Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, September 03, 2009

Hariku Indah Seperti Selalu



Indahnya hari-hari seindah warna warni payung tu.
Masuk fasa ke dua Ramadhan, insyaAllah saya mahu lebih rajin~tak mahu statik apatah lagi menurun. E ticket, sudah berapa kali saya tenung. Silap hari bulan, terbakar. Alangkah indahnya saat itu tiba, cukuplah sekali beraya di tempat orang. Tahun ini, saya mahu kucup tangan tua mak ayah, peluk mereka seeratnya. Sudah banyak dosa yang saya lakukan dalam sedar atau tidak.
On the way ke klinik, melintas sekumpulan budak sekolah siap berskirt baju seragam sekolah. Hee..macam saya dulu. Darjah satu dan dua masih berskirt, masuk darjah tiga baru alim sikit pakai baju kurung . Flash back kenangan masa sekolah, memang senang hidup tak rasa susah nak kumpul duit, kerja dari pukul 8 am sampai 5 pm. Tiap-tiap pagi mak dah iron baju, sediakan sarapan~penat tengok mak; keje lagi suri rumah lagi. Memang saya respect dan bercita-cita nak jadi superwoman macam mak. Perfecto! Tapi tak garang lah..hehe
Petang ni, giliran saya memasak~ menunya; singgang daging n telur masak merah dengan sayur jelah. Semalam buat puding caramel dgn housemate tp sebab banyak letak air~agak2 je so lembiklah sikit. Tapi alhamdulillah boleh makan je dengan selamat. Conclusion~ kena practice lagi. Onde-onde dah lepas..apa lagi lepas ni..
p/s: kita sebenarnya pandai memasak, klu asyik practice..kan..kan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home