Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, October 04, 2008

Gitu-Gitu Raya


Kebelakangan ini, bumi kenyalang selalu basah disirami hujan. Hujan rahmat barangkali. Cuma saya yang asyik demam setiap kali titisan itu menghinggapi tubuh yang sememangnya dilahirkan kurang immunity~ kebanyakan twin begitu. Oh, saya memang tidak tahan jika hujan, angin ribut dan panas terik. Berturut-turut hari raya saya ditakdirkan tidak akan sihat, kalau tak demam mesti sakit perut. Disebabkan itu, saya agak fussy dalam bab makanan.
Di waktu hari raya ketiga orang lain masih sibuk berhari raya, saya dan kawan-kawan kena bekerja. Suasana sepi menyelubungi Sarawak General Hospital. Ingatkan boleh goyang-goyang kaki dalam klinik, sekali dua tiga pesakit datang nak cabut gigi. Kalau yang dah mobile tak pelah jugak, ini yang sound, empat akar ditambah pula dengan curve root. DSA gelakkan saya~saya memang wanita yang 'lemah' disebabkan demam pun tak hilang sepenuhnya. Conclusionnya, jangan putus asa, selagi boleh goyangkan gigi tu bersungguh-sungguhlah mencabut. Oh, lain benar dengan waktu bergelar student.
Tak sabar mahu pulang ke rumah penghujung tahun ini, moga dipermudahkan biarpun harga tiket flight mencecah seribu. Hari ni, berziarah lagi ke rumah orang. Tapi agak 'sakit' untuk gigi saya untuk menelan carbonated drink dan asam lagi~adat resam orang di sini instead of cordial drink. Tak lupa juga makanan yang manis-manis. Meng'aggravate' lagi sakit deman selsema saya. Kesian saya.
Kepada siapa-siapa yang mahu menempuhi cabaran hidup~pergilah merantau, kenali budaya dan agama orang-orang bumiputra di Sarawak, Sabah. Tak rugi, makin banyak kita tahu~semakin banyak kita tak tahu,bukan? Heee...
postscriptum: if i'm dreaming, please wake me up

0 Comments:

Post a Comment

<< Home