?'
'Hmm..tengok hujan. Cantik'

Wednesday, May 20, 2009

Everyday..

Assalamualaikum wbt,
Entah kenapa mengapa minggu ni saya agak tak bersemangat semasa treat patient. Agaknya kurang booster dan kerinduan pada rumah sudah membuak. Bulan Julai lambat lagi, maknanya terpaksa mengigit jari menunggu. InsyaAllah, cepat masa berlalu pejam celik bulan 7 akan tiba jua. Home Sweet Home.

Ada sorang staff kat klinik minggu ni yang saya cuba ignore gara-gara satu ayat. Agak terbakar juga awalnya, akhirnya saya jalan mudah berdiam diri. Kalau ikutkan darah muda ni, memang berperang dunia ke 3 jawabnya. Tapi bila saya fikir, kami bukannya budak-budak lagi bukannya elok pun bergaduh-gaduh sebab misunderstanding. Alhamdulillah, selesai satu perkara. Cuma demi menjaga hati semua pihak , saya banyakkan berdiam sebabnya takut mulut saya terlaser nanti ada yang parah. Sudahnya, bila saya khusyuk main computer tiba-tiba dia berdiri kat tepi sambil seeking attention dengan ketuk itu ini. Dalam hati saya rasa nak terguling-guling. Kesian dia, lastnya saya pun layan jelah satu cerita dia. Alahai, memang macam budak-budak!

Saya bukannya jenis yang suka seeking attention dan paling tak suka tengok orang yang desperate nak attention. Lantak hang lah, nak buat apa. Yang penting jangan ganggu saya, dan saya tak kisah pun orang lain lebih…janji saya baik-baik sahaja. Lucu juga tengok orang yang jenis nak attention alias men’capub’ (cari publisiti). Prinsip saya mudah, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sesekali.

Abu al- Darda berkata;

'Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan'

Wailah Bin Al Aqsa berkata kepada Rasulullah s.a.w 'Berikanlah aku satu fatwa tentang sesuatu perkara sehingga aku tiada lagi akan bertanya kepada seorang sesudah engkau' maka Rasulullah pun berkata kepadanya: 'Mintalah fatwa diri engkau sendiri' kataku :'Bagaimanakah yang demikian?' Rasulullah menjawab: 'Engkau tinggal apa yang meragukan engkau kepada yang tiada meragukan engkau, sekalipun telah berfatwa kepada engkau oleh sekalian orang berfatwa.'Kataku lagi :'Bagaimanakah yang demikian?' Jawabnya : 'Letakkanlah tangan engkau ke atas hati engkau (bagaimanakah keadaan perasaannya)'. Kerana hati akan tenang kepada hati yang halal dan tidak tenang kepada perkara yang haram.

Oh, angin apa yang melanda saya? Yang pastinya bukan angin Influenza A H1N1. Moga ada kebaikan di sebalik pengalaman yang saya lalui. Moga hari yang mendatang mendekatkan lagi hati ini pada Rabb. Moga kita semua dalam rahmat dan redhaNYA.

Saturday, May 16, 2009

Get Healthy!


Ya Allah, Ya Tuhan kami, pemberian termanis dalam hati kami adalah harapan kepada-MU, perkataan yang paling nikmat dalam lidah kami adalah memuji-MU, waktu yang paling kami cintai adalah saat berjumpa dengan-MU.


Alhamdulillah, cuti kali ni at least terisi dengan sesuatu yakni bermain badminton selain dari window shopping. Sebenarnya saya hanya berniat menjadi pom-pom girl je memandangkan saya telah lama meninggalkan arena badminton. Kali terakhir saya main pun masa darjah tiga lepas tu masuk netball. Then, after several injuries and fall I totally gave up dalam sport except yang indoor. Bukan apa takut juga, almaklumlah orang perempuan kena berjaga-jaga~ uterusnya. Wah, directnya cakap. Lantaklah.

