Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Friday, October 30, 2009

Selamat Ulang Tahun 1..


..Happy 1st anniversary today my dear.

Terima kasih kerana sanggup bertahan dan layan aje kerenah saya.
Terima kasih kerana banyak memudahkan kerja dan amal Islami saya
Terima kasih kerana tak menimbulkan masalah pada saya
Terima kasih kerana awak memang pilihan hati saya
Terima kasih kerana memberi lebih dari menerima
..dan terlalu banyak terima kasih..


p/s: to my loyal car aka Pepito! actually, solely belong to me...tak sabar nak bw blk semenanjg though dgn plat Sarawak; QAN~ aiya! tp saya suka no dibelakangnya..hehe.Officially on my 24th birthday br start drive. Memorable sungguh.

Wednesday, October 28, 2009

No title, untitled..

...
......

Tak betul ke apa lah doktor gigi seorang ni?
Ya, saya dah pening. Tapi saja berlagak cool. Seorang pemimpin kena cool, tak boleh mengelabah bila menghadapi anak buah. Iyakan saja pada awalnya , (power of listening) kemudian barulah start misi mengolah cerita dan jalan. Sikit2 Dr, sikit2 Dr~ nak bermanja dengan saya ke apa? Nasib baik dapat saya jadi ketua yang rajin melayan, kalau dengan yang sebelum ni memang mereka semua makan hati berulam jantung (fuh,..best pulak jantung pisang cicah budu).

Tadi makan dgn staf sambal ikan bilis+kicap+belacan. Tiba-tiba jatuh cinta pulak nak buat. Cuma bila masuk bab belacan ni, mak tak suka. Family ktorg ni alergik dengan belacan. So jangan harap nak jumpa belacan kat umah, makanya kami curi2 lah makan kt luar. Tapi mak mcm dah arif sgt baca air muka org yang buat salah!

Semua tanya, rileks ke keje kat Simunjan?. Memang rileks pun alhamdulillah. Patient tak ramai cuma byk kerja admin. Though, seorang patient biasanya request cabut 4-5 batang gigi sekaligus. Oh, saya tak buatlah kerja yang blh mdatangkan bahaya. Paling banyak pun 3 batang itupun gigi depan ataupun yang tinggal akar. Gigi orang Sarawak memang kuat, keras dan susah nak dicabut. Lenguh wrist saya mengodek-godek sebatang gigi supaya dapat dikeluarkan. Skill..skill. 'If your mind say that you can do it, so you can do it too'.

Esok meeting, tak sangka lah kena buat keje2 mcm ni. Banyak isu hangat menanti. Apapun saya harap sekeruh mana perbincangan akhirnya akan ada kejernihan dalam kata sepakat. Bak kata seorang ustaz masa kt U dulu~ ibarat kita nak segelas air kopi yang sedap. Kita campur gula dan kopi dan kacau betul2/ sekuat hati tapi air tak tumpah malah kopi pun rasa sedap. InsyaAllah.

Petang ni saya nak masak apa lagi ye? Semalam dah masak kurma ayam, sayur campur dan telur masin (masak mcm utk ramai org pulak tuh). Saya kena tambah berat badan, nanti balik mesti mak bising2 tgk anak dia kerempeng mcm tak cukup makan..haha. Yalah mak, org dah kecik so makin kecik pulak. Sup jelah senang cite.. campak je semua dalam periuk lepas tu la..la..la. Kena clear fridge sblm induksi Ahad ni!

Induksi kat tempat berhantu? Banyak dengar cerita, termasuklah staf yang cuba provoke saya. InsyaAllah, sesuatu yang buruk itu berlaku dengan izinNYA begitu jua dengan perkara yang baik. Kita kan ada Allah, jadi kenapa harus takut? Berlindunglah denganNYA. Sebab tulah bc Mathurat jgn tinggal ye kawan-kawan.

p/s: puasa blog dulok ya. ada masa saya cerita psl induksi/btn yang of course ada 'brainwash'..bukan 'brainstorming'..hee. till then c u.

Tuesday, October 27, 2009

Sanah Helwah Ya Ummi

Buat mak tercinta,
Terima kasih ya Allah kerana menjadikan anak ini adalah anak mak..
Moga secebis doa seusai sujud buat mu dan ayah dimakbulkan Allah
Agar tenang dan bahagialah diri mu di dunia dan di syurga kelak.

