Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, March 01, 2009

Sepi..

Hari ni saya rehat saja di rumah,kebetulan semalam sudah seharian di service centre tukar lampu brek yang rosak. Duduk sendirian memang kena pandai-pandailah survive daripada tak tahu jadi tahu. Even sampai sekarang saya memang tak pernah terfikir nak kenal part-part dalam enjin kereta, tapi sekarang kenalah..surivivor+independent. Mujurlah saya ada advisor biarpun jauh sayup tapi terasa dekat di hati ..ceewah.

Esok, saya sendirian lagi di Dental Unit. William sudah resign, maka tinggallah saya sendirian menggunakan chair sebaik-baiknya.Jika sebelum ni tengok patient alternate dengan dia tapi sekarang workload saya bertambah dari orang lain. Pulak tu, asyik saya yang kena habiskan OPD patient akhirnya. Tapi tak kisah sekurang-kurang return kerja saya lebih berbanding orang lain dan itu membuktikan saya memang nak makan gaji halalan thoyyiba. Sungguhpun kadang-kadang saya skip tengok patient semata-mata nak bagi officer lain buat kerja. Saya kan lebih senior attached di klinik...ngeh2. Takkan lah nak goyang kaki, penduduk kat Sarawak ni kan ramai maka sepatutlah diaorang sebagai anak watan lebih bersungguh-sungguh bantu orang sendiri. (ayat mcm kena paksa keje kat sarawak je bunyinya).

Apapun, saya bukan yang perfect~ada masa saya ikhlas ada masa rasa terpaksa. Hati manusia susah nak dibentuk. Kejap putih kemudian hitam. Ada masa saya boleh maafkan, lain masa sukar saya nak lupakan. I'm ain't saint.

Pagi ni semua housemate saya keluar, terkebil-kebil saya sendirian. Sudah biasa. Lagipun sepi kan indah, tapi not applicable untuk semua tempat dan waktu. Saya nak keluar pun, tiada tempat mahu dituju melainkan tempat yang penuh sesak dengan manusia. Maka lebih baik saya duduk diam-diam dalam rumah.

Tak sabar rasanya menunggu cuti bulan 3 ini. Yuhhuu..InsyaAllah dipanjangkan umur murah rezeki dapatlah balik merehatkan minda dan fizikal.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home