Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, February 04, 2009

Keeper's Finder

A phrase will always be a phrase. Hee..tajuk di atas tiada kaitan dengan apa yang saya nak ceritakan. Sebenarnya saya pun tiada cerita yang khusus untuk diceritakan. Oklah, saya pick topik pasal mata..sungguhpun department di depan dental adalah ENT..saya tak berminat sangat ke arah itu. Saya cuma minat pada mata~sebabnya saya pernah bercita-cita mahu jadi oftalmologist. Kenapa saya suka mata? Banyak reason behind~foremost ia adalah antara ciptaan Allah yang terhebat. Cuba fikirkan kalau Allah cipta mata satu je, mata boleh lihat hitam putih saja? Rasa ketempangan yang amat sangat. Dan orang yang tengok pun mesti rasa janggal

'Beauty is in the eyes of beholder'. Lain orang lain persepsinya. Ada yang suka yang cantik, hitam manis, ada lesung pipit etc~semuanya bergantung pada sepasang mata. Mungkin saya akan kata orang tu handsome ,tapi tak semestinya kawan saya akan cakap orang tu handsome(wah, ghaddul bashar~sekali pandang shj,itu dikira rezeki tapi kali kedua berdosa). Bagi saya bukan paras rupa yang penting tapi isi hati di dalam yang perlu cantik. Siapa yang baik hatinya itulah orang yang paling cantik. Saya?? Entahlah.

Hari ni, saya dan partner saya terpaksa bergilir-gilir jadi assistant.Maklumlah dapat DSA paling rajin atas muka bumi ni. Apalah nasib kami ni. Tapi alhamdulillah attachment saya di Klinik Pakar akan berakhir tak lama lagi. Syukurnya. Merana sungguh dah la jadi officer kena pulak sedia barang2 sendiri~apa diorang ingat saya student lagi ke?(haha..marah betul saya). Saya ni bukan yang boleh dibuli-buli. Sebelum ni pun diorang dah makan paku buah keras~senyap sekejap tapi berani pulak nak pujuk2, siaplah diorang esok. Saya siang-siang habisan. Kerja malas, tapi cakap besar dan banyak. Inilah realiti bekerja...kalau baik sangat nanti kena pijak,kalau tak baik nanti kena kutuk. Conclusion~pandai2lah nak survive. Apapun ingatlah akhirat yang abadi. Nak makan gaji buta boleh, tapi tak berkat sepanjang hidup.

ok..ciao

2 Comments:

  • At Thursday, 05 February, 2009, Anonymous Anonymous said…

    Salam.

    Mencabar sungguh alam pekerjaan ni yer. Selepas kerja di klinik pakar, kerja di mana pula?

     
  • At Monday, 09 February, 2009, Anonymous Anonymous said…

    Siapa sangka..mmg ini dugaanNYA.lepas ni attach dgn ortho kt Tanah Puteh, kan best kalau Pasir Puteh..ngeh3

     

Post a Comment

<< Home