Setelah dipaksa, saya force diri untuk main tambahan pula En Kassim murah hati nak bagi pinjam. Set pertama memang hampeh, set kedua saya beregu dengan trainee yg beria-ia nak bermain dengan saya. Oh, trainee yang selalu menyakat . 'Dr Siti, saya nak mintak tolong sikit boleh?' .'Boleh, apa dia?' 'Boleh tolong senyum sikit'. ' Eii..budak ni'. Dah masak benar dengan perangai dia. Asal saya masuk kerja dan nak sign attendance mesti itulah perkataan pertama dia. Akhirnya kami kalah, sebab saya tak sempat nak balas serangan dari DO lain. Kesian dia.

Hasilnya, satu badan saya sakit. Maka saya lebih cenderung untuk jogging dan senam robik kat State Library. Port paling best kat Sarawak ni, minggu depan try sport lain lah pulak. Alang-alang ada kemudahan dan peluang di sini. Akal yang cerdas datangnya dari badan yang cerdas. Sambil-sambil tuh boleh ingatkan diorang tentang solat dalam asyik bermain. Show good example.

Saya ada satu task penting; disuruh mencari gambar sendiri. Selepas laptop diformat memang 0 memory. Ditambahkan lagi dengan, saya ni memang susah nak diambil gambar melainkan saya yang akan ambil gambar orang. Makanya, sudah puas saya explore..tapi memang tak berhasil. Sorry ye pang yau!Ambil jelah apa yang ada.Tow pu chee..


p/s: Express kindness with your eyes and through the tone of your voice, not only with your choice of words."- J Donald Walters

Friday, May 15, 2009



Setiap minggu berlalu, sepantas angin berlalu pergi. Dia sudah mula beradaptasi dengan alam pekerjaan. Setiapnya ada kelelahan dan kepenatan masing-masing. Prinsipnya biarlah setiap hari yang ditempuhi ada makna disebaliknya. Rugi benar jika sesaat dibazirkan. Dia belajar untuk menghargai apa yang ada, menampung segala kekurangan, mengambil apa yang baik dan tinggal saja yang tempang.

Biarpun telah banyak waktu terbuang, dia yakin masih ada kesempatan. Tuhan itu Maha Mengasihani hambaNYA. Indah pula perasaan yang mendekat dalam jiwanya. Serasanya dunia ini antara dia dan Tuhannya, seolah tiada yang lain menghalang. Bahagianya perasaan ini sering dan selamanya bertapak

Wednesday, May 13, 2009

You Make My Day..Everyday


Suddenly this beautiful and deep feeling enveloped me. Neither because other people, nor anything. Ghezz, my heart leapt like this world I own. Ehm, isn’t it enough just to live like this. Accept what coming and put more effort to earn more.

‘Red onions are especially divine. I hold a slice up to sunlight pouring in through the kitchen window, and it glows like a fine piece of antique glass. Cool watery with layers delicately edged with imperial purple…strong, humble, peaceful..with that fiery nub of spring green in the center..’ MARY HAYES GRIECO , The Kitchen Mystic

Am I that onion? Nope, I’m still a human being. Only trying to implement ‘onion principle’ in my life. Talking about cool character, I’ve known a man who I can describe him as cool. Yeah, cool man in the universe yet warm my heart. My father..

Hmm..how I longing to go out sometimes with him and have a chit chat. Father is the coolest person! Whenever I cry, whenever I get mad, whenever I angry, whenever …I think I’ll never get angry or dissatisfied with father not even once except during school time he forget to fetch me and I ended up with crying and get mad in 5 minutes. No words can explain.

When he told story, I’m the first to listen. When I made jokes, I know I inherited mostly from him. When my ideas quite contradict with mum, he’s the one become the pillar for me. When I’m broke, he’s the one who placed money in my hand even without telling him. When I want to go home, he’s the one who arrived at my hostel without any complaints to fetch me even though mum always scold me for being spoiled kids. When mum get angry with me, he’s the one I turned to. He knows how I love Laksa Penang very much, since then whenever I’m at home Laksa penang always inside the fridge. He knows how I love to cook Tom Yam and singgang daging, even all the ingredients always been prepared. Oh lots more to be told but let they keep safe in my heart.

