Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, November 08, 2008

Inni Raaitu...

Alhamdulillah, segala puja puji hanya layak untukNYA.
Terima kasih Allah kerana masih memberikan sebuah kehidupan pada hari ini kepada saya. Meskipun hanya beberapa jam sahaja, itupun saya sudah merasakan lebih dari cukup. Syukur jua, semalam sudah genap 24 tahun saya di dunia fana ini Biar jauh dari keluarga, rasanya masih sama. Ada sahabat susah senang, ada staf-staf yang ceria-ceria berkongsi cerita. Agak berjaya jugaklah budak kelantan menyebarkan bahasa kelantan ini di samping bercerita tentang tok guru. Saya kagum, betapa mereka amat respect dengan keperibadian tok guru Nik Aziz. Alhamdulillah, dakwah bil hal itu impaknya besar. Bila pula giliran saya ?

Oh ya, lupa bercerita tentang kereta baru yang saya drive buat kali pertama ke tempat kerja dengan no plat ada no 24. Agak 'sui-sui'(sila baca dlm bhsa Cina~sy belajar2 dgn Chinese colllegue di sini). Eventhough, saya agak malas untuk drive, kenalah rajin-rajinkan diri kan. Banyak lagi tak di explore. Melihat ciptaan Allah, bertafakur dan muhasabah diri. Moga-moga hati yang keras kembali menjadi lembut.

Hidup jauh di negeri orang, banyak benda kita belajar. Tiada mak ayah, saudara mara nak meminta tolong, semuanya sendirian berhad. Nak beli kereta, buat loan, pergi bank selesaikan urusan dari A sampai Z bergantung pada kita. Bijak mengurus, untunglah kita. Maka sentiadalah berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan dan diberikan kesabaran. Sebab, saya sendiri pun banyak ketempangan, kalau hendak membuat keputusan saya lebih suka diamkan dulu fikir masak-masak sebelum memberi jawapan. Sikap terburu-buru ini bukan saja makan diri sendiri tapi orang lain pun boleh terkesan. Eh, lari topik sudah.

Minggu ini, jari manis dan telunjuk saya jadi mangsa patients. Seorang budak Down's synd gigit masa tengah check up dan seorang pakcik tua tu saya suruh gigit kapas, dia gigit jari saya. Alahai,kena sipi-sipi penumbuk budak hyperactive pun adalah sebabnya saya tak baca habis history dia. Memang nasib saya agak baik untuk melalui pengalaman sebegini. Yup, be ready ; ever ready.Hehe, tak masuk lagi kes patient yang mengharukan saya~siap salam2 cium tangan, bercerita etc, kes patient yang banyak songeh buat pening kepala pun ada. Tapi cakaplah secara berhikmah lemah lembut, berdiplomasi dan terangkan secara jelas insyaAllah diorang faham. Hati-hati manusia Allah yang pegang, maka mintaklah Allah lembutkan hati-hati ini. Betul kan?

Ini juga sebahagian dakwah bil hal saya yang termampu. Selebihnya, maniskan senyum bertegur sapa.

postscriptum : 'Jalan dakwah itu luas, sekalipun hanya memberi senyuman~siapa tahu ada hati yang tertarik mendekati kita kerana indahnya pekerti seorang muslim yang mukmin' ~ada mata yang melihat setiap gerak geri kita.

2 Comments:

  • At Saturday, 08 November, 2008, Blogger nik_khoir said…

    Alhamdulillah..
    Seronok baca pengalaman shbt2.. kata org bekerja tak sama dengan belajar kan? Apapun, moga Allah permudahkan setiap urusan shbt2 semua..InsyaAllah.
    Juga selamat Hari lahir buat fizah&sis.. emm, dh "tua" la dia ye.. huhu, oni gak "muda" lagi..=)

     
  • At Thursday, 11 December, 2008, Anonymous Anonymous said…

    InsyaAllah mg iman kita semua Allah pelihara, tp yg plg penting niat dan kesungguhan kita utk mjaga~ Allah nilai semua itu. Oni mmg muda sokmo..heee

     

Post a Comment

<< Home