Buat Kalian
Buat ya Arusah..…..
Surah Ar Rum: 21
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNYA, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNYA di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”
Jelaslah, tiga istilah di atas menunjukkan bahawa berkahwin adalah sesuatu yang sangat dianjurkan, kerana di samping merupakan amalan sunnah para Nabi, salah satu tanda kekuasaan Allah, ia juga merupakan nikmat yang sangat besar. Bahkan ketika manusia merasa was-was dengan masalah nafkah dan rezeki setelah berkahwin kelak, Allah secara tegas mengatakan , bahawa Dialah yang akan menjadikan ia kaya, Dialah yang akan mencukupkan dan menggantikan kefakiran dengan kekayaan. Perhatikan firman Allah yang berikut:
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNYA kerana Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA), lagi Maha Mengetahui” (An Nur:32)
Pernikahan Yang Menyebabkan Murah Rezeki
Tidak selamanya pernikahan akan dapat mendatangkan pertolongan dari Allah. Kerana pernikahan yang akan mendapat pertolongan dari Allah adalah pernikahan yang diniatkan ikhlas mencari redha Allah dan menghindarkan dari perbuatan maksiat. Rasulullah s.a.w bersabda :
‘Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda, “ Ada tiga kelompok manusia yang akan ditolong dan dibantu langsung oleh Allah ; hamba sahaya yang mengadakan mukatabah dengan tuannya dan bermaksud untuk membayar tebusannya, orang yang berkahwin dengan maksud untuk menjaga diri (dari perbuatan tidak terpuji) , dan orang yang berjuang di jalan Allah”
(HR Tirmidzi, Nasa’I dan Ibnu Majah)
Dalam Al Quran Surah An Nur ayat 32 juga dijelaskan bahawa Allah memerintahkan kepada orang-orang yang memiliki hak perwalian untuk berkahwin dengan orang-orang yang masih sendirian dan orang-orang soleh. Al Qurtubi berkata dalam menafsiri ayat di atas “ Ini adalah janji Allah untuk memberikan kekayaan bagi mereka yang berkahwin untuk mencapai redha Allah, dan menjaga diri dari kemaksiatan” (Lihat tafsir Al Qurtubi, Al Jami’liahkamil juz 12 hal. 160, Darul Kutubil Ilmiah, Beirut)
Oleh kerana itu, sebelum naik ke jinjang pernikahan, hendaklah calon pengantin terlebih dahulu memperbetulkan niatnya supaya ia berhak memperoleh pertolongan Allah. Jangan ia mengahwini perempuan kerana kekayaannya atau kecantikannya, namun berkahwinlah ia kerana mencari redha Allah semata-mata supaya tujuan-tujuan mulia yang dibenarkan oleh agama, supaya Allah sentiasa memberikan pertolongan kepadanya.

Wahai para pemuda dan pemudi
Janganlah kalian dengar ucapan
Orang yang menakutkan kalian
Tentang beratnya beban pernikahan
Tapi, bertawakkallah kepada Allah
Dan lakukanlah pernikahan itu sebagai
Penyempurna separuh agamamu
‘Dari Anas ra, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; “Sesiapa yang dianugerahi Allah isteri yang solehah, maka bererti Allah telah menolongnya (untuk menjaga) separuh agamanya. Oleh itu hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam separuh (urusan) agamanya yang lain”
p/s: saya nak jadi isteri cerdik yang solehah! Anda? Selamat Pengantin Baru buat bakal zauj zaujah Nurunnajiha&Adzmin, Siti Maryam& Zuhdi(betul ke namanya?)pada 21 Nov 2009 ni. InsyaAllah.Moga yang baik-baik menanti kalian.
dipetik dari buku : 'Ingin Kaya? Cepat Kahwin!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home