Sunday, October 25, 2009

A Walk To Remember


Beautiful isn't it? The flower is blooming.
Ahad datang lagi, the worst part already come~ going back to Cmunjan. Hee..takdelah cuma bosan bila terpaksa meneruskan rutin kebiasaan. Kena buat mesyuarat lagi! Sungguh tak pandai nak mengatur ayat ni. Apapun, ini amanah dan wajib utk saya carry it out dengan baiknya.
I betrayed myself. Keluar jugak semalam utk shopping~ tp just jd initiator, supporter pada kawan utk beli baju dan baju. Berjaya jugak 'dakyah' dan cucukan berbelanja saya ni (haha..devil in action lgi). Mana aci minggu lepas, dia induce saya beli baju yang saya tak tahu bila nak pakai. Kalau mak ayah tgk ni, mmg pengsan sbb sjk bila anak dia uptodate, ala ala ol' skool nih. Tapi still menutup aurat. Cukup2lah blouse putih saya yang ada 2 tier tuh diorang 2-3 kali tengok pelik. Biasalah, bila lagi nak belanja duit titik peluh sendiri utk kebahagiaan sendiri. Ayat...
Huwaa...dah semalam kena force jadi tukang masak nasi ayam. Memang diorang suka-suki nak suruh jadi cook. Exclusively, imported from simunjan tuh. Saya pun tak kisah tapi untuk dapatkan ayam halal yg diyakini mmg kena driving about 3o++km. Punyelah tinggi kesungguhan sbb lama dah tak makan nasi ayam yang 100% diyakini. Saya berseloroh, 'Yelah lepas ni dah tak dapat nak masak utk korang. Dh transfer blk semenanjg, bah'. (dgn confident level yg tingginya..ngee)Staff kat klinik pun dah start berbunyi, 'bila Dr nak buat makan2 lagi?' 'Ni mesti sedap Dr masak, masakan Kelantan kan' . Bukan saya tak tau, tp sj je buat2 tak dengar. Nantilah saya celur pucuk paku pastu makanlah korang dengan budu. Settle. Jahat betul Dr ni!
Semalam kena scolded dgn mak, sebabnya susah nk reach call. Ala mak, takkan tak tahu inikan Simunjan~ line mana pernah clear. Cuak mak dengar cite accident sorang cikgu Iban along the way dr simpang jln besar ke hosp yang 55 km tuh. Hmm..kan mak dah tau one of the minor reason behind kenapa saya nak balik. Dah la takde line spjg jalan yang ada hanyalah line putih jalan raya.
p/s: hujan lagi..bestny dpt sambung tidur (tp xdpt nk tutup mata pun).sedihny

Friday, October 23, 2009

Jumaat Datang Lagi..

Alhamdulillah, hari ini seorang lagi sahabat saya yang dikasihi telah selamat berbaitul muslim. Sedih, kerana tak berkesempatan meraikan hari paling bahagia sahabat. Apapun moga Allah menganugerahkan kebaikan berpanjangan, sakinah, mawaddah wa rahmah sepanjang perkahwinan hingga ke syurga. InsyaAllah hendaknya.

Semalam, hati saya lagi gembira? Kenapa? Akhirnya, abang saya jugak yang telefon dulu. Saje je nak tengok sejauh mana dia rasa 'kehilangan' adiknya. Memang dah cam sangat no office dia, tak patut sungguh menyalahguna harta syarikat.

Jumaat, penghulu segala hari. Permulaan untuk hujung minggu. Pa nak dipolah? Sama-sama nantikan, mungkinkah?
a) cuci kereta
b) beli beras, sayur, halia, lengkuas, kunyit
c) bayar bil Maxis, Celcom, duit utk mak ayah
d) terperap kat umah sambil layan KBS

..ok, ciao. Tata titi tutu.

Thursday, October 22, 2009

Mari Membaca..

..Memandangkan entri sebelum ni agak2 depress+menyedihkan so saya nak post satu yang mengembirakan hati saya..(blog saya kan. Ada saya kesah?). Of course 2 benda yang boleh buat saya gembira 1) Makanan 2) Buku. So budget2 lah apa yang saya akan tulis.

