Pernikahan merupakan sunnah yang diagungkan oleh Allah. Al Quran menyebut pernikahan sebagai mithaqan ghaliza (perjanjian yang sangat berat).Mithaqan ghaliza adalah nama dari perjanjian yang paling kuat di hadapan ALLAH. Hanya tiga kali Al Quran menyebut mithaqan ghaliza. Hanya untuk tiga perjanjian Allah memberi nama Mithaqan Ghaliza. Dua perjanjian berkenaan dengan tauhid, iaitu perjanjian Allah dengan Bani Israel yang untuk itu Allah mengangkat Bukit Thursina ketika mengambil sumpah. Sedang yang lain ialah perjanjian Allah dengan nabi Ulul Azmi, Nabi yang paling utama di antara para nabi. Dan pernikahan termasuk perjanjian yang oleh Allah digolongkan sebagai mithaqan ghaliza. Allah menjadi saksi ketika seseorang melakukan akad nikah. (quote somewhere)
Saya bukanlah orang selayaknya untuk berbicara perkara di atas. Kerana saya pun masih belum memegang apa-apa status. Dan saya bukanlah yang arif dalam menyelesaikan sebarang masalah rumah tangga. Cuma Allah berikan saya sedikit pengetahuan melalui pengalaman orang lain yang insyaAllah mampu dijadikan iktibar. Alhamdulillah.
Berat, memang iya. Ujar orang yang dah berkahwin. Kalau diberi pilihan memang lebih selesa dan senang hidup membujang. Namun, lantaran di sebalik perkahwinan lebih banyak hikmahnya dan kebaikan di dalamnya maka wajarlah ia 'ditambah sedikit perencah' sesekali tanda ujian dariNYA agar ditingkatkan lagi sebuah kesabaran dan keimanan sepanjang perkahwinan. Bezanya, ada ujian yang berat ada pula yang ringan dan bak angin semilir saja. Lantas, bagaimana persiapan kita sebelum, semasa dan selepas pernikahan itulah yang akan mencorakkannya.
Benar, kadang kala masalah yang dihadapi langsung tak masuk akal. Tapi itulah realitinya. Manusia, siapa pun tak boleh menjangkakannya. Apapun, sebesar dan seberat mana masalahnya Allah jualah sebaik-baik tempat mengadu dan DIA lah yang akan memberi jalan, membuka hati dan meluaskan fikiran kita. Kitaran tetap sama, bermula darinya dan berakhir pun tetap.
Perlu jujur. Jujur pada diri sendiri, jujur pada orang lain.
"Be there.
Be honest.
Be trustworthy.
Do what you say you're going to do.
Be true, genuine, and real.
Speak from the heart.
Don't cheat."
Wujud kesyukuran dalam kesempitan kita adalah bersabar.Sedangkan wujud kesabaran kita dalam lapang kita adalah bersyukur.Begitu kata org yng bijak.
p/s: i can lend my shoulder for you to cry on, wipe away your tears, put a smile on your face, take a deep breath and breath out~ get up, put a lot more determination.InsyaAllah, all well end well too. I can't help much, but I wish I could...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home