Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, December 31, 2009

It's The Time


Finally bid an adieu to 2009.
The memorable ones which kept a lot of secrets, sadness, happiness, madness, faithfulness so on so forth.
Alhamdulillah Allah yang menggerakkan kaki serta tangan ini untuk terus beramal ibadah padanya, mata dan telinga untuk melihat serta mendengar pada benda-benda yang baik-baik sahaja dan mulut yang melafazkan kata-kata syukur kerana masih diberikan nyawa olehNYA. Mudah-mudahan pada tahun hadapan lebih-lebih lagi saya dapat mempersembahkan yang terbaik di depanNYA...kerana saya mengharapkan pertemuan yang abadi dengan Rabbul Jalil.
Jika ada yang membaca, tersentuh hatinya kerana kurang eloknya ayat saya maka saya pohon kemaafan setulusnya kerana tiada niat sekelumit pun. Dan jika ada yang tersentuh hatinya kerana mampu menginsafkan serta mengingatkan maka ucapkanlah syukur padaNYA kerana saya hanya menyampaikan.
Ya Allah,
Diri ini tempang kakinya
Kudung tangannya
Buta matanya
Pekak telinganya
Bisu mulutnya dan
Lompang hatinya...
Melainkan ada sejalur cahaya petunjuk dariMU
menyinari sekujur jasad ini...
p/s: xie xie Pips~ crdt to the car of the year..hee

0 Comments:

Post a Comment

<< Home