Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, December 26, 2009


'Achik, apa tu?'
'Apa? Oh, yang kat atas tu ye. Ni salah satu alat yang dentist guna untuk tarik tisu lembut masa pembedahan kecil mulut'
' Menakutkan bila tengok. Sakit tak achik?'
'Kalau dah bagi bius setempat, insyaAllah tak sakit sebab dah kebas kawasan tu. Orang Sarawak cakap kebas tu~ penat'
'O..macam tu ye'

p/s: indahnya saat Hadirah datang menghiburkan hati achiknya.

Juh..

Spot check!


'Fume exhilator tuh besar sgt Dr, tak muat nak letak dlm lab ni.'
O, cam tu ek. (haha, pepandai je saya)


Yang ni dah baiki leaking ari tuh.


' Nanti boss tolong pastikan'
(dalam hati) aduhai, nih yang fail bab paip2. Dalam exam PRO III pun tak penah tanya soalan ni.


Yeay, naik van!
' Saya duk belakang ye. Jadi mem jap'
'Eh, mana boleh Dr. Alahai budget2 lah..kan Dr'
'La , baru je nak berangan'
Vrroomm..
Tata titi tutu



Pernikahan merupakan sunnah yang diagungkan oleh Allah. Al Quran menyebut pernikahan sebagai mithaqan ghaliza (perjanjian yang sangat berat).Mithaqan ghaliza adalah nama dari perjanjian yang paling kuat di hadapan ALLAH. Hanya tiga kali Al Quran menyebut mithaqan ghaliza. Hanya untuk tiga perjanjian Allah memberi nama Mithaqan Ghaliza. Dua perjanjian berkenaan dengan tauhid, iaitu perjanjian Allah dengan Bani Israel yang untuk itu Allah mengangkat Bukit Thursina ketika mengambil sumpah. Sedang yang lain ialah perjanjian Allah dengan nabi Ulul Azmi, Nabi yang paling utama di antara para nabi. Dan pernikahan termasuk perjanjian yang oleh Allah digolongkan sebagai mithaqan ghaliza. Allah menjadi saksi ketika seseorang melakukan akad nikah. (quote somewhere)

Saya bukanlah orang selayaknya untuk berbicara perkara di atas. Kerana saya pun masih belum memegang apa-apa status. Dan saya bukanlah yang arif dalam menyelesaikan sebarang masalah rumah tangga. Cuma Allah berikan saya sedikit pengetahuan melalui pengalaman orang lain yang insyaAllah mampu dijadikan iktibar. Alhamdulillah.

Berat, memang iya. Ujar orang yang dah berkahwin. Kalau diberi pilihan memang lebih selesa dan senang hidup membujang. Namun, lantaran di sebalik perkahwinan lebih banyak hikmahnya dan kebaikan di dalamnya maka wajarlah ia 'ditambah sedikit perencah' sesekali tanda ujian dariNYA agar ditingkatkan lagi sebuah kesabaran dan keimanan sepanjang perkahwinan. Bezanya, ada ujian yang berat ada pula yang ringan dan bak angin semilir saja. Lantas, bagaimana persiapan kita sebelum, semasa dan selepas pernikahan itulah yang akan mencorakkannya.

Benar, kadang kala masalah yang dihadapi langsung tak masuk akal. Tapi itulah realitinya. Manusia, siapa pun tak boleh menjangkakannya. Apapun, sebesar dan seberat mana masalahnya Allah jualah sebaik-baik tempat mengadu dan DIA lah yang akan memberi jalan, membuka hati dan meluaskan fikiran kita. Kitaran tetap sama, bermula darinya dan berakhir pun tetap.

Perlu jujur. Jujur pada diri sendiri, jujur pada orang lain.

