Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, November 16, 2009

The Ultimate 6


Kami semua berenam. Semuanya tanpa rela hati dicampak ke bumi Kenyalang. Tapi di sebalik tarikh 16 September 2008 tersirat pelbagai hikmahnya. Antara suka duka dan jerit payah. Inilah kesurvivalan kami semua. Takdir Allah itu banyak menemukan pelajaran-pelajaran yang tak mungkin kami timba di tempat lain.

One already married, another one is going soon. Others, follow suit insyaAllah. Satu persatu akan meninggalkan Sarawak. Sedih atau tak mesti dihadapi. Rasa sayang nak meninggalkan sesuatu yang dah jadi kebiasaan. Rasa takut untuk menghadapi perkara dan persekitaran baru. Itu fitrah.

Saya rindukan semua. Jauh dari sudut hati, cuma doa dapat saya kirimkan agar kalian baik-baik sj di bwh rahmat serta redha Ilahi. Bulan 2 kalau tiada aral turunlah saya meraikan walimah xhousemate. InsyaAllah. Itupun sekejap sahaja kalau tiada relieve officer.

Saya mula terasa bound dgn staf di sini. Minggu lepas ambil darah ada staf nak ikut temankan, petang pula nak ambil Xray sorang lagi staf nak mengekor. Macam mak-mak lah pulak saya bawa anak-anak. Keesokannya, nak hantar urine utk UFEME (urine full examination microscopic exm), riuh diorang cakap UPT (urine pregnancy test). Banyaklah idea nak kenakan saya..haish.

'Dan carilah dalam apa yang diberikan oleh Allah kepadamu, kesenangan hidup di kampung Akhirat; dan janganlah engkau melupakan bahagianmu di dunia ini. Dan berbuat baiklah, sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu' (AL QASHASH:77)

p/s: rindu kt k.zue, aien, diyana, didie n nezi. rindu signature dish each one of us jgk.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home