Saya suka makan :
a) Laksa Penang ~Laksa Shack? nope, laksa kat Pasar Siti Khadijah dan gerai otw ke Pasir Tumboh.
b) Segala jenis sup (halal punye) tolak yang Chinese Herbs. Including Tom Yam! Sup tulang best kat tepi Tambatan Diraja. Dah la murah sedap pulak tu.
c) Masakan mak~ mak masak apa pun saya makan except Char Kuey Tiow.
d) Budu+ ulam-ulaman.
e) Of course tat telur dan adik beradiknya

Saya nak sangat belajar masak :
a) Rendang, sbb sampai sekarang tak yakin nak masak benda alah tuh.
b) Kek dan kuih~ 3 je yang saya pandai puding roti, dadih dan onde-onde.
c) Nasi dagang ~ even mak pun sampai sekarang tak pandai nak masak. Saya pun tumpang sekaki~ tak pandai.

Saya tak boleh makan:
a) Ikan sungai
b) Makanan pedas~ Rasulullah s.a.w pun tak suka makanan pedas dan panas2.
c) Nangka ~ ada h/o bloating. Cukup sekali lah.

Kalau dulu saya langsung alah dengan benda ni tapi sekarang makan je :
a) Durian
b) Gulai/santan

Ok, masuk bab buku. Nak tulih apa ye?

Koleksi buku saya?
a) Dah penuh satu almari, maka mak pun dah start bising2. Yelah mak, nanti saya dah ada rumah sendiri saya buat galeri buku satu bilik.Ok?Set
b) Ada semua jenis ; tapi banyaknya yg religious, fiction and non fiction. Komik? Saya mmg tak suka kartun except yang Hajime Kindaichi (saya beli waktu form 4 n 5).
c) Yang motivational? mmg saya tak sentuh pun buku mcm tuh. Cukuplah Al Quran sebgai sumber motivasi saya (ada unsur2 blagak pulak..heh)

Buku yang saya nak beli:
a) Resepi masak2 (masak lagi)
b)Buku pasal kraf2 ni : quilt, origami
c) cerita lagi...
d) kitab2..tp bukan dlm bhsa Arab lah~ senior saya pernah hadiahkan buku dlm bhsa Arab, sampai sudah tak dapat translate/baca


~So, dah sampai kepada conclusion nya:

a) Saya suka bila ada org masakkan utk saya..haha. Tukang makan je maa..
b) Saya nak dapur yang luas + lengkap dgn alat memasak~ tgh bdikit2 kumpul ni. Boleh buat usrah masak2.
c) Saya suka buku+makanan..tu je!

p/s: slmt layan entri merapu ke...(fill in the blank).. Ohoh, relieve rasany. tpi asyik kena interupt lpas call dr Sister, Matron pulak. Haihh..Dr Siti..Dr Siti.

Balik kg...

A Cup of Tea

Hujan turun lagi..

Awal pagi lagi saya melangut, sepatutnya ke sekolah tapi budak2 tengah exam. Lepas siapkan completion form Customer Survey saya terjumpa buka MIMS (Malaysia Index Of Medical Specialities) Official Drugs References. Teringat zaman waktu belajar dulu, saya memang addicted dengan Pharmacology. Sukalah nak mengingat nama-nama ubat ~absorption,mech of action..bla bla. Kalaulah dlm Dental ada sub specialty ~Pharmaco. Duh.

How to be fine, when I'm not.

Smile a lot! Mujahadah nak senyum, masyaAllah punyelah susah. Tapi bila dah senyum, tenangnya sekeping hati. Pips pun dah kata saya ni tak betul , macam tak tau pulak cheq ni kan half-half. Allah tengah uji ni, so kena sabar banyak-banyak, solat taubat, istighfar. Lastnya, elok lah tu. InsyaAllah (pujuk diri sendiri). Hidup tak selalu monotonous bukan?.

p/s: ayam oh ayam di mana dikau? tak sampai lagi ke..

Wednesday, October 21, 2009

My Indulgances..


Ice cream..my fave. during up and down time. Enjoy, tapi tak sempat lagi nak beli.

Colours pallates..I addicted to this things. You'll be wonder at where and when I put this, obviously not outside the house. Dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah~ so tak perlulah nk bertabbaruj, wanita kan dah sememangnya perhiasan. Aite?



I love whenever it raining. Beautiful..the raindrops tend to calm me down...(to sleep)

Tuesday, October 20, 2009

What's Eating .. ?

Assalamualaikum..
Hari ni dalam sejarah, sebabnya pergi sekolah nak buat treatment tiba-tiba cikgu cakap semua budak tengah exam. Aduhai, silap saya juga tak inform dan bertanya.

