Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, December 14, 2009

Yang Dinanti..

Pukul 6 pagi sampai pukul 11, blackout satu hospital kecuali A&E. Patient dah ternanti2 di luar. Mahu menunggu elektrik atau teruskan saja kerja-kerja klinikal.Terpaksalah guna kerusi portable dibantu dengan cahaya dari tingkap. Nasib baik patient hanya setakat 25 orang waktu OPD. Berpeluh-peluh saya di sebalik gown, face mask dan glove. Macam sauna pun ada. Bertahan lah jugak though, nak pengsan pun ada.

Seorang staf saya bercerita tentang maknya~ saya pun tumpang simpati. Diabetes Mellitus TypeII; ibu segala penyakit. Itu sahaja yang dapat saya katakan. Kencing manis, memang membuatkan penghidapnya menderita dari microvascular hingga macrovascular complications. Hmm..teringat waktu PBL~ 3rd year, bila kena terangkan pasal complication masuk bab atherosclerosis dan arteriosclerosis. Memang dengan confident lah explain kt collegues dan specialist, sungguhpun saya tak faham sangat. Alih-alih, specialist puji sebab saya explain dengan jayanya. Pfuh..lepas satu cerita. The Art of Showmanship~ tak masuk lagi bab physical examination. Lagi parah ni.

Penyakit banyak timbul sebab tak jaga makan. We, what we eating. Baik halal atau haram, baik mahupun buruk. Alhamdulillah, kami takde family history dengan DM Type II except hypertension~ oh kena bjaga2 agar tak stress, garam dalam darah kena control.

Petang semalam kami ke pasar, dengan hajat nak membeli ikan. Dengan enaknya berjalan-jalan. Jumpa labi-labi, ok lagi..tiba-tiba kawan saya berlari memeluk tangan saya dr belakang..macam jumpa hantu. Terpinga sebentar. Oh, rupanya ada orang jual ular warna hitam berjalur kuning yang dah siap potong dan dalam plastik. Apa lagi, cepat-cepat kami berlalu tambah lagi penjualnya saja mengusik. Serik sudah nak membeli di situ. Akhirnya beli cempedak dua biji~ RM 2 je. Kacang dua kilo RM 2 lagi. Bahagia dapat minum petang sambil makan cempedak goreng!Alhamdulillah, rezeki Allah bagi petang tu.

p/s: Awal Muharam Jumaat ni, apa yang saya dah lakukan tahun ni dan apa penambahbaikan utk tahun hadapan? Jom sama-sama muhasabah dan fikirkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home