The Last Call…Mayday..mayday..I fall in love!
Saturday 4.47 AM
Saya tiba-tiba terjaga, screen hs terpampang ‘ Hosp Umum S’wak’. Ingatkan sudah Subuh, panggilan dari A&E lagi. Saya
‘ Eh, sorry. Today weekend. Wait ah,what time now?’ saya tercari-cari jam. Ya ALLAH baru pukul 4 lebih.
‘ Oklah, I’ll arrive after half an hour’ maksudnya selepas Subuh.
Setelah bagitau partner saya, boleh saya sambung tidur lagi…haha. Mengantuk lagi. Dalam pukul 5.45 baru saya bangun, mandi dan etc.
Tiba-tiba 6.15 am, sekali lagi MO A&E yang lain call pelik kenapa Dental Officer (DO) on call tak muncul lagi. Phew, cuak pulak kalau patient tiba-tiba unstable sebab DO sambung tidur. Hee.maklumlah .takde org nak kejutkan saya. Another reason the importance of being married.
6.30 AM
‘Morning, excuse me. Where is Dental pt?’
‘Wait a minute, Is it Joseph the one who call you?’
‘Yup’
Tiba-tiba, alamak…Joseph ada lagi! Ingatkan shift dia dah habis pagi ni. Dia dari jauh tersenyum dengan spectacles frame hitamnya yang obvious. Kawaii..kalaulah dia Muslim!
‘ Oh, I thought you not arrive? What happened? Follow me’
‘ Sorry, after your call I fall asleep…(purposely)’
‘Ok, this patient 20 y/o Malay male under influence (alcohol) with GCS 15/15, had deep laceration wound on both upper and lower lips even tongue L/W. You see the patient’
Maka bermulalah sesi menjahit yang tidak dirancang ini. Eventhough, memang tak sepatutnya pemuda ni memdapat rawatan yang terbaik kerana minum arak tapi saya mahukan yang terbaik untuk setiap pesakit saya. Ini amanah dan tanda kasih sayang saya sesama manusia. Usai rawatan, saya sempat berbual dengannya.
‘Saya harap ni pengajaran untuk awak jangan minum arak lagi selepas ni. Anggaplah ia ingatan dari Allah tanda DIA masih sayangkan awak. Family tahu ke accident ni?’
‘
‘Lain kali jangan minum ye. Cukuplah dapat parut kat muka dan lidah ni’
Within 2 hours selesai menjahit. Kelaparan mula terasa, saya hampir throw out gara-gara bau darah bercampur dengan arak. Since saya tak tahu macam mana baunya, Joseph yang bagitau tadi. Sedihnya melihat begini pemuda Islam.
9.45 AM
Review patient di Ortho wad. Ni lagi ramai HO kat kaunter. Segan saya, sebab semua lelaki Cina, tapi bantai aje. Nasib baik ada seorang yang memang yang very co-operative + hensem lagi (oh, hidup kt SGH ni memang menarik at one moment) bersungguh mahu menolong.
Tiba-tiba dapat pula patient tambahan. Gara-gara terannounce kuat sangat yang saya ni Dental Officer. Dari Ortho ke Paeds Ortho kemudian ke Eye Ward.
Letihnya. Macam marathon.
10.20 AM
Ready to go home. Singgah beli roti canai. Nak memasak, memang tak larat!
10.52 AM
Sambung tidur. Tiba-tiba ‘Hosp Umum S’wak’ lagi. Alamak, janganlah saya tak larat nk ke hospital lagi. Nasib baik just case neonatal teeth baby umur 2 hari. Macam ayam dan itik saya duk terangkan pada MO O&G. Dia pun dah ketawakan saya! Alamak, kecohnya saya. Nasib baik, dapat buat instruction by phone je. Alhamdulillah, sambung tidur.
1.01 PM
Bangun, makan and happy hour kat rumah lagi.
8.45 PM
Tunggu kat badminton court dengan harapan dapat main sekali lagi hs saya berbunyi. Alamak, oncall lagi. Bergegas saya drift ke SGH . Well being a good dentist must willing to serve nothing but the best. Dental Abscess peads patient lagi.
Kembali ke court. Tiba-tiba dapat lagi call, takkanlah nk kena pergi lagi. Lelahnya oncall. Sudahnya saya just bagi instruction thru phone. Dah tak larat nak main badminton
Ya Allah janganlah malam nanti ada kes lagi.
Sunday 10th May 2009
11.00 AM
Another case assaulted in front of the hotel and under influence. Maka bergegaslah saya ke red zone. Huwa, ramainya MO takut dibuatnya. Terasa kerdil pula.
‘Yup’ saya senyum saya. Tiba-tiba dia pun gelakkan saya.
‘Why?’ serba salah saya.
2.30 PM
On the way nak ke usrah dan dah sampai pun. Tiba-tiba MO ENT call kata ada patient Dental admit hari ni. Kenapalah saya tak tahu. Nampak sangat saya macam tak buat kerja bila tak diinform oleh DO lain. ENT akan call saya jugak at last .Oh, burn macam tu je usrah saya. Sudahlah masuk ni 3 kali saya terpaksa excuse semata-mata oncall. Rasa bersalah pun ada
p/s: nasib baik saya ditakdirkan Dental Officer…bkn medical. Now I know why! Alhamdulillah. Syukur padaMU.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home