Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, October 25, 2008

Tatkala Hati Ini Makin Lagha..Tuhan Ingatkan ku..

Assalamualaikum semua,
Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan seterusnya.
Sebulan sudah berlalu dan hari-hari makin cepat berputar. Hinggakan terasa masa terbuang begitu sahaja tanpa sepenuhnya mengingati Allah dan muhasabah diri. Moga perasaan kejauhan dariNYA tak menghinggap lama cukuplah datang sebagai tazkirah buat hamba ini.

Sukar jua menghubung kaitkan kerja dengan qasad dan matlamat sebuah kehidupan. Kadang-kala rasa mahu sahaja mengalirkan air mata bilamana kerja yang kita lakukan tiada makna dan pergantungan pada Allah. Jika gigi patah, tak segera meminta pertolongan dan tawakal padaNYA tetapi cepat-cepat mencari manusia dahulu. Muhasabah buat diri ini. Walhal ia seringkali terjadi jika diri tiada kesabaran dan mengingat Allah. Astaghfirullahal adzim. Maafkan ku wahai Tuhan.

Baru saya mengerti kenapa senior mengingatkan saya dan sahabat yang lain tentang jati diri seorang muslim walau di mana jua berada. Kita perlu tegas dan jangan memandang remeh syariat Allah. Sekali kita langgar, kemudiannya amat mudah dan lebih banyak kita langgar syariat yang lain. Hati mesti bersih dan tulus, barulah kita akan berani. Jika sudah ada titik hitam akibat maksiat kecil yang berterusan, cepat-cepatlah sucikan ia.

Oh Tuhan
Saat peminjam hati ini
kejauhan
sudilah kiranya Engkau
dekatkan kembali padaMU

Aku tak betah
Tak keruan
dan kesedihan
Andai diriMU berpaling dariku..

Jika hamba
ini berdosa
Kau ampunkanlah
Andai hamba
ini alpa
segeralah Kau ingatkan
dia kembali...

~aku tanpa cintaMU~

0 Comments:

Post a Comment

<< Home