Get Healthy!
Ya Allah, Ya Tuhan kami, pemberian termanis dalam hati kami adalah harapan kepada-MU, perkataan yang paling nikmat dalam lidah kami adalah memuji-MU, waktu yang paling kami cintai adalah saat berjumpa dengan-MU.
Alhamdulillah, cuti kali ni at least terisi dengan sesuatu yakni bermain badminton selain dari window shopping. Sebenarnya saya hanya berniat menjadi pom-pom girl je memandangkan saya telah lama meninggalkan arena badminton. Kali terakhir saya main pun masa darjah tiga lepas tu masuk netball. Then, after several injuries and fall I totally gave up dalam sport except yang indoor. Bukan apa takut juga, almaklumlah orang perempuan kena berjaga-jaga~ uterusnya. Wah, directnya cakap. Lantaklah.
Setelah dipaksa, saya force diri untuk main tambahan pula En Kassim murah hati nak bagi pinjam. Set pertama memang hampeh, set kedua saya beregu dengan trainee yg beria-ia nak bermain dengan saya. Oh, trainee yang selalu menyakat . 'Dr Siti, saya nak mintak tolong sikit boleh?' .'Boleh, apa dia?' 'Boleh tolong senyum sikit'. ' Eii..budak ni'. Dah masak benar dengan perangai dia. Asal saya masuk kerja dan nak sign attendance mesti itulah perkataan pertama dia. Akhirnya kami kalah, sebab saya tak sempat nak balas serangan dari DO lain. Kesian dia.
Hasilnya, satu badan saya sakit. Maka saya lebih cenderung untuk jogging dan senam robik kat State Library. Port paling best kat Sarawak ni, minggu depan try sport lain lah pulak. Alang-alang ada kemudahan dan peluang di sini. Akal yang cerdas datangnya dari badan yang cerdas. Sambil-sambil tuh boleh ingatkan diorang tentang solat dalam asyik bermain. Show good example.
Saya ada satu task penting; disuruh mencari gambar sendiri. Selepas laptop diformat memang 0 memory. Ditambahkan lagi dengan, saya ni memang susah nak diambil gambar melainkan saya yang akan ambil gambar orang. Makanya, sudah puas saya explore..tapi memang tak berhasil. Sorry ye pang yau!Ambil jelah apa yang ada.Tow pu chee..
p/s: Express kindness with your eyes and through the tone of your voice, not only with your choice of words."- J Donald Walters
0 Comments:
Post a Comment
<< Home