Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, December 06, 2009

The Art



Seharian di rumah.
Basuh baju, masak-masak, makan, tidur, tengok tv~ memang betul-betul rehat.
Ingatkan malas mahu keluar tapi terpaksa juga start enjin dan..vrroomm. Isi minyak ~ oh, part yang paling saya malas sbb kena layan diri. Jalan-jalan ke kaunter.
'Saya nak isi penuh, 97 ye'
'Bonuslink ada?'
'Jap ye' terpaksa saya buka lagi purse yang dah kembung dengan kad-kad.
'Maaf cik, mesin xblh pakai tiba-tiba ni'
Nasib baiklah ada tukang isi siap sedia menanti. Saya menunggu je kat situ nak buat pembayaran.
'Sorang je ke?'
Saya sengih je, takkan la tak nampak kawan saya duk dalam kereta tu.
'Ni dari mana nak ke mana?'
'Ha?? Apa??'
'Uh, takde apa2'
Hehe..the art of ignorance. Prinsip saya mudah, jangan dilayan orang-orang mcm ni~ sama ada buat-buat tak dengar, jangan dijawab dan buat tak tahu saje.
'kerja apa sekarang?'
'kerja kt hospital'
'oo..'
Pesanan utk diri sndr, kalau org tanya keje apa. Jangan jawab specific. Bukan menipu tapi ianya helah. Zaman sekarang, banyak manusia banyak intentionnya. So berhati-hatilah..
Petang-petang, sambil makan ais krim potong lipat baju dan tengok tv. Oh, damainya petang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home