Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, January 06, 2010

Cerita Hati Saya

Sampai hati Hadirah tak nak cakap dengan achik ye.
Tak nak belikan beg Dora The Explorer yang boleh tarik tuh
Bila dia dengar perkataan tarik tuh, terus menjerit. ‘Tarik-tarik’
Itulah buat sombong lagi dengan achik. Oh,dah pandai marah Luqman ye.
Bila mama marah kat awak, pandai pulak awak lepaskan marah kat adik tuh.

Terima kasih jugak pada akak yang telah mengingatkan saya bahawa bulan ini bulan 1 2010. Aih, kenapa semua orang bersemangat jadi reminder? Adakah sebab saya masih kelihatan rilek2 je atau malas nak ambik kisah? Jawapannya, memang saya kena tunggu saja bulan 2, raya cina lagi 38 hari saya akan pulang ke teratak ayah bonda yang dicintai, insyaAllah. Semua planner kerja, personal dan calendar kt office saya bulatkan besar tarikh cuti. Saje nak suruh staf buat kerja cepat sebelum saya cuti-cuti Malaysia. Percaya atau tak, untuk setahun ni memang saya siap-siap plan date for holiday including baki cuti untuk dibawa tahun hadapan. Orang jauh memanglah kena siap siaga esp. nak battle dengan tiket flight.

‘What’s wrong with your voice?’
‘What happened, what’s wrong?’
‘I’m going over now, so meet me in front of your house’


Seandainya saya mampu buat sebegitu, taklah sedih hati saya. Ketahuilah sahabat, setiap makhlukNYA akan diuji termasuklah diri saya. Bagaimana susah dan perit sekalipun, ianya tetap kita perlu lalui dan hadapi. Iman manusia, takkan seperti malaikat bahkan takkan seperti para Nabi. Ia tak statik dan takkan sentiasa meningkat naik. Ada masa ia merudum. Itu hakikatnya. Adakah kita menyangka kita telah beriman sedangkan kita belum diujiNYA. Nah, ini tandanya tarbiyah dariNYA. Pujuklah hatimu itu, uzlah lah seketika, muhasabah sekeping hati.

‘Manusia itu diciptakan dalam keadaan bersifat lemah’ (An Nisa’ : 28)

Benar katamu, andai rosak sekeping hati memang tak bermakna hidup ini. Menjaga hati, memang sesuatu yang amat sukar apatah lagi kita ini yang sekelilingnya jauh dari biah solehah. Namun, itu bukan alasannya. Binalah Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan terbina di sekelilingmu.

‘Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu, agar kami mengetahui siapa yang berjuang dan yang bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan baik-buruknya hal ehwal kamu’ (Muhammad: 31)

~ seekor biri-biri yang bersendirian itu akan mudah dimakan oleh sekumpulan serigala~ itu pesan saya padanya. Sehebat mana pun kita, takkan mampu bergerak sendirian, perlukan teman-teman yang menyokong dan meniup semangat yang luntur.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home