Since absence make heart grow fonder! Cannot deny it.

Luv Ayah so much + Mak sekali!
From daughter yang nakal+degil+spoiled brat+miss-don’t-know-how to-show-affection

‘ Ya Allah, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, berkatilah dan rahmatilah hidup mereka dunia dan akhirat. Jadikanlah kami ini anak-anak yang soleh, penyejuk hati mereka’

Monday, May 11, 2009

The Last Call…Mayday..mayday..I fall in love!

Saturday 4.47 AM

Saya tiba-tiba terjaga, screen hs terpampang ‘ Hosp Umum S’wak’. Ingatkan sudah Subuh, panggilan dari A&E lagi. Saya cuba buat suara bukan baru bangun dari tidur kononnya. Tapi Joseph memang pakar bab mcm ni. Dia dah ketawakan saya bila dalam keadaan tak berapa sedar saya mintak dia hantar patient RTA (Road traffic accident) ke Dental Specialist Clinic pagi ni.

‘ Eh, sorry. Today weekend. Wait ah,what time now?’ saya tercari-cari jam. Ya ALLAH baru pukul 4 lebih.

‘ Oklah, I’ll arrive after half an hour’ maksudnya selepas Subuh.

Setelah bagitau partner saya, boleh saya sambung tidur lagi…haha. Mengantuk lagi. Dalam pukul 5.45 baru saya bangun, mandi dan etc.

Tiba-tiba 6.15 am, sekali lagi MO A&E yang lain call pelik kenapa Dental Officer (DO) on call tak muncul lagi. Phew, cuak pulak kalau patient tiba-tiba unstable sebab DO sambung tidur. Hee.maklumlah .takde org nak kejutkan saya. Another reason the importance of being married.

6.30 AM

‘Morning, excuse me. Where is Dental pt?’

‘Wait a minute, Is it Joseph the one who call you?’

‘Yup’

Tiba-tiba, alamak…Joseph ada lagi! Ingatkan shift dia dah habis pagi ni. Dia dari jauh tersenyum dengan spectacles frame hitamnya yang obvious. Kawaii..kalaulah dia Muslim!

‘ Oh, I thought you not arrive? What happened? Follow me’

‘ Sorry, after your call I fall asleep…(purposely)’

‘Ok, this patient 20 y/o Malay male under influence (alcohol) with GCS 15/15, had deep laceration wound on both upper and lower lips even tongue L/W. You see the patient’

Maka bermulalah sesi menjahit yang tidak dirancang ini. Eventhough, memang tak sepatutnya pemuda ni memdapat rawatan yang terbaik kerana minum arak tapi saya mahukan yang terbaik untuk setiap pesakit saya. Ini amanah dan tanda kasih sayang saya sesama manusia. Usai rawatan, saya sempat berbual dengannya.

‘Saya harap ni pengajaran untuk awak jangan minum arak lagi selepas ni. Anggaplah ia ingatan dari Allah tanda DIA masih sayangkan awak. Family tahu ke accident ni?’

Belum Dr’ dia hanya terdiam.

‘Lain kali jangan minum ye. Cukuplah dapat parut kat muka dan lidah ni’

Within 2 hours selesai menjahit. Kelaparan mula terasa, saya hampir throw out gara-gara bau darah bercampur dengan arak. Since saya tak tahu macam mana baunya, Joseph yang bagitau tadi. Sedihnya melihat begini pemuda Islam.

9.45 AM

Review patient di Ortho wad. Ni lagi ramai HO kat kaunter. Segan saya, sebab semua lelaki Cina, tapi bantai aje. Nasib baik ada seorang yang memang yang very co-operative + hensem lagi (oh, hidup kt SGH ni memang menarik at one moment) bersungguh mahu menolong.

Tiba-tiba dapat pula patient tambahan. Gara-gara terannounce kuat sangat yang saya ni Dental Officer. Dari Ortho ke Paeds Ortho kemudian ke Eye Ward.

