Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, September 03, 2008

Biri-biri Saya

Sempena Ramadhan ini, saya tiada cerita kerana tiada kerja yang banyak perlu dilakukan. Alangkah bagusnya jika saya diberi peluang membela biri-biri untuk menghabiskan masa lapang, tapi ke padang ragut mana harus saya bawa? Di sini bukannya seperti Switzerland mahupun NZ. Nanti kurus kering biri-biri itu nanti. Biri-biri kan cantik kalau gemuk-gemuk dan montel.

Sebagaimana Rasulullah s.a.w dilatih dan bekerja mengembala kambing, saya pun ingin mengambil contoh sedemikian. Ada hikmah dan petunjuk di sebaliknya. Dari sifat kasih sayang sesama makhluk hinggalah menyemai sikap amanah bertanggung jawab dan kepimpinan. Dulu pun, kami aktif membela kucing hingga ke beberapa generasi kemudian hilang begitu saja. Seekor ibu kucing pun pernah delivered atas saya semasa tidur..mestilah saya kan tuannya.

Selepas beberapa episod kucing hilang, minat pun entah ke mana. Lagipun saya takut terkena penyakit. Oh, so biri-biri you are the chosen one.

p/s: mungkin saya sudah terlambat nak mengembala biri-biri ini, maka serahkan kpd anak-anak saya nanti. Phew..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home