Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, February 02, 2010

Saya Teman Awak

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri hati kepada mereka. Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung kerana Allah."
'Bersyukurnya pada Ilahi
Dikurniakan teman sejati..'
Masa belajar lain, masa bekerja lain. Itu hakikatnya. Sungguhpun baru masuk setahun lebih meninggalkan title seorang student, terasa amat jauh masa meninggalkan. Apatah lagi mereka yang bertahun-tahun sudah. Jauh dari lubuk hati, saya mengakui teramat rindu pada halaqah bersama sahabat seperjuangan. Bertemu mata, duduk berlaga lutut, salam peluk erat dan makan setalam, minum berkongsi cangkir.
Keseorangan faktor terbesar menyebabkan futur. Ketiadaan teman di sisi untuk mengingatkan ada tugas lain yang terbesar bahkan matlamat utama seorang muslim sering kali mengetuk rasa hati saya. Tapi perlu diakui ia bukan faktor utama ke arah itu. Iman dan amal yang diterjemah melalui isi pentarbiyahan semasa belajar itulah cerminan utama sama ada kita mahu terus kekal di jalan dakwah ataupun tidak. Lantaran itu, sering kita disantapi ungkapan ' Tepuk dada, tanyalah iman'. What goes around, come around.
Mahu atau tidak, semuanya terpulang. Mahu turun berprogram atau usrah, malas nak menyusahkan diri bangun awal pagi, mengorbankan waktu yang cukup-cukup untuk rehat? Menahan lelah mata memandu.Bukan sekali dua, saya 'dihasut' rasa malas tapi kalau diikutkan hati memang sudah lama saya jadi golongan yang tercicir. Namun masa, tenaga dan harta perlu dikorbankan sementara ada peluang~ ini prinsip saya untuk selamanya.
Sebagaimana saya mengharapkan ada sahabat mengingatkan serta menegur sebegitu jugalah saya mahu mengingatkan sahabat-sahabat saya yang dikasihi. Moga ada waktu, Allah izinkan pertemuan kita semua sungguhpun jauh di mata. Namun jika tiada lagi pertemuan di dunia, mudah-mudahan Allah masih jadikan kita sebagai sahabat dan jiran tetangga di syurgaNYA kelak.InsyaAllah. Amen.
p/s: saya rindukan kalian semua.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home