Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, October 02, 2008

Salam E'idulfitri

Assalamualaikum,alhamdulilllah. Maha suci Allah dan Maha Besar Allah yang telah mengurniakan kita semua nikmat-nikmatNYA. Too much to say, but where should I start eh?
First and foremost~Selamat Hari Raya Maaf zahir batin. Moga dosa-dosa kita semua diampunkan setiap masa.

Cerita kerja,amatlah banyak nak diceriterakan. Tapi bukan kali ini. Teorinya tak sama dengan praktikal. Jika dulu, doktor pakar akan membantu tapi sekarang keputusannya di tangan kita sendiri. Tak mudah untuk bekerja dengan orang ramai dengan ragam masing-masing. Sakit kepala, pening otak dan kecil hati itu perkara biasa. Tapi, ingatlah Tuhan banyak-banyak. InsyaALLAH di situ ada kemudahannya.

Untuk bulan-bulan akan datang, saya pun kurang pasti jika saya sudah fasih atau memahami bahasa sarawak dan iban. Saya hentam sajalah. Entah kenapa, hati saya kurang terbuka untuk belajar,asyik mengharapkan assistant untuk translation. Apapun, saya bersyukur andai ini pintu-pintu yang perlu saya tempuhi untuk belajar sesuatu yang baru.

Sekalipun beraya diperantauan, rasanya tiada beza. Kecuali kali ini, tiada tangan mak ayah untuk dikucup memohon kemaafan. Mujurlah mak dan ayah begitu supportive dan tak memanjakan anak-anaknya. Kalau tidak, mahu saja berjuraian air mata ini. Ya, anak ini sudah dewasa mak. Bukan lagi anak-anak kecil yang mahu didodoi.

Perjalanan ini adalah sebahagian dari tingkat-tingkat kehidupan. Makin tinggi kita daki, makin sesak dada dan pendek nafas. Hanya Dia Yang Satu tempat kita bermohon dan berharap..insyaAllah.

Ilalliqa'.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home