Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, November 26, 2008

Bintang Hatiku

Bintang
Malam ini sayup kejauhan
Getaran cahayamu biarpun sekadar kelipan
Itulah pedoman buat sang nakhoda
tekun berlayar

Bintang
Andai malam ini
kita mampu berbicara
Apa bisa kau dengari
keluhan berat seorang insan yang kedhaifan ini
Penuh noda palitan dosa-dosa

Bintang
Jika semalam insan ini
merindu pada kehadiran mu
Cukuplah sebagai ingatan pada sebuah perjalanan yang jauh
yang penamatnya akan tiba
bila-bila masa.

Jika bukan saat ini
Pasti akan datang.

Buat bintang
Terima kasih kerana masih sudi
melemparkan kerlipan sayup kejauhan untuk ku...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home