Treatment sekolah belum habis, tinggal satu kelas untuk tampalan selebihnya cabutan. Lucu tengok ragam budak sekolah. Yang menangis, yang lari yang buat-buat tak hadir dengan melepak kat tandas. Mahu saja saya kejar dan tangkap~

“..dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNYA)” (Al Furqan: 20).

Ayat di atas ikhlaskan saya tujukan pada seorang sahabat yang sering kali diuji dengan kerenah dan ragam mad’u nya.Sungguhpun dia tiada pengalaman mahupun strategi yang ditimba dalam berdakwah mad’u tapi saya kagum dengannya yang punya kesedaran tinggi bahkan lebih baik dari saya. Prinsipnya , setiap muslim itu adalah daie. Saya pun turut mengiyakan kalau tak salah ada satu hadith yang menyebut ; sesiapa yang mengucapkan kalimah ‘La Ilaha Illaallah’ dialah daie.

Ujian datang pelbagai penjuru, termasuk rakan disekeliling yang secara tak sengaja melemahkannya dalam usaha berdakwah. Saya juga yang tersepit. Mahu menangkan siapa? Akhirnya saya ambil pendekatan jadi JP~jaksa pendamai. Susah juga, tapi kena cuba. Tak cukup kat klinik nih jadi orang tengah, sambung lagi after office hours (mcm oncall pulak). Moga2 Allah terima amalan kita semua.

Renovation clinic dah masuk fasa-fasa terakhir. Syukur, saya pun tak tahu bab2 cenggini. Asyik tengok orang buat keje, tegur dan tanya itu ini. Selalu je diorang tegur setiap kali masuk kerja dan nak balik. Saya pulak yang terlebih segan, yelah asyik duk panggil saya boss. Kecik rasa diri.

Alhamdulillah, duk kat Simunjan ni jangan risau bab makanan. Ada je patient yang datang bawa beras, keladi, buah-buahan. Tunggu saja bulan November kata staff, penuh rumah Dr dengan buah durian,rambutan, pisang etc. Sebab tulah, senang bergaul dengan orang-orang kampung. Siapa kata duk sorang-sorang jadi malas nak masak? Saya jadi terlebih rajin mengulai lah, goreng itu ini at last sorang2 makan (sedih weh, makan sorang2 mengadap muka sendiri..sob..sob. Mak ayah bila nak dtg ni?) Best time duk ramai2, saya masak semua makan~sigh, gembiranya tengok orang makan masakan kita. Dah rasa kenyang tengok.

Peti ais sudah sampai, tapi barang banyak terlupa nak dibeli. Hendak ke pasar di sini memang saya malas nak driving jauh merentasi jalan batu yang masih separuh berturap.Kalau nak ayam halal kena tempah by call dulu.Ikan? Lagi senang, ada orang datang jual. Tadi dapat beli ikan bulu dengan harga RM 4 setengah kilo walhal kalau sekilo dah RM 18-24. Alhamdulillah, rezeki. (Dalam hati, banyak betul beli ikan ayam yang tukang makannya sorang je padahal).
Rindu kat mak ayah…tak sabar nak balik bulan 11 ni insyaAllah. Harapnya, takde kerja menanti~ saya nk rehat+enjoy rasa aman tenteram kat rumah+jalan2.

“Anakku laksanakanlah hajat-hajat sekadar yang perlu dan elak daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu.Janganlah jadi seorang yang suka ketawa pada perkara-perkara yang tidak perlukan ketawa dan tidak suka berjalan tanpa keperluan. Jadilah seorang yang lembut, suka kepada kebaikan , suka berfikir , sedikit bercakap melainkan pada perkara yang hak, selalu menangis dan sedikit saja bergembira.Janganlah selalu bergurau senda, janganlah kelam kabut dan janganlah mengumpat. Apabila engkau senyap jadikanlah senyap itu berfikir. Apabila berkata , biarlah yang baik’

Anakku banyakkanlah diam kerana engkau akan dihormati dan engkau tidak akan sekali-kali akan kecewa kerana diam. Tetapi engkau mungkin akan kecewa kerana ketawa.”

Monday, October 19, 2009


Ya Allah,
Makinku rasa dekat padaMU
Makin ku rasa betapa hina dan rendahnya aku
Ya Allah,
Makin rasa tak berdaya
Makin sesak nafas di dada
Ya Allah,
Makin rasanya nafas kian putus
..cuma ku harap masih ada ruang-ruang
untukku menyatakan seluruh rasa rindu padaMU

Saturday, October 17, 2009

RumahKu...

