Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, December 23, 2010

Akan Ku Tunggu

Isnin hingga Rabu

Mata saya senang nak terlelap dan senang juga terjaga di saat pukul 2 dan 4 pagi. Perfect time to get closer to HIM. Dan pagi ni tengah syiok menggeliat, ada seekor makhluk sedang melompat dengan riang gembira. Barang kali persekitaran yang agak bersih dan kemas untuknya. Uh no, memang mengganggu mood di pagi hari ini.

Ambil penyapu, kejar sampai ke pintu. KATAK PISANG! Nasib baik terperangkap dalam plastik sampah. Maka dengan senang hati, campak luar rumah. Biar dia cari jalan pulang sendiri. Saya tak mahu nak membunuh haiwan kecil melainkan rasa terancam. (hoho..yelah tue).

Terima kasih auntie Imur sebab tolong carikan untuk saya kotak-kotak tu. Sampai saja depan pintu klinik, dah nampak 4 kotak kosong sedia menunggu. Memudahkan kerja packing barang-barang.

Esok Jumaat, hujung minggu bakal tiba. Ayam penyet, nasi kerabu..oh rindu pada mereka. Moga kita kan bertemu. Wuiseh.

Lenggang ..lenggang kangkung
Kangkung di tepi kali..
..
Pulang marilah pulang
marilah pulang bersama-sama..

p/s: Dah takde kerja, so kita nyanyi jelah ye.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home