Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, February 25, 2010

Jauh..Tapi Dekat

Rasululullah,
Kami umatmu....

Aisyah r.anha menuturkan :
' Rasulullah s.a.w bukanlah seorang yang keji dan tidak suka berkata keji baginda bukan seorang yang suka berteriak-teriak di pasar dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. Bahkan sebaliknya, baginda suka memaafkan dan merelakan . (HR Ahmad)

AL Hussien cucu baginda menuturkan keluhuran budi pekerti baginda. Dia berkata : " Aku bertanya kepada ayahku tentang adab dan etika Rasulullah s.a.w terhadap orang-orang yang bergaul dengan baginda, ayahku menuturkan ;

'Baginda Rasulullah s.a.w sentiasa tersenyum, luhur budi pekerti lagi rendah hati, baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja yang mengharapkannya pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya akan sentiasa merasa puas. Baginda meninggalkan tiga perkara : riya', berbangga-bangga diri dan hal yang tidak bermanfaat."

Dan baginda menghindarkan diri dari manusia kerana tiga perkara ; baginda tidak suka mencela atau memaki orang lain, baginda tidak suka mencari aib orang lain, dan baginda hanya berbicara untuk suatu maslahat yang bernilai pahala.

Jika baginda berbicara, pembicaraan baginda membuatkan teman-teman duduknya terpegun, seakan-akan kepala mereka dihinggapi burung ( kerana khusyuknya). Jika baginda diam, barulah mereka berbicara. Mereka tidak pernah membantah sabda baginda. Bila ada yang berbicara di hadapan baginda, mereka diam memerhatikan sampai ia selesai bicara. Pembicaraan mereka di sisi baginda hanyalah pembicaraan yang bermanfaat sahaja. Baginda tertawa apabila mereka tertawa. Baginda takjub bila mereka takjub dan baginda bersabar apabila menghadapi orang asing yang kasar ketika berbicara atau ketika bertanya sesuatu kepada baginda, sehingga para sahabat selalu mengharapkan kedatangan orang asing seperti itu memetik faedah.

Baginda bersabda : 'Bila engkau melihat seseorang yang memerlukan pertolongan , maka bantulah ia". Baginda tidak mahu menerima pujian orang kecuali menurut yang selayaknya. Baginda juga tidak mahu memutuskan pembicaraan seseorang kecuali orang itu melanggar batas, baginda segera menghentikan pembicaraannya tersebut dengan melarangnya atau berdiri meninggalkan majlis ( HR At Tirmidzi)

...
Cuba renung-renungkan sejauh mana dan sebanyak mana sudah sunnah Rasulullah yang kita cintai telah diamalkan sehari-hari dalam kehidupan? Jika kita mengaku betapa cintanya kita pada Rasulullah s.a.w lantas kenapa perkara yang disukai baginda..kita tidak turut sama menyukainya?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home