The fact is I lived in this house..big house but alone.Ghee..tggu Faber do proper plus general cleaning, fix the doors. Kalau ni memang rumah sendiri beli, dah lama decorate~ but looked like I have to wait for own house.

2 weeks passed. The admin works keep coming. Management cause me dizziness a lot. After one and another. Duh, penat lah jadi VIP dlm majlis. Asyik kena duduk kt front. Bagi speech, senyum 24 hours, makan tak boleh byk2 sgt, kena jadi ramah, tegur orang itu ini. Part paling tak best bila terpaksa handshake tak kira lelaki perempuan. Bab ni memang buat saya berpeluh. Tapi alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk saya kata TIDAK/ Tak apalah/ Saya ada wudu' lagi. Culture yang tak dialas dengan syariat, maka begitulah jadinya. Bila saya tanya orang, bukan diorang tak tahu perkara tu haram. Tapi nafsu/keinginan tu mengatasi segalanya. Haish.

Wednesday, October 14, 2009

Deal Or No Deal

All I do is treat about 15 patients then wait for appointment patient..the rest dealing with Faber-Mediserve, contractor, people, staff, signs few document~see my signature so valueable now. Without it, nothing can be done..stuck halfway. Ngee..

Being a good leader, I'm learning from everyone. Thank goodness for what experienced back during being undergrads. Grab chances, participate and involved. So grateful to Allah.

Can't wait for another weekend! I need rest, a real rest from calls that mostly come from my staffs and office. Early morning late at night still have to deal with them. Aiyo!

p/s: that's what we called life.

Tuesday, October 13, 2009

Upside down..

I just want you to be honest, to accept things as their ways, to be more determine, to have strong will..and foremost to hold steadfastly in what Allah has been destinied for you, us and every one.

(mumbling alone~KP Simunjan)

Saturday, October 10, 2009


I'm wondering should I happy or cry? Or both at the same time? Only He The Almighty knows.
Ya Tuhanku,
Dhoifnya aku,
Tempangnya aku
TanpaMU..

Friday, October 09, 2009

Luv Story from Simunjan 2

Alhamdulillah, Simunjan tempat ‘rehat’ barangkali dari segala kekalutan.(bukan untuk selamanya; saya tetap nak balik semenanjung). Tenang, hijau dan sejuk hawanya. Saya seperti dialu-alukan, dengan keramahan staf baik yang Dental mahupun Medical, termasuk makcik kantin( biarpun segan nak ke kantin~mcm biasa penuh dengan orang). Selebihnya saya lebih suka mengintai dari bilik ofis sambil duduk melihat kerenah orang datang dan pergi. Lagipun lebih baik memasak sendiri!

Rumah masih tak berkemas sebab barang banyak lagi tak dibeli; mop, baldi dan hos wayar. Macam itu kot kalau nak masuk rumah ‘baru’. Cuma yang sedihnya, saya keseorangan tiada siapa yang nak menolong(kalau ada husband, harus bantai dia untuk buat semua itu ini..haha~tak patut!) Takdelah,walaupun dahulu saya ni dikenali sebagai budak perempuan yang sanggup angkat kotak2 berat berisi buku+baju tanpa bantuan muslimin. Ego tak sedar diri masa tuh, tapi itu cerita dulu sekarang kena pakai akal mendahului perasaan. Dah jadi ketua klinik kan..kan. Semua berubah ke arah yang baik.

‘Dr, macamana?’’Dr, yang ni nak buat macam mana?’ ‘Dr, klu kita buat ni ok tak?’

Semuanya perlu kelulusan dari saya, asal baik buat je lah sayang oi. Kadang kala tak pandai nak buat decision seperti ni. Yang banyaknya saya bertolak ansur dengan mereka as long as kerja saya going smoothly.

Tak sabarnya nak menunggu bulan 11.Banyak benda baik menanti insyaAllah. Sweet November lah katakan. I wanna go home…dream always I believe in.

Semalam, quaterly meeting~org baru bila dgn istilah2 nih pening jugak. Takpe, slow and steady.Tapi best ada driver nih klu travelling sini sana dengan Land Cruiser. Melawat kampung kelate kat Simunjan. Kenal tempat orang.Alhamdulillah, I'm happy in Simunjan insyaAllah not only for this while. Ada amanah perlu dilaksanakan, bila selesai~ saya pun mahu pulang ke halaman ayah bonda+ husband(pheww..).