Luv Story from Simunjan 2
Alhamdulillah, Simunjan tempat ‘rehat’ barangkali dari segala kekalutan.(bukan untuk selamanya; saya tetap nak balik semenanjung). Tenang, hijau dan sejuk hawanya. Saya seperti dialu-alukan, dengan keramahan staf baik yang Dental mahupun Medical, termasuk makcik kantin( biarpun segan nak ke kantin~mcm biasa penuh dengan orang). Selebihnya saya lebih suka mengintai dari bilik ofis sambil duduk melihat kerenah orang datang dan pergi. Lagipun lebih baik memasak sendiri!
Rumah masih tak berkemas sebab barang banyak lagi tak dibeli; mop, baldi dan hos wayar. Macam itu kot kalau nak masuk rumah ‘baru’. Cuma yang sedihnya, saya keseorangan tiada siapa yang nak menolong(kalau ada husband, harus bantai dia untuk buat semua itu ini..haha~tak patut!) Takdelah,walaupun dahulu saya ni dikenali sebagai budak perempuan yang sanggup angkat kotak2 berat berisi buku+baju tanpa bantuan muslimin. Ego tak sedar diri masa tuh, tapi itu cerita dulu sekarang kena pakai akal mendahului perasaan. Dah jadi ketua klinik
‘Dr, macamana?’’Dr, yang ni nak buat macam mana?’ ‘Dr, klu kita buat ni ok tak?’
Semuanya perlu kelulusan dari saya, asal baik buat je lah sayang oi. Kadang kala tak pandai nak buat decision seperti ni. Yang banyaknya saya bertolak ansur dengan mereka as long as kerja saya going smoothly.
Tak sabarnya nak menunggu bulan 11.Banyak benda baik menanti insyaAllah. Sweet November lah katakan. I wanna go home…dream always I believe in.
Semalam, quaterly meeting~org baru bila dgn istilah2 nih pening jugak. Takpe, slow and steady.Tapi best ada driver nih klu travelling sini sana dengan Land Cruiser. Melawat kampung kelate kat Simunjan. Kenal tempat orang.Alhamdulillah, I'm happy in Simunjan insyaAllah not only for this while. Ada amanah perlu dilaksanakan, bila selesai~ saya pun mahu pulang ke halaman ayah bonda+ husband(pheww..).
0 Comments:
Post a Comment
<< Home