Letihnya. Macam marathon.

10.20 AM

Ready to go home. Singgah beli roti canai. Nak memasak, memang tak larat!

10.52 AM

Sambung tidur. Tiba-tiba ‘Hosp Umum S’wak’ lagi. Alamak, janganlah saya tak larat nk ke hospital lagi. Nasib baik just case neonatal teeth baby umur 2 hari. Macam ayam dan itik saya duk terangkan pada MO O&G. Dia pun dah ketawakan saya! Alamak, kecohnya saya. Nasib baik, dapat buat instruction by phone je. Alhamdulillah, sambung tidur.

1.01 PM

Bangun, makan and happy hour kat rumah lagi.

8.45 PM

Tunggu kat badminton court dengan harapan dapat main sekali lagi hs saya berbunyi. Alamak, oncall lagi. Bergegas saya drift ke SGH . Well being a good dentist must willing to serve nothing but the best. Dental Abscess peads patient lagi.

Kembali ke court. Tiba-tiba dapat lagi call, takkanlah nk kena pergi lagi. Lelahnya oncall. Sudahnya saya just bagi instruction thru phone. Dah tak larat nak main badminton

Ya Allah janganlah malam nanti ada kes lagi.

Sunday 10th May 2009

11.00 AM

Another case assaulted in front of the hotel and under influence. Maka bergegaslah saya ke red zone. Huwa, ramainya MO takut dibuatnya. Terasa kerdil pula. Seorang MO ortho menegur… ‘Dental ho?’

‘Yup’ saya senyum saya. Tiba-tiba dia pun gelakkan saya.

‘Why?’ serba salah saya. Ada yang tak kena ke? Atau sebab dia tengok muka saya agak blur semacam. Tengok punya tengok CT scan. Saya buat diagnosis Left Maxilla fracture and L zygoma fracture. Esok suruh saja DO lain pergi review.

2.30 PM

On the way nak ke usrah dan dah sampai pun. Tiba-tiba MO ENT call kata ada patient Dental admit hari ni. Kenapalah saya tak tahu. Nampak sangat saya macam tak buat kerja bila tak diinform oleh DO lain. ENT akan call saya jugak at last .Oh, burn macam tu je usrah saya. Sudahlah masuk ni 3 kali saya terpaksa excuse semata-mata oncall. Rasa bersalah pun ada

p/s: nasib baik saya ditakdirkan Dental Officer…bkn medical. Now I know why! Alhamdulillah. Syukur padaMU.

Friday, May 08, 2009


Suddenly, I miss my home.
I cry but no tears
O dreaming only.
At 1.30 am went for oncall
Phew, my eyes cannot open widely since then.
So ...tired!
'Love is not about finding a Mr Perfect but it is about seeing unperfect person perfectly' quote somewhere. credt to him/her..
~inni raitu~

Wednesday, May 06, 2009

‘Dr, saya rasa kamu kena makan banyak sikit’ Albert ketawakan saya gara-gara glove saiz XS dah habis stok. Abang Poli hanya ketawa melihat saya.
‘Apa you cakap? Memang nak kena ni’ terus saya sekat Albert dari turun dari dental chair. Of course, mestilah kalah sbb dia lagi tinggi dan besar. I surrender.
‘Mut, tengok Dr Siti ni. Tolong lah nasihatkan dia makan lebih sikit.Kesian dia’
‘Eh, apa kes? Biarlah saya nak makan ke tak. At least saya stay slim’ haha.

Saya pun tak tahu kenapa saya semakin shrinking. Dulu masa student saiz XS memang tak padan, saiz S oklah. Memang saya tak perasan until diorang tegur pasal glove XS tu.Makan saya pun dah tak teratur. Kalau rasa nak makan, makan kalau tak minum air saje. Pips..ada orang cakap hang lagi gemuk dr cheq. Akhirnya..hehe

Kalau di rumah memang kerja saya makan dan makan saja. Tapi apa boleh buat kat sini, nak cari makanan dan kuih yang halal dan sedap memang takde yang menepati citarasa melainkan terpaksa buat sendiri. Alat nak mengukus dan membakar pulak takde. Kesimpulannya makan biskut dan roti saja!

