D.I.Y
Alhamdulillah, serasanya baru hari Isnin semalam tapi hari ni dah Jumaat rupanya. Kuliah tok guru, saya nanti-nantikan setiap Jumaat kalau masih di Kelantan.
“Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii”
Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku.
Dua tiga hari ni, haywire sikit klinik. Semua kerja nak adhoc. Mintak Kew-Pa 4 dgn 5 lah, pelan bangunan klinik lah. Pening kepala staf. Saya pun turut pening setelah dipaksa melukis pelan. Hasilnya, boleh tahan jugaklah (haha, sesi angkat bakul sendiri) since ada staf puji kan. Saya guna comp je, malas nak lukis tangan guna pembaris.
Instinct. Oh, saya agak suffocated. Memang instinct saya mengatakan bahawa, semalam gas dapur akan habis. . Tak dijangka pun saya akan menghabiskn gas dalam masa 3 bulan sedangkan kebiasaan pun dalam 4 bulan br habis. Dan pagi ni kena iron masa tgh asyik gosok baju.
'Aih, hebatnya Dr memasak. Cepat habis gas'
'Perli saya nampaknya'
'Taklah Dr'
Assistant saya lah yang setia tolong angkut and tukar kat kedai~ dengan kuasa saya, saya 'mintak tolong' diorang. Ye lah pada siapa lagi saya nak berharap kan? Masa nilah, tahap kesurvivalan, independent dinilai. Ada ilmu sedikit sebanyak dapat dikutip. Kalau duk kat rumah? Memang enak-enak je makan. Sekurang-kurangnya saya tahu satu tong gas+isinya berapa harganya,kalau nak tukar gas shj berapa harganya. Cara nak pasang kepala stove kat tong gas tuh, cara nak gelek tong since saya manalah mampu nak angkut. Apapun semuanya menuntut kesabaran.
"Ya Allah, tambahkanlah keimanan dan kesabaran dalam diri ini.Berikanlah aku ketabahan dalam mengerjakan suruhanMU saat senang mahupun sukar. Tiada daya aku melainkan dari MU."
0 Comments:
Post a Comment
<< Home