Just You and Me...
Allahu Akbar..Allahu Akbar
Esok Aidiladha. Tak sangka begitu cepat waktu berlalu.
Alhamdulillah, rindu pada sahabat terubat. Kali ni saya bawa mak sekali. Sebab mak kenal semua sahabat-sahabat rapat saya~ Amnah, Farhana, Aya, Jah, Siti, Oni dan beberapa orang lagi.
Seperti biasa, hari semalam entah dari mana saya dapat kekuatan ~insyaAllah dariNYA. Saya positif. Kata-kata semangat buat ubat di gegendang telingamu duhai sahabat. Cepat bangkit dari tidurmu. Kita perlu ke hadapan berjuang, masih banyak lagi misi perlu dilaksanakan.
Masa mak tolak ibu jari kakinya, Amnah semacam menolak kembali. Entahlah sama ada memang muscle contraction ke apa. Tapi yang pasti saat saya katakan mahu pulang sambil memegang erat tangan kanannya, dia memegang kuat sekali secara tiba-tiba~ bukan seperti kebiasaan. Sukar nak melepaskan. Saya cuba tarik. Kemas. Tarik lagi. Kemas lagi. Akhirnya, terpaksa saya katakan ; insyaAllah saya datang lagi sebelum bertolak ke Kuching balik Ahad ini. Allah mempermudahkan segalanya. Amnah, cepat sembuh sebelum saya pulang ye sayang. Dan terpaksa saya guna tangan belah kiri untuk meleraikan genggamannya.
Ya Allah, inikah kuasa MU. Moga ujian sementara ini berlalu seadanya. Umi, tabahlah menghadapi. Fizah doakan yang terbaik. Ada masa ketemu lagi.
Labaikallahuma labbaik..tiba-tiba rindu nak berteleku seorang diri di hadapan Baitullah. Rindu sangat...
Pagi ini: saya gembira! Entah kenapa (walhal ada benda, saje simpan sorang-sorang)...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home