Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, September 09, 2008

Titipan Dari Saya

Saya takkan melakukan countdown..biarlah hari berlalu seadanya. Cuma suka-suka menulis entri yang banyak dalam satu masa kerana tiada jaminan blog ini akan 'hidup' selepas ini. Maka wajarlah saya menulis supaya kalian takkan rasa bosan( pfuh..berangan lagi). Ambilah sedikit yang bermanfaat jika yang selebihnya adalah 'junk' ataupun 'trash'. Tapi inilah kehidupan, bukan setiap masa kita fokus kerana adakalanya kita terleka, terlalai.

Banyak perkara yang mahu diselesaikan tapi setakat ini saja kemampuan saya. Keterbatasan seorang manusia. Bukan semua dapat saya jaga, dan bukan sedikit saya telah cuai. Moga ada peluang untuk memperbaiki semula.

Mungkin sekarang saya sudah merindui zaman bergelar seorang pelajar, seorang kanak-kanak yang nakal (gara-gara perlakuan sebegitu, seorang senior sekolah saya menegur),zaman tanpa perlu memikirkan apa-apa...Hmm, tapi takkan kesampaianlah cita-cita saya. Maka, jangan selalu berharap di takuk lama. Jadilah air yang mengalir bukan yang bertakung.

Kalau ada yang terkena gurauan, usikan dan perkara yang nakal dari saya~pohon diampunkan. Inilah saya, dan sukar untuk berubah. Kalau tak puas hati dengan sikap keras hati saya ini, pohon didoakan agar ia kembali lembut tapi masih teguh dengan prinsip yang dipegang. Kalau sukar memahami isi hati saya, pohon diberi ruang bertaqarub denganNYA agar isi hati ini dapat dirungkai kekalutannya. Itu saja pinta saya...moga Allah perpanjangkan umur kita semua untuk terus beribadat. Ameen


Yang dhoif lagi menumpang di bumiNYA

0 Comments:

Post a Comment

<< Home