"Be there.
Be honest.
Be trustworthy.
Do what you say you're going to do.
Be true, genuine, and real.
Speak from the heart.
Don't cheat."
Wujud kesyukuran dalam kesempitan kita adalah bersabar.Sedangkan wujud kesabaran kita dalam lapang kita adalah bersyukur.Begitu kata org yng bijak.
p/s: i can lend my shoulder for you to cry on, wipe away your tears, put a smile on your face, take a deep breath and breath out~ get up, put a lot more determination.InsyaAllah, all well end well too. I can't help much, but I wish I could...

Friday, December 25, 2009

You Could Be Happy..by forgiving


I'm so sorry Pips!
I never remember the 'bad' thing I did to you. Huhu..Sorrylah tak ingat pun incident yang I forcefully make you eat dadih tu(actually sumbat dalam mulut). Tapi hampeh sbb punyelah pujuk tak ingat dunia rupanya hang berlakon merajuk. Kuang asam betul, habis my fuel selama ni. Sia-sia. Baik pujuk orang lain, ada jugak faedahnya. Kan Aqil?
I'm so sorry Asma',
Who's who? My ex-patient during student time. After a year, get connected. Since dia anak sulung selalu je suka bercerita pada saya. Macam saya kakak dia, anyway I'm happy too klu dapat ease burden orang lain. Lagipun tak berat pun, macam angkat batu bata. Apa? Nak gambr k.Fizah?hee..hs akak ni cikai je, ada camera pun bpa sgt lah megapixels lgpun ni hs ayah yang hadiahkan. Canggih sangat pun bukan saya akan gunakan~ cukup dapat call in/out dan message/mms. Lebih dari tu, no-no. Biasalah, saya kan konservatif/kolot dengan technology. Haih..
p/s: my lil bro, bila lah nak berubah? balik malaysia pun, tak bgtau mak ayah. alih2 selalu je connection dari kelantan->sarawak->medan. Jauh pulak pusing sonnection phone ni ye. So the conclusion; jangan buat mak ayah risau~ tiru macam saya, kalau boleh hari-hari nak tipon umah.ngee..
Rindunya kuliah tafsir pagi Jumaat Tok Guru ..surah apalah pulak pagi ni?

Thursday, December 24, 2009

Melihat Bintang

Melihat bintang-bintang
Satu kedamaian..kerana saya takkan dapat menjadi sepertinya
Sayup jauh, tapi menimbul rasa tenang bagi yang melihat ciptaan Allah yang satu ini.
Oh, manalah bintang hati saya ni..(^_^)

"Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi
~cerita hati


p/s: jgn rasa guilty pada sy(*_^)v. Sebab saya akan rasa guilty 2x lagi lepas tu('',)..occay! berlapang dada lah dlm smua perkara.

Santapan Mata

Jeng...jeng..

Alhamdulillah, holiday finally approach. Masa utk boost up the energy! Minggu ni baru saya perasan, saya kuat makan. Dalam 4 hari saya boleh habiskan lauk ayam 3/4 part dan 5 ekor ikan. Itupun kawan yang tegur..haha. Tapi still dalam budget mingguan~ kalau makan kat cafe lagi menabur duit namanya. So ada saya kesah?..ngee. Yang penting halalan thoyyiba. Sebab itu akan jadi darah daging saya pastu diturunkan pulak kat zuriat2 pulak..kan dah kira menzalimi diri sendiri kalau tak jaga. Betul sik? Aok jak lah ho..

Ni bukan ayam KFC yer. Ni homemade. Senang je beli tepung serbaguna pastu guna telur putih balut lah ayam tu. Then goreng sampai masak. Ni kategori malas tahap cipan lah nak masak. Kalau ada yang tahap dinosour~ korang jangan makanlah, so better puasa sunat. (dah lama tak puasa sunat ye)

Pastu kita finish dengan benda kt atas ni. Starter xde pun. Kiwi murah je nih, kebetulan ada promo 8 biji RM 7 ringgit. Biasa RM 9++, bukan sokmo pun. Special treats sesekali. Erk, gula-gula kat tepi tuh ignore ye. Fast glucose actually..hee. Percayalah!

Title: Jom Makan-makan tapi baca doa dulu ye.