Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, May 04, 2009

Life is A Virtue

Minggu ni saya oncall lagi, passive oncall. Hanya perlu tunggu panggilan dari A&E atau ward. Itu yang kadang buat saya cuak, tak boleh tidur malam. Sentiasa kena berjaga-jaga dan anticipate maklumlah kadang-kadang saya ni bukan jenis alert dengan handset. Nightmare on Elm Street katakan.

Macam-macam kes boleh jadi, yang paling saya takut tak boleh perform dan treat patient dengan baik. Memang saya betul berharap sungguh-sungguh pertolongan dari Allah. Minggu lepas satu accident between Kancil dan MyVi betul-betul depan mata saya. Kereta saya yang ketiga, entah macam manalah kalau terawal 5 minit memang sah saya yang kena. Kejang sebentar kaki saya, nasib baik saya siap-siap tekan brek dan tak mengekori terlalu rapat. Rasanya macam nak guna jalan lain pergi kerja. Ya Allah, kerdil sungguh saya masa tu. Minta dijauhkan dari perkara sebegitu, nauzubillahi min dzalik.

Sungguhpun kita berhati-hati, belum tentu yang lain begitu. Makanya mintalah perlindungan dariNYA. Takut pula nak drive laju-laju ke oncall nanti. InsyaAllah, saya nak jadi lebih berhati-hati selepas ini. Biar lambat&cekap asal selamat . Ada kes yang saya jumpa, kebanyakan RTA (road traffic accident) orang Melayu Islam tapi under influence(alkohol). Mengucap panjang saya. Sedih bila melihat, dan kecewa pun ada. Sebagai practitioner tak boleh lah nak bias. Cuma saya berdoa, moga orang ni akan insaf dan sedar selepas dah terkena.

Sabtu lepas kami ke Samarahan, buat lawatan sambil makan. Alih-alih ada road block sebelum roundbout. Cuak sudah saya, sebab tinted gelap sangat. Terkumat-kamit mulut saya berdoa. Itulah padan muka sebab tak nak tukar tinted awal-awal. Ingatkan lepas,sekali JPJ tunjuk ke kiri. Alamak!! Sah memang kena. Ha..macam mana ni? Tawakkal je masa tu. ‘Ya encik, ada apa?’ masih sempat nak berbahasa-basi ni. ‘Tunjuk lesen’. ‘Ni encik’. Lepas encik JPJ tu pusing satu kereta saya. Lama betul dia tengok lesen saya. Takkan nak jampi kot?. ‘Ok, bagi signal kanan’ ‘Signal kiri pulak’. Aish, encik JPJ ni …takkan nak main-main kot?. Memang saja nak habiskan masa saya ni. ‘Ok, boleh jalan’ . Argh…geramnya saya dengan encik JPJ tuh, nak kenakan saya ni. Setakat nak suruh bagi signal kiri kanan…kereta belakang saya tak kena tahan pun. Oh, kesiannya saya.


p/s: JPJ tu silap tahan kete kot?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home