Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, December 23, 2009

Saya..Hanya Seorang Insan


"Amnah"

Skrin hs terpampang nama itu. Hati saya berbunga gembira.
...

Tiba-tiba terjaga dari mimpi. Hati ini makin hiba, mengharapkan itu realitinya. Tapi hakikatnya bukan sebegitu. Gugur lagi air mata ini. Lemahnya insan ini Ya Allah.

Malam sebelum tu, hati saya meronta. Rindu tak terkata pada sahabat. Saya gembira tapi tak mampu nak meluahkan, bagaimana mahu gembira tatkala ada insan lain sedang bertarung antara hidup dan mati. Andai sahabat saya tahu...inilah rupa hati saya saat ini. Memang saya degil, kerana tak mampu dan mahu melepaskannya.

Banyak perkara yang saya belum langsaikan~ saya belum sempat minta maaf atas segala kesalahan saya termasuklah selalu melayan dan menganggapnya adik kecil, saya belum sempat nak bagitau dia betapa saya sayangkan dia...Manusia, memang sifatnya takkan sedar sehinggalah kehilangannya.

...pagi ni, saya melayan perasaan lagi slps habis treat pt..

Untuk itu sebelum terlambat~ dari hati seorang insan ini saya ingin katakan saya sayangkan, cintakan sahabat-sahabat saya semua dunia dan akhirat. Moga di syurga kelak, kita kembali bertemu dan duduk bersama-sama merasai segala nikmatNYA setelah mengharung duri-duri tajam dunia. InsyaAllah..

'Ala bizikrillahi tatmainal qulub'

0 Comments:

Post a Comment

<< Home