Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, November 23, 2009

Di sebalik kesedihan, ada juga kegembiraan yang perlu diraikan.
Mabruk buat sahabat yang telah bergelar isteri, suri hati seorang suami yang soleh hendaknya.
Kami sampai awal sebelum majlis akad di rumah pengantin perempuan. Meriah. Jenguk saja ke kamar pengantin saya dah tahu dia amat berdebar-debar sambil disolek nak jugak dia bercakap.

Usai solat Isya', debarannya makin memuncak. Kemudian rombongan sebelah lelaki sampai. Nasib baik kami dah siap makan sebelum itu. Makan berempat, mengimbau kenangan~ Ummu Sulaim, Farhana dan Puan Nurul Hafizah. Bila teh dah dituang, macam dah tau-tau je Puan ni yang saya tak minum teh unless 'terpaksa'. Patutlah dari tadi dia senyum-senyum kat sana.

'Dah tahu, nti tak minum air teh kan?'
'Hmm..tau takpe. Nah ambik ni, jangan membazir' sengih saja saya.

Cuma sepatutnya kami berlima.

Saya macam biasa, setia ambil gambar. Amboi cik Siti Maryam, sempat menjelir lagi tanda geram bila saya usik dia dengan buat muka. Ha..kan dah kena snap gambar. Nakal sungguh.

Khutbah Nikah

'Memandangkan kita dah ada pengantin lelaki di sini apa kata kita mintak dia sj lah bg khutbah' seloroh abang pengantin perempuan. Kami dah agak dah, mesti cuak dia berpeluh sampai ke kaki.

'Hmm..bagus jugak ni klu pengantin lelaki yg bagi khutbah' ujar sahabat saya.
'Hish, dah cukup2 lah dia berdebar masa nak ijab ni. Nanti ada yang pengsan' saya tersengih.

Inilah kali pertama saya mendengar khutbah yang ringkas tapi masuk terus ke dalam hati. Betapa walimah dan majlis perkahwinan sekarang banyak dicemari anasir-anasir yang melanggar syariat bahkan tiada di dalamnya.

Cuma paling saya tertarik bila si abang berkata ;
Tiada dalam Islam mengucup dahi/ubun-ubun melainkan dengan meletakkan tangan ke ubun-ubun isteri selesai saja akad nikah.

Doa yang sunnah

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli seorang budak maka peganglah ubun-ubunnya lalu bacalah ‘basmalah’ serta do’akanlah dengan do’a berkah seraya mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang ia bawa.''

Akhirul kalam, sama-sama hayati:

Hadith dari Abu Waail.

Ia berkata, “Seseorang datang kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu, lalu ia berkata, ‘Aku menikah dengan seorang gadis, aku khuatir dia membenciku.’ ‘Abdullah bin Mas’ud berkata, ‘Sesungguhnya cinta berasal dari Allah, sedangkan kebencian berasal dari syaitan, untuk membenci apa-apa yang dihalalkan Allah. Jika isterimu datang kepadamu, maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua raka’at di belakangmu. Lalu ucapkanlah (berdo’alah):

“Ya Allah, berikanlah keberkatan kepadaku dan isteriku, serta berkatilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan.”

Wallahu'alam.

p/s: bahagia melihat kalian. Saya pun terasa sesuatu dalam hati saat khutbah dibacakan, terasa sungguh berat sebuah ikatan ini untuk dipikul tatkala rasa banyak tempangnya. Tapi Allah kan lagi suka pada orang yang sungguh mahu berkahwin lantaran melengkapkan separuh dari agama dan keinginan mendapatkan lebih banyak kebaikan dari sebuah perkahwinan. InsyaAllah. Allahu Musta'an.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home