Lebih Berat?
..daripada biasa.. Alhamdulillah, masih meneruskan rutin yang biasa. Cuma bezanya, alahan pada sisi yang lain. Alahan tengok makanan...pasti nak makan. Semua staf dah asyik perlikan saya tak kurang juga yang motivate saya untuk makan dengan hebatnya. Oh.. Cuaca panas membahang, menyumbangkan lagi tahap 'hot flush' saya terutama di malam hari. Terasa nikmatnya hujan yang turun. Hujan itu rahmat, pesan orang tua. Tapi jarang manusia ingat dan bersyukur. Nikmat Tuhan Mu yang manakah kamu dustakan? Minggu ke 18. Terasa banyak perkara perlu dipelajari. Takut,gembira dan rasa tak bersedia semuanya bercampur baur. Tapi insyaAllah saya dan en suami mahukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam menghargai nikmat ini. Moga Allah redha atas apa yang kami lakukan. Amin. Buku-buku ilmiah sudah lama tak bersentuh. Penat kerja, uruskan rumah tangga..akhirnya jadilah katak di bawah tempurung. Satu saja perlu diingatkan pada diri sendiri~ mahu atau tidak, semuanya atas kemahuan kita. Man jadda wajada. Ilalliqa..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home