Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, September 12, 2009

Love Is In The Air..

Lepas Sahur, tak boleh lelap-lelap lagi kena tunggu Subuh.

'Love is just a word until you find someone who give it definition' ~quote somewhere.

Wah, tak sabarnya menanti Selasa ini. Biarpun takde sesiapa yang pulang lagi at least dapat jugak saya menolong mak ayah kemaskan apa yang patut. Maksudnya, tenaga yang banyak serta idea yang bernas (chewah ,,ayat) amatlah diperlukan. Macam tak biasa pulak jadi kuli batak nih, specialised lagi sejak 2006 since my eldest sis get married.

Raya pertama di Kelantan tahun ini, maka saya jangka tak semeriah beraya di Parit, Perak~ ada lemang, ada dodol dan rendang tok. Dan semestinya saya adalah salah seorang ahli rumah yang takkan keluar dari dapur kerana kerjanya asyik memasak dari pagi sampai ke malam. Orang-orang kat rumah tuh kan kuat makan eventhough badan still sekeping~ anugerah Allah berikan. Patut bersyukur.

Perasaan saya dah bercampur baur sejak akhir-akhir ni. Angau pun ada, cuak pun ya. Risau dengan new environment dan kerja-kerja baru menanti. Agaknya inilah perasaannya bila diletakkan amanah yang melibatkan orang atasan. Hmm..kalau boleh saya nak jadi full time clinician, sakit kepala bila melibatkan admin ni. Tapi manusia perlu diuji untuk tahu sejauh mana kebolehannya. Lagipun, takkan selain cabut gigi, tampal gigi dan buat gigi doktor gigi tak nak belajar apa-apa kan? Ayat penyedap hati perut ni.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home