Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, March 15, 2009

Terima Kasih Tuhan...

Entah bagaimana saya mahu gambarkan perasaan di hari-hari terakhir di Klinik Pakar. Banyak betul dugaan di situ, terutama pada minggu ini.Sudahlah hanya saya dan seorang kawan yang 'run' klinik. Patient datang menderu-deru. MOS(minor oral surgery) removal of impacted 8 mencecah 4, belum termasuk Ranula-yang perlu saya buat deroofing. Mahu saja saya collapse di dental unit. Mujurlah Allah masih bagi kekuatan. Sebelum tu, saya sudah admit seorang patient yang presented dengan Cellulitis with k/c of HPT(hypertension) and uncontrolled DM(diabetes mellitus) dan seorang remaja umur 15. MO di A&E siap sound lagi..'You very hot tonight'. 'Yalah, hot with cellulitis..'.Maklumlah this week i announce that 'Abscess Week'. Ketawa sajalah dalam hati. Hampeh betul,si specky joseph tuh..

Bukan berhenti di situ saja, saya hampir2 'bergaduh' dengan Physician-on call(specialist) sbbnya misunderstanding masa nak refer patient. Apa boleh buat, saya hanya orang kecil. Cerita pun spread sampai pd specialist saya. Semalaman saya tak dapat tidur, mujurlah boss saya amat baik hati dan motherly. If not because of the patient's sake, mmg saya pun tak nak call dan refer case tapi bimbang patient collapse sbb DKA(diabetic ketoacidosis) sbb HPC dah tinggi sangat.

Akhirnya, satu petang semua benda settle down. Syukur dan terharu rasanya. Masing-masing admit mistake. Yang paling best bila dia kata~teruskan atitude caring for the patient. That's the good dentist's attitude. Saya sengih saja, sambil mata dah berkaca-kaca tunggu air mata jatuh.Mahu saja saya sujud syukur di situ juga. Terima kasih Allah. Rupanya inilah matahari saya setelah hujan ribut melanda.

Bila direnungkan kembali, pergantungan saya pada Allah hanya sedikit selebihnya mengharapkan pada manusia. Memang sesuailah ujian ni Allah bagi kat saya. Sebagai ingatan dan ujian buat diri yang makin lupa bahawa ada kuasa yang lagi hebat nun di atas..yakni Allah S.W.T...

Oh, pulang marilah pulang
marilah pulang bersama-sama..
pulang ke jalanNYA...

p/s: yuhuu..lps ni goyang kaki dgn Dr Alex..ngeh2. slmt tinggal Dr Tay, we'll be missing u..duh!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home