Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, December 11, 2008

This Is My Story


Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah ibadah qurban tahun ini berjaya jua saya laksanakan setelah bekerja. Dan saya gembira akhirnya dapat melepaskan kerinduan pada negeri Kelantan. Banyak rancangan tetapi terpaksa ditunda sementelahan kami balik ke Perak untuk berhari raya di sana bersama Aqil cinonet.
Segala puja puji hanyasanya Dia yang layak menerima. Wahai Tuhan Pencipta Manusia, berilah peunjuk yang benar kepada diri ini~saya bingung kebelakangan ini kerana seperti masih ada sesuatu yang belum selesai tapi saya tahu apakah dia? Oh, macam Sodoku pulak berpuzzle-puzzle sedemikian. Rasanya mahu saja saya terperap di rumah sepanjang cuti tapi itu satu pembaziran. Lagipun saya amat rindu pada teman-teman seperjuangan. Bila lagi ada kesempatan bertemu? Kalaulah semua tahu....
Saat di alam pekerjaan, masa saya sudah penuh terisi. Tak sempat mahu memikirkan perkara di luar itu, jika ada itupun sipi-sipi aja masuk ke dalam otak.Saya mahu merancang perjalanan hidup dan dakwah saya biar seiring sejalan seia sekata. Hakikatnya tak semudah yang saya fikirkan. Saya hidup untuk mati dan untuk mati dalam keadaan yang terbaik saya mesti berjihad ke arah itu.
Bila ada kelapangan atau tiada patient appointment suka saya menghabiskan masa di fave. hotspot saya melihat manusia sambil merenung masa depan yang berbalam-balam. Saya tak kisah jika berjam-jam duduk statik di situ tapi apa kata orang lain~ish Dr ni makan gaji buta agaknya. Lagipun, saya amat mementingkan kehalalan sumber rezeki saya yang bakal jadi darah daging nanti.
Ada DSA (dental surgeon assistant) sudah bising-bising sebab saya agak 'degil' untuk tidak mahu bertutur dalam bahasa Sarawak dan sebaliknya asyik mengajar DSA yang berkecek kelate. Huu...kesian diorang, lain yang diharap lain yang menjadi. Lidah saya ni sudah keras dengan nasi kerabu, serunding dan budu serta ulam-ulaman. So lupakan niat kalian untuk mengajar kerana saya ni sudah resistant.
Sekarang saya sudah aktiviti baru, jalan-jalan ke wad. Entah kenapa saya suka ke sana, maybe boleh ambik angin dan tukar pemandangan seketika dari dental clinic. Tak pun masuk OT sambil berkenalan dengan HO ortho/surgery dan MO anesth yang baik hati lagi encem but unfortunately semuanya Chinese just few of them Malays itupun ramai yang dari semenanjung dan tercampak ke sini. Kata saya; kita ini senasib ye...isk..isk. Kalau geng kami masuk OT, memang bergegar lah satu OT esp kalau dapat specialist yang satu kepala.
Cuma satu part yang paling tak best kalau ada phone call yang nak mintak any DO utk bg consultation, terima referred case so on so forth. Itu memang membuatkan kami berdebar-debar esp kalau lepas office hour. Tambahan pulak, telefonnya agak kurang jelas~maka asyik ..'sorry,pardon me, apa dia?tak dengarlah'..itu ayat-ayat cinta..ops ayat-ayat biasa lah dari saya. Kadang kala, buat-buat dengar je pastu bila orang tanya; saya pun tak tahu apa dia cakap. Bantai ajelah. Tapi ada baik juga bila satu hari tuh saya angkat telefon...ceritanya bermula..jeng..jeng. Rahsiakan dulu aja, kalau saya rasa nak cerita saya akan cerita. Buat masa ini biarlah rahsia antara saya dan....(haha, ayat perasan ni). Alhamdulillah...ada hikmah juga dicampak ke Sarawak.
Kereta saya dah berusia sebulan lebih tapi sampai sekarang tak memenuhi kuota untuk diservis. Maklumlah bawa untuk pergi kerja semata-mata. Sarawak tak banyak tempat untuk diexplore lgpn~haha marah orang Sarawak nanti kat saya. Apapun orang kat sini semuanya baik-baik aje.Maka taklah terasa sangat duk di negeri orang.Baru je bercita-cita tak nak bagi scratch apa-apa kat body macam ayah jaga kereta tapi saya failed. Sebabnya kesilapan sendiri, agak lalai masa masuk parking, kereta saya menerima 'hadiah' di side mirror sebelah kanan tapi agak bernasib baik sebab just cat je yang hilang. Maafkan ku wahai Getz, tuan mu ini kadang-kadang banyak khayalnya. Moga-moga lain kali lebih berhati-hati~ saya mahu jadi orang yang cermat .InsyaAllah.
Oklah undur diri dulu. Selamat beramal sementara punya kesempatan sekalipun dalam kesempitan. Yang berlalu akan luput maka fokuslah pada yang akan datang. Yang kena campak kerja jauh-jauh, jangan bersedih hati mana tahu ada hikmah yang lagi besar macam ruang dakwah lagi besar, kocek berisi duit lagi berat, dapat jumpa jodoh kat sini dan orang semenanjung..wink3..phew..oklh,slmt bfikir yang baik-baik tapi bukan yang bukan-bukan.Wallahu'alam

3 Comments:

  • At Thursday, 11 December, 2008, Anonymous Anonymous said…

    jgn lupa pilihan awk org kelantan cik siti..haha ;)

     
  • At Friday, 12 December, 2008, Anonymous Anonymous said…

    oh lupa nk bgtau cik nurul..sekarang wilayah saya diperluaskan termasuklah KL..hoho.klu sudah jodoh, terima ajelah~bak kata Willian Yen..haha promote nama dia pulak.

     
  • At Sunday, 14 December, 2008, Anonymous Anonymous said…

    itulah dulu syarat ketat sgt.."sy nk cari org kelantan jer" :p
    hahaha

     

Post a Comment

<< Home