Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, October 20, 2009

What's Eating .. ?

Assalamualaikum..
Hari ni dalam sejarah, sebabnya pergi sekolah nak buat treatment tiba-tiba cikgu cakap semua budak tengah exam. Aduhai, silap saya juga tak inform dan bertanya.

Treatment sekolah belum habis, tinggal satu kelas untuk tampalan selebihnya cabutan. Lucu tengok ragam budak sekolah. Yang menangis, yang lari yang buat-buat tak hadir dengan melepak kat tandas. Mahu saja saya kejar dan tangkap~

“..dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNYA)” (Al Furqan: 20).

Ayat di atas ikhlaskan saya tujukan pada seorang sahabat yang sering kali diuji dengan kerenah dan ragam mad’u nya.Sungguhpun dia tiada pengalaman mahupun strategi yang ditimba dalam berdakwah mad’u tapi saya kagum dengannya yang punya kesedaran tinggi bahkan lebih baik dari saya. Prinsipnya , setiap muslim itu adalah daie. Saya pun turut mengiyakan kalau tak salah ada satu hadith yang menyebut ; sesiapa yang mengucapkan kalimah ‘La Ilaha Illaallah’ dialah daie.

Ujian datang pelbagai penjuru, termasuk rakan disekeliling yang secara tak sengaja melemahkannya dalam usaha berdakwah. Saya juga yang tersepit. Mahu menangkan siapa? Akhirnya saya ambil pendekatan jadi JP~jaksa pendamai. Susah juga, tapi kena cuba. Tak cukup kat klinik nih jadi orang tengah, sambung lagi after office hours (mcm oncall pulak). Moga2 Allah terima amalan kita semua.

Renovation clinic dah masuk fasa-fasa terakhir. Syukur, saya pun tak tahu bab2 cenggini. Asyik tengok orang buat keje, tegur dan tanya itu ini. Selalu je diorang tegur setiap kali masuk kerja dan nak balik. Saya pulak yang terlebih segan, yelah asyik duk panggil saya boss. Kecik rasa diri.

Alhamdulillah, duk kat Simunjan ni jangan risau bab makanan. Ada je patient yang datang bawa beras, keladi, buah-buahan. Tunggu saja bulan November kata staff, penuh rumah Dr dengan buah durian,rambutan, pisang etc. Sebab tulah, senang bergaul dengan orang-orang kampung. Siapa kata duk sorang-sorang jadi malas nak masak? Saya jadi terlebih rajin mengulai lah, goreng itu ini at last sorang2 makan (sedih weh, makan sorang2 mengadap muka sendiri..sob..sob. Mak ayah bila nak dtg ni?) Best time duk ramai2, saya masak semua makan~sigh, gembiranya tengok orang makan masakan kita. Dah rasa kenyang tengok.

Peti ais sudah sampai, tapi barang banyak terlupa nak dibeli. Hendak ke pasar di sini memang saya malas nak driving jauh merentasi jalan batu yang masih separuh berturap.Kalau nak ayam halal kena tempah by call dulu.Ikan? Lagi senang, ada orang datang jual. Tadi dapat beli ikan bulu dengan harga RM 4 setengah kilo walhal kalau sekilo dah RM 18-24. Alhamdulillah, rezeki. (Dalam hati, banyak betul beli ikan ayam yang tukang makannya sorang je padahal).
Rindu kat mak ayah…tak sabar nak balik bulan 11 ni insyaAllah. Harapnya, takde kerja menanti~ saya nk rehat+enjoy rasa aman tenteram kat rumah+jalan2.

“Anakku laksanakanlah hajat-hajat sekadar yang perlu dan elak daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu.Janganlah jadi seorang yang suka ketawa pada perkara-perkara yang tidak perlukan ketawa dan tidak suka berjalan tanpa keperluan. Jadilah seorang yang lembut, suka kepada kebaikan , suka berfikir , sedikit bercakap melainkan pada perkara yang hak, selalu menangis dan sedikit saja bergembira.Janganlah selalu bergurau senda, janganlah kelam kabut dan janganlah mengumpat. Apabila engkau senyap jadikanlah senyap itu berfikir. Apabila berkata , biarlah yang baik’

Anakku banyakkanlah diam kerana engkau akan dihormati dan engkau tidak akan sekali-kali akan kecewa kerana diam. Tetapi engkau mungkin akan kecewa kerana ketawa.”

0 Comments:

Post a Comment

<< Home