Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Friday, February 11, 2011

Hope You Happy


Assalamualaikum wbt,
O..my goodness! Dah sebulan lebih tak berdaya nak mengupdate kan blog rupanya. Saya masih di atas ardhillah cuma kemampuan nak menulis agak terbatas di samping rasa malas. Oh, maafkan saya.
Banyak betul perkara yang berlaku dalam masa sebulan lebih nih. Pahit manis semua dah mewarnai. Alhamdulillah saya gembira di tempat kerja baru tetapi agak 'kureng' bila masuk bab oncall. Maklumlah kat Simunjan memang rileks berhabisan.
Seminggu tagging oncall for 24hrs? Ooo...ridiculous bukan? Tapi apa boleh buat sudah rules sebegitu. Bagitahu saja apa pengalaman yang pernah anda alami klu kerja berterusan seperti itu. Pengsan semasa assisting specialist di OT? Sakit kaki naik turun tangga dari tingkat 8 ke ground floor masa ward round setiap pagi, malam-malam terpaksa bersengkang mata tunggu panggilan, ambik darah dan pasang branula di waktu malam~urat darah pun dah nampak sama dengan kulit, hampir pitam dalam lif dan sebelum sempat sampai ke kereta dah muntah di tepi pokok bunga~naib baik pak guard tak perasan saya..haha.
Hari terakhir, bagaikan hari keluar dari penjara. Terima kasih en suami sebab bagi support di kala saya tengah mengalami evening sickness. Terima kasih juga sebab paksa saya makan dan gerakkan untuk solat. Dah makin lemau pulak bila nak masuk akhir 1st trimester..hehe. Mengada-ngada. Nurse pun dah warning tentang penurunan berat badan saya nih. Apa boleh buat, saya makan untuk muntah (^_^). Jangan mengeluh ye, pesan pada diri sendiri.
Semangat..semangat!
Though hari ni ambik cuti~tak larat nak pegang stereng kete dan mengantuk yang tersangat dan lelah outpatient day belum hilang. Nak mengemas baju saya dan en suami lagi. Huahua..
p/s: hari Jumaat, mari kita doa banyak-banyak.

1 Comments:

  • At Sunday, 13 February, 2011, Anonymous nik_khoir said…

    Salam fizah.. =) Alhamd,tahniah buat fizah sekeluarga.InsyaAllah, segala ujian dan pengorbanan seorang ibu besar nilainya disisi Allah.Banyakkan bersabar.Moga Allah sentiasa memberkati fizah dan kandungan serta keluarga.. InsyaAllah

     

Post a Comment

<< Home