Satu Minggu
Satu Minggu
Berkepit dengan en suami. Terima kasih atas saat-saat yang indah dan insyaAllah untuk sampai ke akhir hayat bahkan ke jannah. What a wonderful life..alhamdulillah.
Akhirnya, terpaksa juga 'berpisah' buat sementara. InsyaAllah moga Allah berikan jalan keluar untuk kami. Peritnya berjauhan, tapi kesabaran dan mujahadah adalah ubat mujarab. Sekeping hati ini perlu dibentuk agar lebih sabar....'Sabar ye' suara suami memujuk. Hati dah berlagu sendu, mata hampir bergenang tapi ditahankan jua. Kesian en suami, lelah nanti nak memujuk saya..hehe.~tapi pagi ini, mengalir jua air mata setelah keletihan merawat patient. Ya Allah, lemahnya hambaMU ini maka kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran agar dapat ku lalui hari mendatang dengan penuh rasa keimanan padaMU.Amen~
Terima kasih juga en suami kerana sudi membawa saya ke program dua hari lepas. Terasa jiwa yang jauh dari majlis ilmu disirami kembali. Alhamdulillah, banyak ilmu, pengajaran dan pelajaran dikutip. Duduk bersama orang-orang yang hebat, sungguh lain benar perasaannya. Kadangkala kita merasakan kita lah yang paling hebat diduga diuji Allah, tetapi rupanya ada insan lain yang lebih jauh hebatnya ujian tetapi hati mereka tetap yakin dengan ketentuanNYA. Sekarang bukan masanya untuk mempersoalkan kenapa ini dan itu terjadi pada diri tetapi sebaliknya memandang sudut yang paling positif dan ada hikmah di sebaliknya.
Ayuh, Fizah jangan mengalah untuk hidup. Mana dirimu yang tak mahu kalah pada dugaan dan kuat menghadapi cabaran, mana hatimu yang cekal bila diuji. Oh, terasa saya perlu lebih mendekatkan diri padaNYA, pertingkatkan ibadah dan perkemaskan hati ini.
...mencari diri...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home