Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, December 02, 2010

Baja Hati

'Tidaklah seorang mukmin ditimpa sebuah kesedihan, kegundahan dan kerisauan , kecuali Allah pasti akan menghapuskan sebahagian dosa-dosanya' (Al Hadith)

Pagi Khamis datang lagi. Dan awal pagi juga, darah saya mengelegak naik. Boiling Point! Patient oh Patient. Apa anda ingat klinik gigi ini private? mak bapak anda yang punya?..(cepat-cepat, bagitau patient sebelum Dr bertukar jadi Hijau~bisik assistant).

Hmm...nasib baik tak sempat jadi Incredible Hulk. Kalau baik hati sangat, inilah jadinya. Kesimpulannya, perlu bertegas tetapi pada masa yang sama bertimbang rasa.

'Kalau pakcik tak nak cabut akar tuh, saya tak dapat nak buat gigi palsu' berbasa basi dengan pakcik warga tua.
Oh, bayangkan macamana nak buat gigi kalau masih ada gigi rosak? Sama-sama fikirkan.

Patient yang datang dengan pelbagai rupa dan gaya. Sama ada kita jadi senang hati, rasa menyampah(ops) dan tak kurang juga yang terlebih pandai dari doktor sendiri. Haih. Dan si doktor pula boleh dapat sama ada pahala atau dosa atau kosong sia-sia. Penting sungguh niat ini. Ikhlas binniat!

'Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran' ~Abdullah ibnu Abbas~

p/s: ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu ini dan lindungilah aku dari segala sifat mazmumah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home