Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, January 07, 2009

Refleksi

Alhamdulillah, akhirnya ada jua kesempatan menulis barang seketika. Akhir tahun dan awal tahun kemungkinan kesinambungan yang mantap untuk para pegawai pergigian mengasah bakat dan menguji minda tatkala kes-kes trauma datang silih berganti. Pelik jua, jika di Palestin bolehlah dikira mati syahid tapi di sini mati katak saje. Itupun gara-gara kesilapan dan kecuaian sendiri~ suka pandu kereta.motor laju2. Kalau hari ni tak langgar orang, esok lusa dilanggar. Begitu kot kitaran hidup manusia zaman sekarang. Hari-hari saya mengadap patient trauma/RTA/MVA, dah pening kepala tengok luka dalam sana sini, darah mengalir laju, gigi tercabut, patah...apakan daya ini responsibility saya(haha..mcm tak ikhlas je buat keje..yeke?)

Oh, esok masuk OT lagi. Saya malas tapi lagi malas kalau duk menunggu di klinik. For some good reasons, boleh belajar lagi. Itulah seorang practioner, makin tahu makin banyak lagi tak tahu. Tak faham??Fikirlah sendiri.

Tak sampai setahun, rasanya dah habis tempat meronda. Sehinggakan tak tahu macam mana nak habiskan weekend di Kuching ni. Alih-alih pegi aje ke toko buku, jalan-jalan window shopping. Saya sedang mencari aktiviti tetap yang boleh saya lakukan eg: mengajar tuisyen FOC
..tak kisahlah yang penting saya nak menyumbang dan beramal.

Financial matters saya sudah stabil..agak2nye lah. Saya menyimpan lebih banyak dari berbelanja~ patutlah makin tinggal tulang saya ni. Dapat bagi duit pada mak ayah, opah,tokki, adik beradik,saudara dah menambah kelegaan pada saya. Ini pun sebahagian tanggung jawab saya di masa susah mahupun senang...

Palestin Oh Palestin....Dunia Islam sekadar membisu, melihat saudaranya diratah hidup-hidup oleh Zionist. Salah siapa sebenarnya? Kita? Wallahu'alam, jangan sampai kita digelar pengecut. FREE PALESTINE!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home