Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, May 28, 2011

Penyusuan Susu Ibu : Mulakannya Dengan Betul




Untuk memastikan penyusuan ini berjaya, apa yang paling penting adalah apa yang dilakukan terhadap ibu dan bayi tersebut untuk satu jam pertama selepas kelahiran. Lebih awal bayi itu dapat diberikan susuan yang pertama, lebih mudah untuk ibu meneruskan penyusuan selepas itu kerana bayi telah membentuk hubungan awal. Namun tidak semua hospital mempraktikkan amalan sebegini. Terutama sekiranya ibu bersalin di hospital swasta, yang kebanyakkanya bukan 'hospital rakan bayi'. Kita perlu meminta supaya bayi diletakkan bersama ibu dan bukan dalam nurseri (jika). Oleh itu pemilihan tempat untuk melahirkan juga sangat penting dan perlu dirancang dengan baik sebelum melahirkan.


Antara cara yang berkesan untuk membentuk hubungan bayi dan ibu sejurus selepas dilahirkan ialah bayi kena diletak tanpa apa-apa pakaian di atas dada ibunya antara dua buah dada dan diletak selimut di atas bayi. Yang penting kena ada sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sebab bayi akan rasa selamat bila dapat mendengar dan merasa denyutan jantung ibunya. Manakala ibunya pun lebih tenang. Di samping itu, bayi juga dapat memelihara suhu badan lebih baik sebab dapat memindahkan haba dari ibunya. Penting untuk ibu tenang/rileks, sebab ia akan menstimulasikan hormon oksitosis ibu tersebut (love hormon) yang akan meransang penghasilan susu.


Fakta yang lain juga yang perlu diketahui ialah penglihatan bayi yang baru lahir tidak berapa jelas. Dia mampu untuk melihat jarak antara lebih kurang 6-14 inci sahaja. Iaitu dia boleh melihat puting susu ibunya dan ada hubungan mata dengan ibunya. Oleh kerana itu apabila semakin hampir seseorang wanita itu ingin melahirkan, Allah jadikan warna puting susu semakin gelap supaya ia boleh menarik perhatian bayi. Bayi akan tertarik untuk menuju ke puting susu ibunya dengan bantuan deria lihat dan juga deria bau. Bau payu dara yang similar dengan bau air ketuban akan menarik perhatian bayi untuk ke sana.


Walau bagaimanapun, deria bau ini berkurangan bila bayi dimandikan. Jadi seelok-eloknya, bayi hanya dimandikan selepas dia sudah mendapat hisapan pertama. Kebanyakan bayi boleh mendapat hisapan pertama dalam masa sejam selepas kelahiran jika tidak mempunyai komplikasi semasa proses bersalin.


Elakkan daripada memberi susu formula diperingkat awal kelahiran. Bila sudah mula memberikan susu formula, walaupun pada peringkat awalnya, ramai yang merasakan, "tak pa, sekali je", pada kebiasaannya akan menjadi, 2x, 3x dan seterusnya pemberian susu formula mendominasi cara penyusuan dan lama kelamaan susu ibu mula kurang diberikan. Wallahu'alam.


Semoga bermanfaat


Dr Zaharah Sulaiman

Konsultan Laktasi

Hospital USM Kelantan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home