Return of The Sheep
" Thousand miles journey start with a single step"
Alhamdulilllah pukul 11.43 pm (Jumaat) saya tiba di rumah. Sukar digambarkan perasaan ini. Mungkin cuti panjang yang saya ambil ini setelah burnt out dengan kerja menyebabkan saya reluctant nak kembali ke 'negara Sarawak'. Oh, memang malas nak bekerja jika cutinya berlebihan dari sepatutnya. Tak kisahlah, janji hati gembira.
Dan laptop saya kembali berfungsi setelah direpair jauh-jauh. Rindu pulak pada dia~yang setia dan komited dengan tugasnya. Sudah berusia lima tahun, saya akui dalam bab-bab menjaga harta benda peribadi ni saya akan lebih mewarisi ayah.Kalau boleh saya nak dia tahan selama-lamanya. Even kereta MPV ayah dah masuk tahun ke 5 tetap takde satu calar pun, dan saya boleh kira dengan jari berapa kali ayah pergi carwash untuk cuci kereta. Bagi kami,mencuci kereta satu terapi dan mendidik diri agar lebih berjimat cermat.
Banyak aktiviti sepanjang dua minggu ni, harapnya Dr Alex serta Ashton Gregory yang chubby dan comel itu tak rindu-rindu pada oghe Kelate dan Ganu kite. Tahu-tahu sajalah, kami suka berborak pasal tempat2 nak bercuti di negara Malaysia, makanan, even usik Ashton tuh. Kadang-kadang rasa macam lebih-lebih pulak bila berbual takde hujung ni. Huh, kena ubah attitude ni! Oh ya dengan duit yang ada sesekali saya nak pamper diri sendiri dengan beli barang-barang keperluan eg: jam tangan baru setelah 2 tahun lebih, kasut kerja baru setelah 6 bulan sekarang elok lagi tapi saje je tambah satu spare, glasses baru since dan 2 1/2 tahun yang lama dan perlu perubahan imej dan nak lain dari orang(haha..macam model je). Tunggu jelah, entah tercapai atau tak wallahu'alam dan yang paling penting saya nak ziarah sahabat, senior dan junior. Mentautkan kembali hati-hati di jalan Allah, menjernih seketul daging dalam badan, membasahkan lidah dengan zikrullah.
Rasa rindu ana pada antunna semua tak terucap. Asyik duk flashback segala suka duka dalam tarbiyah kita. Mungkin ini salah satu penyebab tahannya iman ana dari godaan dunia. Saat ana hampir-hampir nak buat sesuatu yang tak patut cepat-cepat hati ana teringatkan pesanan sahabat. Di mana saja kita berada tunjukkan jati diri seorang Muslim, insyaAllah biarpun ana selalu diperli jadi ustazah kat klinik tapi at least ana menyampaikan walau sepatah. Mana mungkin kita membiarkan orang lain hanyut sedangkan kita bersenang lenang. Pokoknya jangan putus asa!
Ada yang tegur suruh pakai tudung singkat sikit, ada yang tanya kenapa pakai baju besar-besar, ada yang suruh make up and touch up sedikit, ada yang ajak makan sedap tapi tempat tak halal. Semua ini godaan semata, kalau kita menang mengatasi alhamdulillah itu tanda iman kuat dan indirectly orang makin respect pada pegangan Islam yang kita hayati tapi kalau kalah...tepuk dada tanyalah iman. Sebab petanda bagi sebuah keberkatan ilmu yang kita pelajari adalah amalan dan penghayatan dalam kehidupan seharian.
I'm ain't saint in words and action, tapi sebolehnya saya mahu avoid dari melakukan kesalahan. Siapalah kita untuk sentiasa bertindak betul dan sempurna setiap masa. Setiap anak Adam itu berdosa, dan sebaik-baik orang berdosa ialah yang bertaubat. Saya jarang dan dapat menegur secara direct unless orang tu saya anggap dia macam sebahagian diri saya, selebihnya hanya melalui tulisan di blog ini(untuk para pembaca yang saya nak tegur tapi tak tahu bagaimana).
' Sebagai manusia, aku sayang padamu'....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home