Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, January 17, 2010

The Fab and Gorgeous Me!


'I'm coming for you..'
Alhamdulillah, sungguhpun kita manusia merancang Allah jua menentukan. Biarpun, tak semua yang menjadi seperti yang diinginkan sekurang-kurangnya banyak benda yang saya belajar. Syukur padaNYA.
Alhamdulillah, akhirnya hati saya berdenyut kembali seperti biasa. Sudah ketemu ubatnya~ pergi masjid dan solat berjemaah. Petang semalam ikut 'nenek' aka Miss bw anak2 'murid' jalan-jalan dan sebenarnya kami nak ke majlis mengacau bubur asyura. Tapi..

'Encik, tumpang tanya kat mana tempat orang masak bubur asyura?'
"Bukan ke esok dik"
~'Eh, alamak silap baca msg program tu 17hb. Esok..'
''Aih...Miss nih'

Ketawa satu kereta, dah malu-malu gajah kat dalam tuh. Saya? Tertunduk-tunduk kat bawah,menahan ketawa.Jatuh reputasi. Pakcik-pakcik guard bantai gelakkan kitaorg. Aduhai, ada jugak org mengigau siang-siang hari ni. Teruk habis kami kenakan Miss. Akhirnya, kami habiskan masa dengan round Satok. Saya? Tak larat nak jalan jauh, dan jeng..jeng terbeli CD pirate. Cerita apa? Avatar. Entah pick saja yang nampak depan mata. Menambahkan koleksi cerita-cerita yang sedia ada.
Masjid oh Masjid. Kenapa jarang ada yang mesra muslimat. Omel Miss. Susahnya, toilet nun jauh di sana, tempat ambil wuduk kat lain pulak. Possibilty terdedahnya aurat memang tinggi. Dengan muslimin lagi, memang pandang lantai aje bila berjalan. Nasib baik tanpa spectacles pun masih nampak jalan. So pandang straight, jalan lurus saja.

Temankan orang beli laptop. Memang saya zero knowledge bab nih. Sekadar mengekori dan komen design. Teruk anak-anak Miss, saya kenakan. Sambil brainwash sikit..haha. Kesimpulannya don't judge me by appearance! (acceptable at certain people and places jak lah ho).
Masa untuk berpisah. Ada ruang dan jodoh ketemu lagi. Terasa macam orang-orang tua pulak, bila anak-anak murid ni salam cium tangan. Oh, saya muda lagi dari Miss awak ye. Kan Miss?. Kembara ilmu dan dakwah tertangguh di sini. . Sungguhpun pelik bila tengok kami berlima~anak-anak Miss yang pelbagai rupa dan ragam. Ruang lingkup dakwah itu luas, cuma atas kita sama ada mahu turun dan masuk ke dunia mereka untuk memahami.
Ya Allah, terima kasih atas segalanya.
p/s: ignore saje tajuk ni. saje nak boost up my confidence level..ngee.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home