Perfecto
...(mumbling again).
Oh sahabat saya kena nosocomial infection. Sedihnya, tapi terus berharap agar ada keajaiban dariNYA.
Pagi ni, ke pasar sebentar. Ayam yang halal. Itu yang saya cari. Memang sejak akhir-akhir ni, perut saya ni agak di'pamper' dengan makanan. Kalau ada lebih or masak banyak bawa ke klinik. Tiada aktiviti nak dibuat memandangkan petang biasanya hujan.
Semalam, melepaskan rindu makan makanan di Saujana~ India Street oh dan bukannya Masjid India di KL ye. Rupanya kami ni masih diingati oleh makcik-makcik kedai. 'Dr kat mana sekarang?. Lama tak nampak.'. 'Dah jadi orang jauh, macam nilah'.
Saya ketawakan cousin. Hee..selamatlah mengumpul duit 12k tu by June 2010. Saya tahu, pandai dia cari duit tu. Tak pun jual saja satria neo hitam dengan tinted 'gelap nak mati' ..huhu.
Saya ada baki one day off yang perlu dihabiskan tahun ini ataupun burn macam tu je. Kena pilih hari ni, maka saya pilih 30hb~ sblm Tahun 2010 menjelang. Cuti sekejap sebelum isi fuel penuh bagi menghadapi 2010. Tak sangka dah sejauh ini saya melangkah. Moga yang baik-baik saja menanti di hadapan. InsyaAllah.
ok, ciao.
p/s: I'm happy when you happy (^_^)v ~like Aqil said to Luqman.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home