Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, January 24, 2010

Part and Parcel Of Life


Alhamdulillah, segala puji hanya DIA yang layak menerimanya.
Awal pagi dah menulis? Budgetlah Sarawak kan waktu cerahnya lebih awal.Sementelahan hari Ahad adalah hari berlibur,makan, tidur, jemur kain,blogging dan tengok tv.What a wonderful day. Cuma tak berapa best sebab esok kena kerja. Hee..

Semalam 'bergaduh' dengan pakcik jual ikan. Best man win! Tapi bukan dialah, saya yang menang sebab berkeras nak diskaun. Haha..beli ikan pun nak diskaun jugak ke? Every cents it count. Alah pakcik, 40 sen pun nak berkira. Pulak tuh ada ke pulak paksa saya tambah seekor ikan kembung untuk genapkan jadi 5 ringgit. Tak kuasa saya beli ikan banyak-banyak sedangkan nak makannya seorang saja. Lagipun saya kan customer, customer always right! Macam doktor-patient lah. Patient is always right. Haha, bab tawar menawar~ ada orang cakap saya teramatlah 'kejam'. Sebabnya? Habis-habisan saya akan cuba nak dapatkan diskaun. Betul ke? Lebih kuranglah.

Itu tak termasuk penat 'bergaduh' dengan patient. Ada ke patut nak cabut semua gigi yang sound(elok) semata-mata nak buat gigi palsu. Saya suruh dia simpan dan jaga saja sebab boleh jadi tempat menahan/sokong gigi palsu nanti (this one untuk kes partial denture). Berkeras jugak dia nak cabut. Kalau ikutkan heran saya malas nak bertekak maka cabut sajalah.Tapi itu salah dari sudut knowledge dan attitude. Try negotiate and educate at the same time. Kadangkala lelah dan habis jugak saliva saya. Bayangkan ada berbelas orang lagi menunggu untuk dapatkan rawatan selepas dia. Last time patient 30+ dengan black out, tiada aircon, chair tak dapat nak function lagi~ hampir pengsan saya dibuatnya. So for those yang que untuk dapatkan treatment tak kiralah medical or dental side harap sabar menunggu. Doktor pun penat melayan kerenah pesakit, bukan goyang kaki tau. (^_^)v

p/s:klu korang dapat teka apa yang dalam periuk tuh, saya bagi hadiah. Hadiahnya sebuah senyuman..ngee.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home