Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, September 05, 2011

Syawal..Satu Jiwa Dua Rasa

Alhamdulillah, Syawal menjelma sesudah Ramadhan. Cuma tahun ni tak berkesempatan mahu berpuasa enam. Apapun moga Allah memberi pahala yang setimpal dengannya insyaAllah. Dan harapnya en suami dapat berpuasa sendirian..sobs..sobs. Oh, sedihnya.

Episod menjadi ibu ibarat satu cerita panjang. Bermula dari turun darah tapi tiada rasa sakit pada waktu pagi hingga waktu berbuka barulah contraction pain makin kerap. Hampir 4 jam menanggung kesakitan di labour room,mujurlah ada en suami di sisi saat deliver baby. Sakitnya tak mampu diungkap hanya Allah saja tempat memohon agar diringankan sedikit beban ini. Saat melihat sang anak selamat keluar, kali pertama air mata ini jatuh. Subhanallah, besarnya anugerahMu ini. Duhai anak..

Memang saya akui, tempoh ini adalah tempoh paling fragile buat saya. Mudah saja air mata mengalir. Anak menangis tanpa sebab walhal sudah diberi susu dan ditukar lampin, bila en suami mahu pulang, bila anak kena cucuk diambil darah kerana jaundice dan kemuncaknya saya menangis depan mak sebab sang anak menangis-nangis tak mahu diletak di bawah phototherapy~memang saya dah jadi tak keruan.

Akhirnya, saya anggap saja ini sebahagian dari proses belajar. Kadang-kadang, benda beyond our expectation. Apapun, menimang cahaya mata adalah saat paling indah setelah bergelar seorang isteri. Memikul tanggung jawab pun adalah sesuatu yang indah, menjadikan diri lebih matang.

Alhamdulillah, Syawal pertama sebagai isteri dan ibu. What else I could ask for more? Be grateful to Him. Moga Ammar sihat sentiasa dan bahagia dengan mama & papa. Kami sayang Ammar!

p/s: en suami, kalau saya nangis lagi..macam biasalah~tolonglah pujuk..huehue. Akhir kata, ibu bukan sebarangan ibu begitu juga dengan ayah (^_*)V

1 Comments:

  • At Monday, 12 September, 2011, Blogger Ummu Yazid said…

    betul fizah :) amru seminggu nangis tak nak letak bawah phototheprapy, and sebulan diyana nangis sendiri, sebab MIL tak support utk bf.huhuhuhu. diyana and husband tak bergaduh tapi agak dingin awal2, sebab dua2 stress. tak pe, things will be better insya Allah, take care Mama Ammar. from Ummu Amru :)

     

Post a Comment

<< Home