Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Friday, December 12, 2008

Eu Finalmente

Alhamdulillah, finally mission accomplished for this moment.
Bertemu, bertentang mata dan berkongsi cerita suka duka kehidupan. Semuanya masih belum cukup. Kalau ada chapters, rasanya ini baru first chapter begitulah harapan di hati. Rasanya masih belum mahu melepaskan pelukan erat sahabat semua, sedih mahu meninggalkan saat lalu penuh berharga biarpun duka yang banyak singgah. Tapi kadang kala duka lara itulah ubat buat diri kita.

Singgah sebentar di klinik gigi HUSM, banyak cerita yang sampai ke corong telinga ini. Ada yang enak dan ada yang sebaliknya. Namun, saya tak nak bercerita panjang bukan diri saya kalau mahu bergosip-gosip dan buat kedai kopi. Ambil yang baik, yang buruk tu simpan aje di lubuk hati. Yang paling tak tahannya, ada saja staff dan doktor mengusik bertanya tentang 'kad wangi' macam-macam jualah soalan yang buat saya tak senang duduk. Siap matron bagi nasihat itu ini. Saya ketawa ajelah mendengar. 'Siapalah tak mahu kawin?Semua mahu cuma belum masanya.Saya yakin dengan ketentuan Allah.Alahai..Apapun kata saya,best duduk di Sarawak.

Semua benda yang takde kat semenanjung ada di sini. Masa awal-awal ni kutiplah pengalaman baru rasa confident nak treat patient. Specialist kat sini lepas kat kita je buat macam-macam procedures, rupanya yang kita belajar hanya 2% je, bila bekerja barulah selebihnya kita gain. Barulah saya mengerti apa yang doktor canang-canangkan sebelum ini.

Kuliah Tok Guru tiada pagi tadi. Agak sedih juga bila benda yang diharapkan tidak menjadi. Sudahnya saya merayau-rayau sambil membeli barang sebelum kembali pulang Ahad ini. Entah bagaimana saya gambarkan perasaan ini. Sebahagiannya mahu cepat-cepat pulang bekerja sebahagiannya meronta mahu tinggal saja di rumah. Pelik bukan? Apa-apa ajelah Fizah ni. Dr ada suruh sambung belajar selepas 3 tahun, insyaAllah saya akan pertimbangkan. Sampai masanya..

Mungkin selepas ini, saya akan mengambil masa yang lama untuk kembali menulis kerana komitmen semakin besar.Futur? Oh perkataan itu paling takut untuk saya dengar. Nau'zubillahi min dzalik.

Untuk yang bakal melangsungkan pernikahan harapan saya moga mahligai yang dibina sentiasa dalam kebaikan berpanjangan. Ijab qabul yang dilafazkan bukan sekadar akad tapi perjanjian di langit. Andai ada rasa amanah, jangan disia-siakan amanah itu.

Teringat pula bila ada doktor Chinese bertanya : 'Kalau suami you nak kahwin satu lagi, you bagi tak?'. Aduh berat sungguh soalan itu, perempuan manalah yang suka untuk berkongsi benda yang dia sayang? Cuma saya yakin ada sabab musababnya syariat Islam membenarkannya. Saya harap...suami(baca:bakal suami) saya takkan sesekali tanya soalan sebegitu. Lepas tu saya tanya doktor tu:' kalau you nak ke kawin satu lagi? ~(mistress?). Cepat-cepat dia geleng kepala. 'Satu pun dah cukup, pening kepala I'. 'Tahu takpe'. 'Seorang perempuan boleh buat hidup you happy and misery at the same time'. Dia angguk kepala tanda setuju. Moral of the story ; kalau rasa tak mampu jangan pandai2 nk buat..hee.

Ok,sekian dahulu dari empunya blog ni. Makin panjang tulisan, makin kalut hati ini. Doakan saya baik-baik sahaja di mana-mana pelusuk dunia milik Allah,ditetapkan iman,dipertingkatkan amal ibadah, dipermudahkan urusan ukhrawi dan duniawi, disenangi malaikat dan makhluk seluruh alam, ditemukan/dipercepatkan jodoh yang terbaik pada masa dan tempat yang sesuai (amen ya rabbal alamin).Kalau ada yang fikir entah apalah dalam fikiran saya, sebenarnya I can't figure it out too. Is it too soon? just wait and see je. Ghezz..

Dari hati yang sekejap excited kemudian menangis lagi,

DR SITI (HUS 2008)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home