..
Tadaa..( biasalah pagi Selasa, memang takde kerja ..sambil tggu attach laporan to big boss).
"Apa yang kami utarakan terhadap doktor-doktor muslim hendaklah menjadi contoh yang baik semasa melayani pesakit, sabar ke atas kesihatan mereka dan ‘empathy’ keadaan penderitaan mereka – kerana inilah medah dakwah kita." Mustafa Masyur- Suri teladan di sepanjang Jalan dakwah.
Wallahua'lam sejauh mana saya dapat menjadi contoh seperti Islam dan ajarannya kehendaki. Saya hanya mampu buat yang terbaik, selebihnya Allah jualah yang sebaik-baik Pemberi Balasan. Susah nak kekalkan niat yang betul dan ikhlas tiap waktu. Ada masa, terbabas juga saya dari landasan sepatutnya.
"Yang dikehendaki dengan seorang doktor muslim contoh ialah niat kerjanya itu kerana Allah dan bukan kerana dunia. Harta adalah sebagai yang mendatang bukan sebagai asal tujuan dan yang diniatkan untuk bekerja. "
Empati tapi bukan simpati. Kalau saya simpati, larilah dari objektif asalnya, mudah-mudahan Allah terus kekalkan begitu dalam hati, minda dan perasaan saya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home