‘ Dr, tengok kasut saya ni dah buruk’ trainee bercerita
‘La, belilah yang baru. Sekarang ni kan ada macam-macam jenis dan jenama’
‘Itulah tapi susah yang nak tahan lama’
‘Kalau saya memang saya beli yang mahal terus. Bukan apa tahan lama sikit macam kasut ni’
‘ Ish salah konsep Dr tu. Beli yang berkualiti baru tahan lama’
‘Yelah, ada ke kasut berkualiti murah? Mesti lah mahal kan kebanyakanya’
‘Tapi kalau RM 30++ pun ok’
‘Hmm..saya masa student beli yang RM 30 lebih pun tak sampai 6 bulan dah rosak. So beli yang RM 60+ pun boleh boleh tahan setahun. Lagi jimat kan?’
‘ Oh, tak mampu saya nak beli tu Dr’

High maintenance? Mungkin kot, alah membeli menang memakai. Tapi depend pada benda juga. Kalau beg dan kasut dua kali setahun beli memang berbaloi sebab nak pakai lama. Kalau benda-benda yang bukan untuk jangka masa panjang better choose the affordable price.

‘Dr, saya ada soalan nak Tanya. Boleh ke?’ seorang DSA yang suka menyakat saya dengan loghat kelate tiba-tiba bersuara sewaktu saya selesai cabut gigi patient sebanyak 30+ batang selama 2 jam. Sakit tangan waktu tu.Macam kena electric shock.
‘Apa dia?. Jangan teka teki sudahlah. Saya ni jenis straight forward orangnya’
‘Dr dah ada orang ke belum?’ dia tersenyum-senyum. Bukan tak tau sudah tiga kali dia menanyakan soalan yang sama mungkin sebelum ni saya acuh tak acuh menjawab.
‘ Hm.,kenapa tanya soalan ni lagi’
‘ Alah Dr, jawablah’ dia merayu lagi.
‘Oklah, saya dah ada tapi tak tahu siapa lagi. Tunggu jelah sape nak masuk meminang’
‘ Ish, ye ke Dr. Takkanlah comel lote macam ni takde orang’ nak pengsan saya bila dengar ayat dia. Nasib baik tak terjatuh dari kerusi masa tu. Control lah sikit.
‘Mana ada, orang lain ramai lagi comel lote dari saya. Siapalah yang nak kat saya ni’ ayat denial nih
‘ La, kat Sarawak ni kan ramai lelaki.Tuh depan Dr tuh, tak kawin lagi’ dia mengunjuk salah seorang lagi DSA.
‘Eh, awak ni. Sarawak jauh sangat lah. Nak yang dekat dengan rumah je. Lagipun susah nak cari lelaki yang baik, kalau ada pun dah kawin’
‘ Jangan cakap macam tu, nanti yang tak nak tu biasa dapat’
‘ Ha’ah lah. Tarik balik kata-kata saya tu’
‘Itulah Dr’
‘ Tunggu jelah jodoh sampai’ (ke awak tanya ni sebab nak kawin dengan saya ?)nasib baik dia tu non muslim. So tak jadi nak tnya.
‘Betul tu Dr’
‘Ok, lain kali jangan tanya soalan ni lagi ye. Saya pun tak larat nak jawab.’ Dia senyum lagi sambil menyanyi-nyanyi ‘ come lote’. Apa-apa ajelah awak ni.

Kenapalah asyik saya yang jadi sasaran staf nak tanya soalan ni? Kawan separtner saya pun jarang diajukan soalan yang sama. Fenin-fenin…2 minggu lepas masa saya belanja kek Secret Recipe tu siap Dr Alex tanya ada special occasion ke tiba-tiba nak belanja. Siap ada staf mencelah..pre-engagement Dr Siti katanya. Mati-mati Dr Alex percaya, nasib baik tak tanya siapa lelaki bertuah tu.

‘Dah kawin ke belum?’ soalan tipikal Dr Alex kalau bagi patient perempuan yang berumur 20 dan nak buat braces. Biasalah sebab pakai braces nak gigi cantik baru dapat attract orang. Sampai Semut pun suka imitate gaya bercakap dia. Terkejut saya bila dia duduk depan saya yang tengah khusyuk menulis pt’s card dan tanya soalan sama. Ingatkan Dr Alex! Cess..hampeh betul.

p/s: Sekian saja…seribu satu kisah klinik orthodontic. Fenin kefala saya nak layan diorang. Tapi best…kerja sempoi, specialist sporting, staf baik + rajin. Saya pun dapat bukak kelas bahasa Kelate.Ngeh2.

Monday, May 04, 2009


Seandainya hati saya dingin dan sayup seperti ini
Biarpun menjalani hari-hari penuh gundah
Duhai hati
Tenanglah dikau

Life is A Virtue

Minggu ni saya oncall lagi, passive oncall. Hanya perlu tunggu panggilan dari A&E atau ward. Itu yang kadang buat saya cuak, tak boleh tidur malam. Sentiasa kena berjaga-jaga dan anticipate maklumlah kadang-kadang saya ni bukan jenis alert dengan handset. Nightmare on Elm Street katakan.

Macam-macam kes boleh jadi, yang paling saya takut tak boleh perform dan treat patient dengan baik. Memang saya betul berharap sungguh-sungguh pertolongan dari Allah. Minggu lepas satu accident between Kancil dan MyVi betul-betul depan mata saya. Kereta saya yang ketiga, entah macam manalah kalau terawal 5 minit memang sah saya yang kena. Kejang sebentar kaki saya, nasib baik saya siap-siap tekan brek dan tak mengekori terlalu rapat. Rasanya macam nak guna jalan lain pergi kerja. Ya Allah, kerdil sungguh saya masa tu. Minta dijauhkan dari perkara sebegitu, nauzubillahi min dzalik.

Sungguhpun kita berhati-hati, belum tentu yang lain begitu. Makanya mintalah perlindungan dariNYA. Takut pula nak drive laju-laju ke oncall nanti. InsyaAllah, saya nak jadi lebih berhati-hati selepas ini. Biar lambat&cekap asal selamat . Ada kes yang saya jumpa, kebanyakan RTA (road traffic accident) orang Melayu Islam tapi under influence(alkohol). Mengucap panjang saya. Sedih bila melihat, dan kecewa pun ada. Sebagai practitioner tak boleh lah nak bias. Cuma saya berdoa, moga orang ni akan insaf dan sedar selepas dah terkena.

Sabtu lepas kami ke Samarahan, buat lawatan sambil makan. Alih-alih ada road block sebelum roundbout. Cuak sudah saya, sebab tinted gelap sangat. Terkumat-kamit mulut saya berdoa. Itulah padan muka sebab tak nak tukar tinted awal-awal. Ingatkan lepas,sekali JPJ tunjuk ke kiri. Alamak!! Sah memang kena. Ha..macam mana ni? Tawakkal je masa tu. ‘Ya encik, ada apa?’ masih sempat nak berbahasa-basi ni. ‘Tunjuk lesen’. ‘Ni encik’. Lepas encik JPJ tu pusing satu kereta saya. Lama betul dia tengok lesen saya. Takkan nak jampi kot?. ‘Ok, bagi signal kanan’ ‘Signal kiri pulak’. Aish, encik JPJ ni …takkan nak main-main kot?. Memang saja nak habiskan masa saya ni. ‘Ok, boleh jalan’ . Argh…geramnya saya dengan encik JPJ tuh, nak kenakan saya ni. Setakat nak suruh bagi signal kiri kanan…kereta belakang saya tak kena tahan pun. Oh, kesiannya saya.


p/s: JPJ tu silap tahan kete kot?